Kami kongsikan beberapa perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan kurang mengalami kerosakan, terutama ketika berlaku masalah tidak dijangka di lokasi yang sukar mendapatkan bengkel. Penting bagi pengguna kereta untuk mengetahui serba sedikit mengenai bahagian penting kereta supaya mudah melakukan servis berkala, terutama untuk kereta yang sudah di luar tempoh jaminan.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar selepas setiap 5,000km atau setiap 3 bulan. Jika anda menggunakan minyak hitam jenis sintetik, ianya boleh bertahan untuk jarak perjalanan antara 7,500km hingga 10,000km.
2. PENAPIS MINYAK
Sama seperti minyak enjin, minyak mineral biasa perlu ditukar setiap 5,000km, manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila mencapai 7,500km hingga 10,000km.
3. PLUG PENCUCUH (SPARK PLUG)
Tukar selepas 20,000km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya hingga 30,000 hingga 40,000km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal, tetapi jika melebihi 40,000km tanpa ditukar, elektrod akan menipis dan perlu diganti.
4. BATERI KERETA
Tukar bateri kereta selepas 18 bulan hingga 2 tahun, bergantung pada cara penggunaan. Jika anda kerap menambah air suling, bateri boleh bertahan sehingga 2 tahun. Namun, jika selalu lupa untuk menambah air dan bateri sering kering, ia mungkin "kong" dalam masa 6 bulan.
5. PENAPIS UDARA (AIR FILTER)
Tukar setiap 20,000km. Tetapi bagi mereka yang menggunakan penapis jenis K&N, anda tidak perlu menukarnya, cukup dengan membersihkannya sendiri sahaja.
6. MINYAK GEAR
Bagi pengguna gearbox manual, kereta anda tidak perlu menggunakan ATF tetapi sebaliknya perlu menggunakan Minyak Gear. Tukar setiap 60,000km. Untuk manual, tukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta lebih 5 tahun atau apabila gear terasa ketat. Paling baik untuk kereta lama adalah menggunakan rawatan gearbox. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.
7. CECAIR BREK DAN CECAIR POWER STEERING
Jika rajin, lakukan flushing setiap 60,000km dan gantikan dengan cecair yang baru.
8. CECAIR RADIATOR (RADIATOR COOLANT)
Tukar setiap 60,000km. Jika air radiator anda jernih, ia bermakna anda menggunakan air paip biasa, yang tidak bagus. Gunakan coolant, kerana enjin akan cepat panas dan tidak mudah mendidih.
9. TALI PENGGERAK AIR-CON / ALTERNATOR
Tali-tali ini perlu ditukar bersama dengan timing belt, jika terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelumnya. Belt Air-con dan alternator mudah dikenali apabila perlu ditukar kerana letaknya di luar dan boleh dilihat. Jika bahagian "ribs"nya sudah ada retak-retak halus, eloklah tukar belt tersebut. Jangan tunggu hingga masa tukar timing belt baru nak tukar belt-belt ini.
10. PAM AIR (WATER PUMP)
Tukar apabila menukar timing belt untuk kali kedua. Jika menukar timing belt setiap 80,000km, tukar water pump pada 160,000km kerana hayatnya pun hampir tamat.
11. JADUAL PENYELENGGARAAN (MAINTENANCE SCHEDULE) 👌
Ingatlah, jadual penyelenggaraan yang berdasarkan "km" atau masa "3 bulan", "6 bulan", dan seterusnya hanya untuk memudahkan pengguna kereta melakukan penyelenggaraan. Benda yang ditukar mungkin belum tentu rosak, tetapi kita tukar untuk pencegahan. Penyelenggaraan pencegahan ini mampu mengelakkan kerosakan kritikal di masa akan datang. Begitulah serba sedikit tips penjagaan kereta supaya tahan lama yang perlu anda ketahui untuk memastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan baik.
No comments:
Post a Comment