Saturday, 17 October 2026

Hantar Kereta atau Motosikal ke Sabah & Sarawak, Berpeluang Menang Cashback Insurans Marin!

Nak hantar kereta atau motosikal ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia? Ini peluang untuk anda nikmati penghantaran kenderaan bersama Ventura Trans sambil berpeluang mendapat semula bayaran insurans marin!




Sempena promosi hujung tahun 2026, Ventura Trans and Services (M) Sdn. Bhd. membawakan Peraduan Cashback Insurans Marin khas untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran kenderaan Ventura.

Lebih menarik, 10 pemenang bertuah berpeluang menerima cashback kos insurans marin sehingga RM250 setiap seorang!

Tempoh Peraduan

📅 1 Oktober – 31 Disember 2026

Peraduan ini terbuka kepada pelanggan yang menghantar kereta atau motosikal bersama Ventura melalui laluan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada syarat penyertaan.

Bagaimana Nak Sertai Peraduan Ini?

Mudah sahaja! Ikuti 4 langkah berikut:

  1. Pos kereta atau motosikal bersama Ventura Trans.
  2. Komen nombor plat kenderaan di ruangan komen iklan peraduan rasmi.
  3. Share iklan peraduan secara Public dan tag 3 orang rakan.
  4. Hasilkan video berdurasi sekurang-kurangnya 60 saat berkaitan pengalaman memenangi peraduan sekiranya terpilih sebagai pemenang.

Pastikan nombor plat kenderaan anda dikomen pada iklan rasmi supaya penyertaan dapat direkodkan.

Berapa Jumlah Cashback Yang Boleh Dimenangi?

Pemenang akan menerima cashback berdasarkan kos sebenar insurans marin yang dibayar, dengan jumlah maksimum RM250.

Sebagai contoh:

  • Kos insurans marin RM104 → Cashback RM104.
  • Kos insurans marin RM180 → Cashback RM180.
  • Kos insurans marin RM300 → Cashback maksimum RM250.

Penting: Cashback hanya diberikan kepada pemenang yang layak dan memenuhi syarat peraduan.

Kenapa Pilih Ventura Trans?

Ventura menyediakan perkhidmatan penghantaran kereta dan motosikal antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menggunakan kapal RoRo dan kontena.

Selain penghantaran dari pelabuhan ke pelabuhan, Ventura turut menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan menggunakan treler serta single carrier sendiri untuk memudahkan urusan pelanggan.

Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Dah memang merancang nak pos kereta atau motosikal? Inilah masanya untuk booking bersama Ventura!

Bukan sahaja urusan penghantaran kenderaan dapat diatur, malah anda juga berpeluang menjadi salah seorang daripada 10 pemenang cashback insurans marin.


📅 Tempoh peraduan: 1 Oktober – 31 Disember 2026

🎁 10 pemenang bertuah | Cashback sehingga RM250

📢 Pengumuman pemenang: 8 Januari 2027 melalui Facebook Live Ventura.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia

Wednesday, 30 September 2026

Pengumuman Pemenang Pos Kereta Ventura Secara LIVE



Siapa yang layak sertai?

Pelanggan yang membuat booking penghantaran kereta dengan Ventura sepanjang Julai hingga September 2026 layak menyertai peraduan ini, tertakluk kepada syarat penyertaan yang ditetapkan.

Ventura Trans and Services akan mengadakan Facebook LIVE khas pada 2 Oktober 2026, jam 8:00 malam untuk membuat cabutan dan mengumumkan pemenang bagi hadiah:

  • 50% OFF kos pos kereta
  • 30% OFF kos pos kereta
  • 20% OFF kos pos kereta

Pemenang akan dipilih melalui cabutan nombor plat secara LIVE, jadi anda boleh tengok sendiri proses cabutan dan tunggu kalau nombor plat anda yang terpilih.



Bukan Pemenang Utama Je — Penonton LIVE Pun Ada Peluang Menang!

