Thursday, 17 August 2023

4 FAKTA MENGENAI KAPAL RORO

Pernah dengar nama “Kapal RORO”? Setiap kapal mempunyai fungsi tersendiri. Contohnya, kapal kontena berfungsi membawa muatan dalam kuantiti pukal. Ada juga kapal tangki, yang digunakan untuk membawa bahan bendalir seperti petroleum. Akan tetapi, apa pula kapal RORO?? 

Fakta 1: Kapal Roll On / Roll Off, atau lebih dikenali sebagai kapal RORO adalah merupakan salah satu kenderaan jenis kargo. Ia digunakan untuk memindahkan kenderaan bermotor seperti kereta, dengan merentasi perairan luas dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. 

     Ilustrasi gambar kapal RORO


Fakta 2: Nama RORO diberi kerana ia mempunyai anjakan (seakan jambatan gantung) yang dibina di bahagian dalam dan depan, tepi atau belakang kapal. Anjakan ini akan dibuka untuk membolehkan kenderaan dipindah masuk ke dalam kapal (roll on), dan akan ditutup semula apabila mahu bergerak ke destinasi. Setelah tiba di destinasi, anjakan tersebut akan dibuka semula untuk mengeluarkan kenderaan dari perut kapal (roll off). Kecerunan setiap anjakan adalah berbeza mengikut jenis kenderaan yang dihantar oleh kapal.

                                            


Anjakan dibahagian luar kapal RORO (external ramp) digunakan untuk membolehkan knederaan dipandu masuk ke dalam kapal.

             


Anjakan di bahagian dalam kapal RORO (internal ramp) pula membolehkan kenderaan dipandu untuk ke tingkat tertentu di dlam perut kapal. 

 

Fakta 3: Setelah kenderaan dibawa masuk ke dalam perut kapal RORO, setiap kenderaan akan dikunci pada rim menggunakan “cargo lashing”. “Cargo lashing” digunakan untuk mengelakkan kenderaan dari bergerak dan tergelincir ketika proses pelayaran berjalan, menjadikan sebarang pergerakan kenderaan semasa dalam kapal ketika pelayaran lebih terkawal. 

Contoh "cargo lashing" yang biasa digunakan untuk mengunci rim kenderaan di dala, perut kapal                                   

Bagaimana kenderaan anda akan dikunci menggunakan "cargo lashing" di dalam kapal RORO yang bertujuan untuk mengawal sebarang pergerakan kenderaan ketika proses pelayaran.


Fakta 4: Kelebihan utama menggunakan kapal RORO adalah dapat menjimatkan masa di mana kenderaan boleh dipandu melalui anjakan untuk keluar dan masuk ke dalam kapal. Hal ini dapat mempercepatkan proses dalam pemindahan kenderaan dan menjadikan kapal RORO sebagai kapal pilihan utama untuk memindahkan kenderaan beroda.

Dalam pembangunan teknologi kini membolehkan pelbagai jenis kapal RORO diwujudkan bagi memenuhi keperluan semasa. Antaranya adalah kapal RORO jenis (Pure Car Carrier) yang mana khas digunakan untuk membawa kereta sahaja. Manakala, kapal RORO jenis (Pure Car and Truck Carrier) adalah digunakan untuk membawa variasi jenis kenderaan seperti kereta, truck dan kenderaan beroda lain. Tambahan lagi, kapal RORO bukan sahaja digunakan oleh orang awam tetapi turut digunapakai oleh tentera laut untuk memudahkan mereka membawa barang angkatan laut yang penting.

Rujukan:


Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...