Cara jaga motosikal adalah perkara yang paling mudah sekali. Cuma perlu jaga minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, tayar dan sebagainya.
Mahal atau murah terpulang, tetapi kalau nak rasa sedap semasa menunggang motosikal, belilah yang elok, berkualiti dan tahan lama.
Berikut adalah beberapa panduan secara lengkap untuk lelaki dan perempuan yang sering menggunakan motosikal manfaatkannya:
1) Servis Minyak Hitam (4T)
Sebenarnya penjagaan Motorsikal Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan Scooter, penyelenggaraannya mudah cuma tukar minyak hitamnya aje. Minyak pelincir bagi kebanyakan motorsikal pastikan ditukar puratanya setiap 5,000 – 6,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).
a) Kalau Honda 135LC, 125z, RXZ, EX-5 dan Honda Wave tukar minyak pelincir kebanyakkan nya purata setiap 5,000 km hingga 6,000 km.
b) Kalau guna motor scooter penukaran minyak hitam mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km.
2) Servis Oil Filter
Bagi Motorsikal yang ada oil filter contohnya Yamaha 135 LC Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch). Pastu alang-alang Servis karburator tukar skali Fuel filter baru. fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar.
3) Servis Spark Plug
Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan scooter pula perlu ditukar setiap 10,000 km atau kalau mula miss fire meletup-letop motorsikal tu hidup mati. Periksa warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak. Check spark plug dia, hitam legam atau bersih? kalau hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna, lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup.
Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug. Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK ‘G’ POWER, NGK’R’, DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye. Spark plug selalu orang guna NGK”R”, kalau nak power irridium spark plug.
4) Servis Karburator
Bagi penguna Motorsikal, setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tu, mane tau tersumbat. Tujuan servis atau cuci karburator motor ialah untuk membuang kotoran atau plak dalam takungan karburator dan liang-liang udaranya. Membersihkan karburetor adalah penting untuk mengekalkan prestasi motor.setelah jauh perjalanan di jalan-jalan berdebu akan memberi kesan kepada karburator meskipun ada penapis angin.
5) Penjagaan Bateri Motorsikal
Bagi penguna Motorsikal.. Berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. perlu diingat air bateri selalunya cepat kering tanpa kita sedari. Cara terbaik adalah dengan mengecas bateri anda. Pengecasan cara ini dapat mengawal voltan dan pengaliran arus secara automatik. Menanggalkan bateri dari terminalnya mengurangkan kehausan tenaga tetapi dalam masa yang sama ia menjimatkan trip meter, data servis dan jam diset semula.
6) Penjagaan Sporket dan rantai
Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Sporket dan rantai.. Kalau ikutkan Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu. Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat. Ketatkan rantai motor yang longgar, orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak. Rantai rosak tulah penyebab sporket tajam. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan. Bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris.
7) Penjagaan brake motorsikal
Bagi penguna Motorsikal. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak. Periksa kandungan minyak brake, kalau kurang tambah kan je. Kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru je. Kalau brake ade problem seperti brake tak berapa mencengkam. caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali.
8) Tekanan Angin Tayar
Bagi penguna Motorsikal, periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang, jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar. Saiz tayar standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Kalau guna saiz tayar besar sedap layan corner.. Jangan guna tayar sotong, brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa. Kalau guna saiz tayar kecik kan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita. Periksa tayar motorsikal anda.
9) Penjagaan lampu, signal dan lampu brake
Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lama. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup. Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak).
Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, Motorsikal merupakan kenderaan yang penting untuk memudahkan anda ke mana-mana. Oleh itu, anda haruslah memastikan motorsikal anda dalam keadaan yang baik. Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik dimana jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.
Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV
Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia