Tuesday, 1 August 2023

KERETA ANDA KERAP ROSAK? KETAHUI 6 PUNCA UTAMA KEROSAKAN KENDERAAN

Sebanyak 45% punca kerosakan kenderaan adalah disebabkan oleh kegagalan bateri kenderaan. Ramai pengguna kenderaan masih kurang mempunyai pendedahan asas mengenai punca-punca ‘breakdown’ sehingga mengabaikan penjagaannya. Di sini kami berkongsi beberapa punca kerosakan kenderaan supaya anda lebih berwaspada pada masa akan datang:

1) Bateri

Bateri kenderaan adalah nyawa kenderaan yang perlu dijaga rapi oleh pemandu. Tahap air yang rendah, terminal berkarat atau longgar, lampu kenderaan dibiar hidup dan sebagainya adalah antara punca kerosakan bateri. Bagi mengatasi keadaan berikut anda perlu lakukan penyenggaraan berkala dan sentiasa peka terhadap kenderaan anda.

2) Kepanasan Melampau Enjin ‘Overheating’

Banyak kes enjin kenderaan mengalami masalah berpunca daripada sistem penyejukan yang kurang berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya masalah overheating. Keadaan ini berlaku apabila air dalam radiator kurang daripada tahap minimum, motor kipas bermasalah, radiator bocor, thermostat bermasalah, coolant tidak diganti dan sebagainya.

3) Sistem Elektrikal

Ramai tidak mengendahkan pemeriksaan sistem elektrikal kenderaan dan leka dalam penjagaannya. Hal ini berlaku apabila sambungan antara bateri dan sistem elektrikal menjadi lemah, mengalami masalah pada suis pencucuhan dan alternator  rosak. Selain penyenggaraan asas dilakukan, anda kini perlu memeriksa sistem elektrikal secara sekali sekala bagi membendung masalah berkaitan berlaku di jalan raya.

4) Transmisi

Sistem transmisi kenderaan adalah komponen kedua penting dalam kenderaan yang memainkan peranan kompleks dalam kenderaan. Kedua-dua jenis transmisi kenderaan ini memerlukan penjagaan teliti bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Penukaran minyak gear, minyak gear kotor, penukaran penapis, mounting gearbox pecah dan lain-lain adalah antara punca kerosakan daripada transmisi kenderaan. Pastikan memeriksa keadaan transmisi bagi mencegah kerosakan di jalan raya.

5) Tayar

Tayar merupakan antara komponen penting kenderaan yang perlu dijaga dengan baik. Tekanan angin tayar kurang, bunga tayar haus, tayar koyak dan sebagainya adalah pendorong kerosakan tayar. Bagi mengelakkannya anda perlu sentiasa memeriksa keadaan tayar sebelum melakukan perjalanan.

6) Pam Minyak

Adakah kenderaan anda mati di tengah jalan? Ia berlaku kerana kerosakan pam minyak kenderaan yang berfungsi sebagai penyedut minyak dari tangki simpanan petrol ke enjin. Terdapat sebanyak 70 kes dilaporkan sebagai punca kerosakan kenderaan akibat pam minyak. Enjin semput secara tiba-tiba, suhu enjin meningkat, kenderaan kehilangan kuasa, penurunan minyak secara drastik dan enjin sukar untuk dihidupkan merupakan tanda-tanda yang menunjukkan terdapat masalah pada pam minyak kenderaan anda.

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Penjagaan kereta amat penting kerana kereta akan mengalami banyak kerosakan jika tidak dijaga dengan baik.Oleh itu pastikan anda menjaga kereta anda agar anda dapat menjimatkan duit anda untuk kereta anda malah anda boleh gunakan duit anda untuk perkara yang lain. Selain itu, untuk pengetahuan anda syarikat admin ada membuat servis Towing kereta menggunakkan Towing dan Car Carrier, jadi jika kereta anda mengalami kerosakan atau mati enjin di tepi jalan boleh saja hubungi nombor yang tertera di bawah !!

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia


No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...