LIVE kali ini bukan sekadar untuk umumkan pemenang utama.

Kami juga akan adakan game menarik dan saguhati khas untuk penonton yang masuk LIVE, jadi pastikan anda join, tinggalkan komen dan stay sampai habis.



Butiran Facebook LIVE

Tarikh: 2 Oktober 2026

Masa: 8:00 malam

Platform: Facebook – Pos Kereta Ke Sabah Dan Sarawak

Kalau anda pernah pos kereta dengan Ventura dalam tempoh peraduan, jangan lupa masuk LIVE dan tengok sama ada nombor plat anda antara yang bertuah.

Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia

Saturday, 19 September 2026

Cara Bayar Servis Ventura Menggunakan SPayLater Melalui QR Code

Nak buat pembayaran tetapi lebih selesa bayar secara ansuran? Kini pelanggan Ventura Trans And Services boleh membuat pembayaran menggunakan SPayLater melalui imbasan QR Code, tertakluk kepada kelayakan akaun dan pilihan pembayaran yang tersedia dalam aplikasi Shopee.


Kaedah ini memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk mengurus pembayaran bagi perkhidmatan yang digunakan tanpa perlu melalui proses pembayaran yang rumit.

Cara Membuat Pembayaran SPayLater Menggunakan QR Code


1. Buka Aplikasi Shopee

Buka aplikasi Shopee pada telefon anda. Kemudian, tekan fungsi Scan / Imbas untuk mengimbas QR Code pembayaran.

2. Imbas QR Code Ventura

Imbas QR Code pembayaran yang diberikan oleh pihak Ventura.

Sebelum meneruskan transaksi, pastikan QR Code tersebut adalah QR rasmi yang diterima daripada pihak kami.

3. Masukkan Jumlah Bayaran

Masukkan jumlah pembayaran seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Ventura.

Pastikan nama penerima yang tertera ialah:

Ventura Trans And Services

Semak jumlah pembayaran terlebih dahulu sebelum menekan butang seterusnya.

4. Pilih SPayLater Sebagai Kaedah Pembayaran

Pada bahagian pilihan pembayaran, pilih SPayLater sekiranya pilihan tersebut tersedia untuk akaun anda.

Anda kemudian boleh melihat pilihan tempoh pembayaran yang ditawarkan sebelum meneruskan transaksi.

Sebarang jumlah ansuran, caj atau terma berkaitan SPayLater akan dipaparkan dalam aplikasi sebelum pembayaran disahkan.

5. Sahkan Pembayaran

Sebelum membuat pembayaran, semak semula:

  • Nama penerima
  • Jumlah pembayaran
  • Pilihan SPayLater
  • Tempoh pembayaran
  • Jumlah keseluruhan transaksi

Jika semua maklumat betul, teruskan sehingga pembayaran berjaya.

Selepas selesai, simpan resit atau screenshot transaksi sebagai bukti pembayaran. 


Perkara Penting Sebelum Membuat Pembayaran

Kelayakan menggunakan SPayLater, tempoh ansuran, caj dan had pembayaran adalah bergantung kepada akaun pengguna serta terma yang dipaparkan oleh Shopee/SPayLater ketika transaksi dibuat.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


Saturday, 5 September 2026

Kategori Kenderaan Kontena: Regular, Large, Premium, EV & Hybrid

Sebelum membuat tempahan penghantaran kereta menggunakan kontena, jenis dan spesifikasi kenderaan perlu disemak terlebih dahulu.

Kategori kenderaan biasanya ditentukan berdasarkan jenis kenderaan, saiz/dimensi, model, spesifikasi dan nilai pasaran tertentu. Sebab itu harga penghantaran boleh berbeza walaupun destinasi adalah sama.


1. Regular

Kategori Regular biasanya melibatkan sedan dan hatchback bersaiz standard.

