Saturday, 27 May 2023

5 Tanda Anda Perlu Tukar Minyak Hitam Kereta Anda !!!!

Secara amnya, minyak pelincir atau minyak enjin perlu ditukar mengikut tempoh tukar  yang ditetapkan. Penyelenggaraan dan penjagaan minyak enjin penting untuk mengelakkan masalah kerosakan serius pada enjin yang mungkin menelan kos perbelanjaan yang lebih tinggi. Biasanya, tempoh tukar minyak hitam kereta adalah bergantung pada jenis minyak hitam yang digunakan, biasanya setiap 5000 atau 10,000 kilometer. Meskipun begitu, anda disarankan untuk segera tukar minyak hitam kereta anda sekiranya menunjukkan tanda tukar minyak hitam kereta seperti berikut:

1. Enjin Kereta Meragam

Enjin kereta meragam, masalah kereta bunyi bising pada bahagian enjin (bunyi ketukan), komponen logam bergesel dalam enjin merupakan tanda anda perlu tukar minyak hitam kereta anda. Secara amnya, minyak pelincir memainkan peranan penting dalam melancarkan pergerakan komponen logam dalam enjin. Ia sekali gus mengelakkan komponen logam yang bergerak dalam enjin daripada bersentuhan dan bergesel antara satu sama lain. Oleh sebab itu, minyak pelincir perlu diselenggara mengikut jadual bagi membantu meningkatkan jangka hayat sesuatu komponen dalam enjin dan mengurangkan risiko enjin kereta daripada meragam. Minyak pelincir yang tidak diselenggara akan menjadi semakin cair, berkurangan atau kotor sekali gus menjejaskan fungsinya.

2. Kereta Bau Hangit, Terbakar

Bau hangit atau terbakar dalam ruang kabin menandakan ada bahagian enjin kereta anda sedang mengalami masalah yang memerlukan pemerhatian segera. Biasanya, kereta bau hangit berlaku disebabkan oleh kebocoran minyak dalam enjin kereta. Malah, ia juga boleh berlaku disebabkan oleh suhu enjin kereta yang terlalu panas sehingga menyebabkan minyak terbakar di dalam sistem ekzos. Dalam sesetengah keadaan, ia juga menyebabkan kereta keluar asap kelabu atau biru. Jika situasi sebegini berlaku kepada anda, segera periksa kereta anda dan tukar minyak hitam kereta anda untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius seperti kebakaran enjin dan sebagainya.Kebiasaanya warna minyak enjin adalah warna coklat. Bila dah lama minyak tu digunakan ia akan berubah menjadi gelap dan kearah kehitaman.


3. Berubah Warna Minyak Hitam Berkilat

Tidak seperti namanya, minyak enjin atau minyak pelincir (atau lebih dikenali sebagai minyak hitam dalam kalangan pengguna) sebenarnya berwarna coklat. Meskipun begitu, warna coklat ini berpotensi untuk berubah menjadi lebih gelap dan menjadi hitam sepenuhnya akibat kotoran dan bendasing daripada pembakaran dalaman enjin. Semasa periksa atau cek minyak hitam kereta, pastikan anda mengenal pasti tahap kejernihan minyak pelincir kereta anda. Tukar minyak hitam kereta anda sekiranya warnanya sudah bertukar gelap.

Cara Cek Minyak Hitam Kereta:

1.Cabut dipstick dan bersihkan;

2.Masukkan semula dipstick ke dalam minyak hitam;

3.Kemudian keluarkan semula dipstick;

4.Periksa paras minyak hitam kereta

*Sekiranya paras minyak hitam kereta berada melebihi paras high level, sebahagian daripada minyak hitam ini perlu dikeluarkan supaya ia tidak menjejaskan kelancaran enjin. Selain itu, antara kesan terlebih isi minyak hitam kereta boleh menyebabkan kebocoran dan kerosakan crankshaft, spark plug rosak dan perlu digantikan;

*Sekiranya paras minyak hitam berada di bawah low level, minyak pelincir perlu ditambah untuk mengelakkan kerosakan komponen enjin;

5.Calitkan dipstick pada tisu atau kain berwarna putih untuk melihat tahap kepekatan minyak hitam.

