Saturday, 2 September 2023

3 kesalahan yang customer selalu buat semasa penghantaran kenderaan ke Sabah & Sarawak

1. Booking last minit

- Tempahan penghantaran kenderaan perlulah dibuat seminggu awal atau 5 hari bagi memudahkan proses dokumentasi untuk mengelakkan kenderaan anda daripada tertinggal atau proses sangkut sewaktu pemeriksaan kastam.

Sebagai contoh jika anda ingin memilih tarikh pelayaran kapal pada 25 Jun, anda dikehendaki membuat tempahan selewat-lewatnya pada 20 hari bulan Jun.



2. Tak declare barang pada PIC (Person-In-Charge)

- Semua barangan yang pelanggan bawa di dalam kenderaan hendaklah disenaraikan dan diberitahu kepada PIC. Ini kerana pihak kami juga perlu ‘declare’ kesemua barangan yang berada di dalam kenderaan anda dengan pihak kastam. Jika tidak, kompaun akan dikenakan bila sampai di perlabuhan.

3. Tidak apply surat bank seminggu awal.

- Biasanya semasa membuat tempahan, pihak kami akan memberitahu dokumen-dokumen yang diperlukan bagi membuat tempahan penghantaran kenderaan. Contoh seperti, salinan kad pengenalan pemilik kenderaan, geran kenderaan & polisi insurans atau surat bank (jika kenderaan masih ada loan).

Berkenaan surat bank, pelanggan perlulah memohon surat bank dengan segera selepas membuat tempahan. Hal ini kerana, kebiasaanya pihak bank akan mengambil masa dalam beberapa hari sehingga seminggu untuk mengeluarkan surat. Akan tetap, ia juga bergantung kepada cawangan bank.


Kesimpulan pada kesalahan-kesalahan ini boleh membuatkan pelanggan bertindak untuk membatalkan tempahan 'Cancel Booking' atau tarikh perlayaran akan ditukarkan kepada perlayaran yang seterusnya.



Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕



𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗩𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...