Contoh:

  • Perodua Myvi
  • Perodua Axia
  • Proton Saga
  • Proton Persona
  • Honda City
  • Toyota Vios

Kategori akhir tetap tertakluk kepada model dan spesifikasi kenderaan.


2. Large

Kategori Large biasanya melibatkan kenderaan yang mempunyai saiz lebih besar seperti:

  • SUV
  • Pickup truck standard seperti Toyota Hilux dan Isuzu D-Max
  • Kenderaan keluarga tertentu seperti Perodua Alza, Perodua Aruz, Proton Exora dan Proton Ertiga

Bagi kenderaan yang telah diubah suai seperti pemasangan canopy, roof rack atau perubahan saiz tayar dan suspensi, semakan tambahan mungkin diperlukan.


3. Premium

Kategori Premium merangkumi kenderaan yang mempunyai nilai pasaran RM200,000 dan ke atas, serta kenderaan tertentu yang dikategorikan sebagai Premium berdasarkan saiz dan jenis kenderaan.

Antara yang termasuk dalam kategori Premium ialah:

Kenderaan bernilai RM200,000 dan ke atas

  • Mercedes-Benz C-Class
  • Mercedes-Benz E-Class
  • BMW 3 Series
  • BMW 5 Series
  • Audi A4 / A6
  • Lexus ES

MPV bersaiz besar

  • Toyota Vellfire
  • Toyota Alphard

Van

  • Toyota Hiace
  • Daihatsu Gran Max
  • Foton

Bagi MPV bersaiz besar dan van, kategori Premium tetap digunakan walaupun nilai pasaran kenderaan berada di bawah RM200,000 kerana saiz dan spesifikasi kenderaan tersebut.

Kategori akhir tetap tertakluk kepada semakan model, varian, spesifikasi dan nilai pasaran semasa.


4. EV & Hybrid

Kenderaan EV dan Hybrid memerlukan semakan khas sebelum penghantaran.

Bagi tujuan operasi, kenderaan Hybrid dikendalikan mengikut prosedur kategori EV pihak kapal.

Pelanggan perlu memaklumkan lebih awal sekiranya kenderaan yang hendak dihantar ialah EV atau Hybrid supaya proses semakan dan pengendalian dapat dilakukan dengan betul.

Setiap tempahan akan disemak terlebih dahulu sebelum kategori dan harga penghantaran disahkan.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


Saturday, 22 August 2026

Penghantaran Kapal Kontena Kini Ke Tawau, Sandakan, Labuan & Sibu

Nak hantar kenderaan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak?

Kini penghantaran menggunakan kapal kontena mempunyai lebih banyak pilihan destinasi. Selain Kota Kinabalu, Kuching dan Bintulu, penghantaran juga tersedia ke Tawau, Sandakan, Labuan dan Sibu.

Destinasi Kapal Kontena

Antara laluan yang tersedia:

  • Port Klang ↔ Kota Kinabalu
  • Port Klang ↔ Tawau
  • Port Klang ↔ Sandakan
  • Port Klang ↔ Labuan
  • Port Klang ↔ Kuching
  • Port Klang ↔ Sibu
  • Port Klang ↔ Bintulu

Dengan pilihan destinasi yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih laluan yang lebih sesuai dengan lokasi masing-masing.

Tawau, Sandakan, Labuan & Sibu Kini Tersedia

Bagi pelanggan yang ingin menghantar kenderaan ke Tawau, Sandakan, Labuan atau Sibu, penghantaran boleh dibuat menggunakan kapal kontena mengikut jadual pelayaran semasa.

Tarikh kapal bagi setiap destinasi mungkin berbeza. Jadi, sebaiknya semak jadual terlebih dahulu sebelum menetapkan tarikh penghantaran.

Kenderaan Yang Boleh Dihantar

Penghantaran kapal kontena sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan seperti:

  • Kereta sedan
  • SUV
  • MPV
  • 4x4
  • EV / Hybrid
  • Kenderaan premium
  • Motosikal bagi laluan tertentu

Harga penghantaran bergantung kepada jenis kenderaan, saiz kenderaan dan destinasi.

