Kebanyakan orang akan selalu melihat luaran kereta sahaja apabila mahu membeli, menyewa atau memandu kereta itu kan? Tidak dinafikan memang sifat manusia suka tengok perkara-perkara yang cantik mata memandang. Tetapi kalau tiba-tiba kereta tersebut mati di tepi jalan disebabkan bateri kong, apa yang anda perlu lakukan? Nak isi air bateri, tapi tidak jumpa ruang untuk isi air? Baru anda sedar rupa-rupanya ada dua jenis bateri kereta di dalam dunia ini: bateri kereta basah dan bateri kereta kering. Apakah perbezaan antara dua jenis bateri kereta ini?
Bateri Kereta Basah
Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.
- Bateri Kereta Basah
- Lebih Murah
- Perlukan penjagaan rapi
Bateri Century jenis basah adalah :
Century Hybrid
Century Hybrid adalah bateri kereta yang menggunakan teknologi lead calcium alloy untuk menawarkan kuasa yang dipercayai. Bateri ini sesuai untuk kereta-kereta heavy-duty pada harga yang berpatutan.
Century Power
Bateri kereta Century Power dicipta untuk memberikan kuasa pencucuhan yang dipercayai dan tahan lebih lama.
Bateri Kereta Kering
Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.
- Bateri Kereta Kering
- Harga biasa
- Tidak memerlukan penjagaan yang kerap
Bateri Century jenis kering adalah:-
Century Excel
Century Excel adalah bateri kereta bebas penyelenggaraan dan sangat sesuai digunakan kereta-kereta heavy-duty kerana daya ketahanan bateri kereta ini adalah lebih lama berbanding dengan bateri kereta biasa. Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut.
Century SDFC
Bateri auto bebas penyelenggaraan yang berprestasi tinggi ini sesuai untuk kenderaan kontinental kerana ia dicipta dengan reka bentuk yang memberikan lebih kuasa dan tahan lebih lama.
Century Marathoner
Lebih kuat, tahan lebih lama. Bateri kereta yang mempunyai reka bentuk yang baharu ini akan meningkatkan pengalaman pemanduan anda dengan prestasi yang dipercayai.
Century Motolite Gold
Menggunakan teknologi tropika, memberikan prestasi unggul dan jaminan kuasa yang cekap untuk kegunaan di bawah haba yang panas. Ia dioptimumkan untuk kegunaan tugas berat, menjadikannya sesuai untuk kenderaan berprestasi tinggi.
Century Motolite Heavy Duty
Menggunakan teknologi MOTOLITE yang diuji. Memberikan keselamatan, kemudahan dan keyakinan dengan adanya kuasa cranking yang cekap. Bateri kereta ini sesuai untuk kebanyakan kenderaan di Malaysia dan juga memenuhi kriteria bateri kenderaan bersumber dari Asia dan Eropah.
Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama
Semestinya penjagaan bateri juga mempunyai caranya. Lain orang lain cara. Tetapi anda perlu mengambil tahu penjagaan asas bagi bateri kereta anda jika anda mempunyai kereta.
Antaranya adalah :
- Periksa voltan bateri kereta
- Semak terminal bateri secara berkala
- Panaskan kereta sebelum berjalan
- Amati sistem pengisian bateri kereta
Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, Bateri kereta merupakan perkara asas yang penting dalam sesebuah kenderaan kerana ia merupakan salah satu organ yang penting dalam kenderaan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memastikan bateri kereata kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan agar tiada gangguan ketika anda dalam perjalanan. Syarikat kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik dimana jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan daemerlun mkan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.
Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV
Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia
No comments:
Post a Comment