Jenis minyak hitam

Terdapat pelbagai jenis minyak hitam yang ada antaranya minyak hitam mineral, separa sintetik (semi-synthetic) dan sintetik penuh (fully-synthetic). Setiap jenis minyak hitam kereta mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh sebab itu, penting untuk anda mengenal pasti minyak hitam yang sesuai digunakan oleh kenderaan anda.

Mineral Engine Oil (Minyak Hitam Mineral)

  • Minyak hitam mineral atau turut dikenali sebagai motor oil merupakan minyak mentah petroleum (minyak galian) yang ditapis.

Semi-Synthetic Engine Oil (Minyak Hitam Semi Sintetik)

  • Minyak hitam semi sintetik secara amnya berfungsi memberikan perlindungan enjin yang lebih baik dan dikatakan lebih tahan lama

Fully Synthetic Engine Oil (Minyak Hitam Fully Synthetic)

  • Minyak hitam fully synthetic (sintetik penuh) pula dihasilkan daripada dua (2) komponen iaitu polyalphaolefins dan ester yang digabungkan bersama bahan-bahan aditif lain.

Secara amnya, terdapat dua nombor yang menentukan tahap kelikatan minyak enjin iaitu:

  • Nombor pertama yang berakhir dengan huruf ‘W’ merujuk pada aliran minyak hitam dalam suhu sejuk (winter) – ketika enjin dihidupkan;
  • Nombor kedua pula merujuk aliran minyak hitam ketika suhu operasi normal.

Minyak hitam dengan kelikatan yang nipis dan rendah mengalir lebih mudah untuk melindungi bahagian enjin pada suhu yang lebih sejuk. Manakala, minyak hitam dengan kelikatan tebal dan tinggi biasanya melindungi enjin dengan lebih baik pada suhu yang lebih tinggi. Anda boleh memilih kadar kelikatan yang sesuai dengan kereta anda dengan merujuk manual pemilik yang disediakan oleh pengeluar kereta anda.

4. Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin Menyala

Lampu amaran tekanan minyak enjin kereta (oil pressure warning) atau turut dikenali sebagai lampu aladin menyala pada meter kereta menandakan sistem mengesan permasalahan pada sistem tekanan minyak enjin kereta anda. Biasanya, lampu amaran kereta menyala apabila sistem mengesan masalah seperti minyak hitam bocor bawah enjin kereta, fuel pump kereta rosak atau sebagai tanda minyak hitam kurang atau terlalu sedikit. Jika lampu amaran tekanan minyak enjin menyala, segera periksa paras enjin dan tambah minyak hitam jika perlu. Selain itu, anda disarankan untuk bawa kenderaan anda ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan kerosakan serius yang lain daripada berlaku.


5. Peningkatan Penggunaan Bahan Api

Selain itu, peningkatan penggunaan bahan api atau minyak petrol turut merupakan petanda jelas anda perlu tukar minyak hitam kereta anda. Minyak pelincir yang telah cair dan tidak cukup likat akan meningkatkan stress ke atas enjin kenderaan anda. Komponen enjin kereta perlu bekerja dengan lebih keras daripada biasa bagi menggerakkan kereta bagi mencapai prestasi pemanduan seperti sediakala. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan petrol atau bahan api kenderaan anda.