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Untuk memudahkan proses tempahan, pelanggan disarankan menyediakan dokumen kenderaan lebih awal.

Antara dokumen yang biasanya diperlukan ialah:

  • Geran kenderaan
  • Kad pengenalan pemilik
  • Polisi insurans
  • Surat kebenaran bank jika kenderaan masih mempunyai pinjaman

Dokumen yang lengkap membantu proses penghantaran berjalan dengan lebih lancar.

Semak Harga Penghantaran Kontena

Harga penghantaran berbeza mengikut:

  • Destinasi
  • Jenis kenderaan
  • Saiz kenderaan
  • Tarikh pelayaran
  • Servis tambahan yang dipilih

Untuk harga semasa, boleh rujuk halaman Harga Kontena Ventura Malaysia.

Tidak pasti laluan atau tarikh mana yang sesuai? Berikan lokasi asal, destinasi dan jenis kenderaan kepada team Ventura untuk semakan.


Hubungi Kami

Untuk semakan harga atau tempahan slot:

📲 WhatsApp: 010-385 1177

Slot adalah terhad. Tempah lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


Saturday, 15 August 2026

Berapa Paras Minyak & Bateri EV Sebelum Hantar Kenderaan?

Sebelum kenderaan diserahkan untuk proses penghantaran, salah satu perkara yang perlu diperiksa ialah paras minyak atau bateri kenderaan.

Paras yang mencukupi penting kerana kenderaan mungkin perlu digerakkan semasa proses pemeriksaan, penyimpanan, loading ke kapal dan pengeluaran di pelabuhan destinasi.


Kenderaan Petrol & Diesel



Bagi kenderaan petrol atau diesel, pastikan minyak berada pada paras separuh tangki semasa penyerahan.

Paras minyak yang terlalu rendah tidak digalakkan kerana kenderaan mungkin perlu digerakkan beberapa kali sepanjang proses penghantaran.

✅ Separuh tangki — Disarankan

❌ Kurang daripada separuh tangki — Tidak digalakkan

Sebelum menghantar kenderaan, semak dahulu meter minyak supaya parasnya mencukupi.


Kenderaan Elektrik (EV)



Bagi kenderaan EV pula, pastikan bateri berada sekitar 50% semasa penyerahan.

Bateri yang terlalu rendah tidak digalakkan kerana kenderaan masih perlu mempunyai kuasa yang mencukupi untuk digerakkan di kawasan penyimpanan dan pelabuhan.

✅ Sekitar 50% — Disarankan

❌ Kurang daripada 50% — Tidak digalakkan


Kenapa Tidak Boleh Terlalu Rendah?

Walaupun kenderaan dihantar menggunakan kapal, ia tetap perlu dipandu atau dialihkan pada beberapa peringkat sebelum dan selepas pelayaran.

Sekiranya minyak atau bateri terlalu rendah, ia boleh menyukarkan proses pengendalian kenderaan dan berpotensi menyebabkan kelewatan sekiranya kenderaan tidak mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk digerakkan.

Sebab itu, perkara ini lebih baik disediakan sebelum kenderaan dihantar ke warehouse atau pelabuhan.

Persediaan yang ringkas ini dapat membantu proses penghantaran kenderaan berjalan dengan lebih teratur dari tempat penyerahan sehingga tiba di destinasi.


Hubungi Kami

Untuk semakan harga atau tempahan slot:

📲 WhatsApp: 010-385 1177

Slot adalah terhad. Tempah lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia

Saturday, 11 July 2026

Cara Bayar Kos Pos Kereta Secara Ansuran 4 Bulan Dengan Grab Paylater

Melalui Grab PayLater, jumlah bayaran perkhidmatan penghantaran kenderaan boleh dibahagikan kepada empat kali bayaran bulanan. Pelanggan hanya perlu membuat bayaran pertama semasa transaksi dan baki bayaran akan dicaj mengikut jadual yang ditetapkan dalam aplikasi Grab.