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, Kenderaan sangat penting kerana ia dapat memudahkan anda untuk pergi ke destinasi yang anda tuju.Oleh itu,anda disarankan untuk menjaga kereta anda dengan sebaik-baiknya supaya ia tidak mudah rosak.Oleh yang demikian, Syarikat kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik dimana jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Ventura Towing & Car Carrier merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran kenderaan yang mempunyai servis pelanggan yang terbaik ke seluruh semenanjung Malaysia.Hal ini kerana syarikat kami mempunyai perkhidmatan carrier yang boleh mengahntar kenderaan anda ke pelabuhan (Port Klang) menggunakan treler.Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

TikTok: @Ventura Trans & Services Malaysia




Saturday, 20 May 2023

JENIS-JENIS POLISI INSURANS KERETA DI PASARAN



Insurans kenderaan adalah satu langkah bijak yang diambil oleh pemilik kenderaan untuk melindungi harta benda berharga mereka. Insurans ini memberikan perlindungan daripada kerugian dan kerosakan yang mungkin berlaku pada kenderaan mereka akibat kemalangan, kecurian, atau kejadian tak terduga lain. Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa jenis insurans kereta yang popular di pasaran Malaysia dan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pilihan.


Apakah jenis-jenis polisi insurans kereta yang ada di pasaran?

Terdapat tiga jenis polisi insurans yang anda boleh pilih: (1) Insurans komprehensif(2) Insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, dan (3) Insurans pihak ketiga.



1. Insurans komprehensif 

Polisi insurans kereta ini menawarkan perlindungan paling menyeluruh kepada pemiliknya. Ia juga dikenali sebagai insurans first party.

Polisi ini melindungi pemilik kereta daripada kerugian atau kerosakan harta benda sendiri dan tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda pihak terbabit, serta kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.

Polisi ini biasanya diwajibkan untuk kereta baharu dan kereta berusia sehingga 10 tahun, khususnya yang membeli kereta dengan pinjaman bank.


2. Insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian

Polisi ini melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga yang merangkumi kerugian atau kerosakan harta benda, serta kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.

Selain itu, polisi ini turut menawarkan perlindungan tambahan yang akan melindungi kenderaan anda jika berlaku kejadian seperti kebakaran atau kecurian.

Polisi ini lebih sesuai bagi kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas dan kenderaan yang jarang digunakan.

 

3. Insurans pihak ketiga

Insurans pihak ketiga adalah polisi perlindungan yang paling asas dan hanya melindungi pihak ketiga sahaja. Pihak ketiga dimaksudkan dengan individu lain yang terlibat (mangsa) jika berlaku situasi yang tidak dijangka. 

Perlindungan yang diberikan merangkumi kerosakan atau kerugian ke atas harta benda pihak ketiga, serta kecederaan dan kematian pihak tersebut akibat kemalangan yang disebabkan oleh anda.

Kerosakan pada kenderaan anda perlu dibaiki menggunakan wang anda sendiri.


Untuk memudahkan pemahaman anda, di bawah ini merupakan ringkasan perbezaan di antara ketiga-tiga jenis polisi insurans kereta:


Faktor-faktor untuk Dipertimbangkan:

Apabila memilih insurans kenderaan, terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan:


1.   Harga:

Perbandingan harga di antara pelbagai syarikat insurans adalah penting untuk memastikan anda mendapatkan perlindungan yang terbaik dengan harga yang berpatutan.


2.   Coverage:

Pastikan anda memahami dengan jelas coverage perlindungan yang disediakan oleh insurans tersebut. Semakin meluas coverage perlindungan, semakin baik perlindungan yang anda dapatkan.

 

3.   Faktor Tambahan:

Perhatikan juga faktor tambahan yang disediakan oleh syarikat insurans, seperti bengkel bersekutu, kemudahan servis 24 jam, atau kemudahan penggantian kenderaan sementara.

 

Kesimpulannya, pemilihan jenis insurans kenderaan adalah penting untuk melindungi kenderaan anda dan memberikan ketenangan fikiran. Setiap jenis insurans mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri, oleh itu penting untuk mempertimbangkan keperluan anda dan memilih insurans yang paling sesuai. Sama ada anda memilih insurans komprehensif, insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian, atau insurans pihak ketiga, pastikan anda memilih dengan bijak dan memahami dengan jelas syarat-syarat serta liputan yang diberikan oleh syarikat insurans tersebut.