Kaedah ini membantu pelanggan Ventura Trans and Serives menguruskan perbelanjaan dengan lebih teratur tanpa perlu membayar keseluruhan kos pos kereta sekaligus.

(Penggunaan Grab PayLater tertakluk kepada kelayakan akaun, had PayLater, caj berkaitan serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh Grab.)

Cara Membuat Pembayaran Ansuran Menggunakan Grab PayLater

1. Terima pautan pembayaran Billplz

Pihak Ventura akan menghantar pautan pembayaran Billplz kepada pelanggan melalui WhatsApp atau saluran komunikasi rasmi.

Pastikan pautan tersebut diterima daripada wakil Ventura yang sah sebelum meneruskan pembayaran.

2. Isi maklumat pembayaran

Klik pautan Billplz dan lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:

  • Nama pembayar
  • Alamat e-mel
  • Nombor telefon
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Jumlah pembayaran

Selepas semua maklumat disemak, klik butang “Pay”.

3. Semak maklumat transaksi

Sebelum membuat pembayaran, pastikan nama syarikat, jumlah bayaran dan maklumat kenderaan adalah betul.

Jangan teruskan transaksi sekiranya terdapat kesalahan pada jumlah pembayaran atau maklumat tempahan. Hubungi pihak Ventura terlebih dahulu untuk membuat semakan.

4. Pilih Grab PayLater

Pada halaman pilihan pembayaran, pilih bahagian “Buy Now, Pay Later”, kemudian klik Grab PayLater.

Tandakan persetujuan terhadap terma dan syarat sebelum menekan butang “Pay”.

5. Log masuk ke akaun Grab

Masukkan nombor telefon yang didaftarkan pada akaun Grab dan tekan “Continue”.

Pelanggan juga boleh menggunakan pilihan log masuk lain yang tersedia dalam aplikasi Grab.

6. Masukkan kod OTP

Kod pengesahan enam digit akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Masukkan kod tersebut untuk mengesahkan identiti dan meneruskan transaksi.

Jangan kongsikan kod OTP dengan mana-mana pihak, termasuk wakil jualan.

7. Pilih ansuran empat bulan

Pilih pilihan “Pay in 4 instalments”.

Sebelum mengesahkan pembayaran, semak:

  • Jumlah bayaran pertama
  • Jumlah ansuran bulanan
  • Tarikh bayaran seterusnya
  • Caj pemprosesan, jika ada
  • Baki had Grab PayLater

Sekiranya had Grab PayLater tidak mencukupi, transaksi mungkin tidak dapat diteruskan.

8. Klik “Top Up & Pay”

Selepas semua maklumat disahkan, klik “Top Up & Pay” untuk melengkapkan transaksi.

Resit pembayaran akan dikeluarkan selepas transaksi berjaya. Simpan resit tersebut sebagai bukti pembayaran dan hantarkan kepada wakil Ventura sekiranya diminta.


Siapa Yang Boleh Menggunakan Grab PayLater?

Pilihan ini hanya tersedia kepada pengguna yang mempunyai kemudahan Grab PayLater aktif. Kelayakan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Grab berdasarkan status akaun, sejarah penggunaan dan had kredit pengguna.

Ventura tidak mempunyai kawalan terhadap kelulusan, had kredit atau caj yang dikenakan oleh Grab.


Hubungi Kami

Untuk semakan harga atau tempahan slot:

📲 WhatsApp: 010-385 1177

Slot adalah terhad. Tempah lebih awal untuk mengelakkan kekecewaan.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



Media Sosial

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


The Contents

Hantar Kereta atau Motosikal ke Sabah & Sarawak, Berpeluang Menang Cashback Insurans Marin!

Nak hantar kereta atau motosikal ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia? Ini peluang untuk anda nikmati penghantaran kenderaan bersama ...