Nak renew insurans, roadtax atau tukar nama kenderaan? Tapi tak ade masa? Roger je Ventura Agency - Insurans Roadtax & Tukar Nama KenderaanBoleh Whatapps atau Call je terus no dibawah! :

☎️ : Cik Ika – 010 453 0515




Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia   https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕





Friday, 12 May 2023

𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓 ❗❗❗

Perhatian kepada semua pelanggan 

Dibawah adalah akaun Facebook 𝗦𝗖𝗔𝗠𝗠𝗘𝗥 ❗ Mohd.Nizam Reseller yang menggunakan gambar-gambar testimoni dari pelanggan Ventura untuk menjalankan penipuan perkhidmatan towing & car carrier. Akaun Facebook rasmi towing Ventura adalah Ventura Towing & Car Carrier.

Jom beramai-ramai report akaun tersebut bagi mengelakkan lebih ramai yang terperangkap dalam penipuan ini. Berhati-hati dalam melaksanakan urusniaga untuk mendapatkan perkhidmatan towing dari Ventura.


 


     



Pastikan anda hanya berurusan dengan Cik Anisa ya. Terima kasih atas perhatian & kerjasama semua 💖
  
☎️ : Cik Anisa – 010 9666400



Nak hantar ke kereta / kenderaan lain ke Sabah dan Sarawak? Roger je Ventura Trans and Services. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi no. hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan  :

🌐  Ventura Trans & Services Malaysia  https://www.venturamalaysia.com.my

Whatapps atau Call je terus no dibawah!  

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕




Saturday, 6 May 2023

KENAPA INSURANS KERETA PENTING UNTUK SEMUA PEMANDU ?

Di Malaysia, rata-rata individu dewasa memilih untuk mempunyai kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan. Setelah memiliki kenderaan sendiri, antara perkara yang menjadi tanggungjawab utama adalah memastikan ia sentiasa memiliki perlindungan insurans.

Disebabkan isu ini, sesiapa sahaja yang mempunyai kenderaan dan memandu kereta, insurans kereta telah menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan harian anda kerana Ia adalah penting untuk memastikan semua pemandu yang memiliki kereta akan dilindungi sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh.

Setiap pemandu di Malaysia seharusnya memiliki sekurang-kurangnya Perlindungan Pihak Ketiga, dan jika anda terlibat dalam kemalangan dengan pihak lain, perlindungan insurans ini yang akan membantu menampung semua kos bagi pihak mereka. Walau bagaimanapun, kerana insurans pihak ketiga direka untuk menjadi insurans yang agak murah, anda tidak akan dapat membuat tuntutan untuk sebarang kerugian akibat kerosakan pada kenderaan anda dan diri anda sendiri. Peringatan: Jika anda tidak mempunyai insurans kereta pihak ketiga, anda tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan kenderaan anda daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia juga.

1. Ia adalah keperluan undang-undang!

Mempunyai insurans kereta merupakan salah satu keperluan undang-undang jika anda ingin memandu di jalan raya. Jangan lupa bahawa pemanduan tanpa polisi yang sah akan mengakibatkan lesen anda digantung atau dirampas. Tidak ada gunanya anda bertanya, “Apa yang berlaku jika saya mengalami kemalangan tanpa insurans?” kerana ia tidak akan berlaku!

Sementara itu, insurans juga diperlukan untuk memperbaharui cukai jalan, dan pemilik kenderaan mesti memperbaharui kedua-dua insurans dan cukai jalan sebelum ia tamat tempoh. Di Malaysia, di bawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan (RTA) 1987 menyatakan bahawa jika anda ditangkap memandu tanpa cukai jalan, anda boleh didenda sebanyak RM3,000.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan polisi insurans kereta daripada membayar denda yang mahal daripada membeli satu polisi insurans kereta!

2. Untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum untuk anda dan pihak ketiga!

Pada asasnya, jika anda mempunyai insurans kereta untuk perlindungan pihak ketiga, ia boleh membantu anda membuat tuntutan dan memberi pampasan kepada pihak ketiga apabila terdapat sebarang kecederaan serta kerosakan pada fizikal. Oleh kerana kos untuk menanggung kerosakan boleh jadi agak tinggi atau mahal. Jadi, mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga amat disyorkan!

Sebaliknya, jika anda ingin melindungi diri anda dan juga pihak ketiga, insurans kereta komprehensif adalah yang anda perlukan kerana ia memberikan perlindungan kewangan yang paling maximum! Di mana, kemalangan, kebakaran dan kecurian semuanya dilindungi oleh insurans kereta komprehensif. Syarikat insurans anda juga akan melindungi (membayar kos) jika berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan anda dan orang yang terbabit semasa kemalangan tersebut.Cuba dapatkan perlindungan insurans jenis komprehensif untuk kereta anda.Meskipun agak mahal,yang pasti ia lebih terjamin dan selamat.

Bukan itu sahaja, anda juga memerlukan insurans yang meliputi semua bahagian dan komponen pada kenderaan anda, kerana sesetengah bahagian boleh menelan kos lebih tinggi daripada kenderaan itu sendiri. Ini termasuk enjin, transmisi, bateri dan segala-galanya. Alat ganti di Malaysia agak mahal kerana polisi kerajaan dan mudah merugikan jika berlaku masalah dengan kenderaan kesayangan anda. Oleh itu, apabila terdapatnya masalah dengan kerja badan, seperti penyok atau calar, cat sahaja boleh menghabiskan wang bulanan anda. Bayangkan perlu berurusan dengan semua pembaikan besar ini sekaligus.

3. Anda mempunyai lebih dari satu kereta? Jangan risau, SATU insurans sudah cukup!

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan, semua pemandu bertanggungjawab sama ada memandu kereta orang lain atau tidak. Inilah sebabnya mengapa banyak syarikat insurans menawarkan perlindungan pemandu tambahan sebagai sebahagian daripada pakej insurans kereta semasa anda, yang bermaksud apabila anda membeli hanya satu polisi insurans tetapi menginsuranskan 2 sehingga 3 kenderaan daripada membelinya secara berasingan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sekatan, jadi sentiasa baca terma dan syarat.

4. Anda akan mendapat banyak FAEDAH hanya dalam satu polisi!

Adakah anda tahu bahawa, selain daripada mempunyai satu polisi, terdapat banyak cara untuk meraih faedah? Anda boleh menambah perlindungan tambahan di bawah perlindungan insurans anda, terutamanya untuk insurans kereta komprehensif. Perlindungan ini akan memastikan kereta anda mempunyai perlindungan yang maksimum dan anda tidak perlu berasa bimbang jika apa-apa berlaku kepada kereta anda pada masa hadapan!

Di bawah ini adalah pelbagai perlindungan tambahan yang boleh anda nikmati untuk insurans kereta anda:

* Kerosakan cermin depan

* Kerosakan akibat bencana alam (eg: banjir, tanah runtuh)

* Kerosakan pada kenderaan anda akibat rusuhan, mogok & kekecohan awam

* Kerosakan pada kenderaan anda akibat kemalangan

* Liabiliti kepada penumpang

* Aksesori kenderaan

* Penggantian kunci pintar

*      Khidmat tunda

*      Perlindungan penumpang

*      Kemalangan Individu

dan banyak lagi! 


5. Anda boleh menikmati Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)

Jika anda mempunyai insurans kereta, anda dapat memanfaatkan diskaun NCD! Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan ke atas polisi insurans anda dalam tempoh setahun, anda akan diberi Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) kerana ini adalah ganjaran untuk pemandu yang berhemah seperti anda! Lebih lama anda memandu dengan selamat di jalan raya tanpa memfailkan tuntutan ke atas polisi anda sendiri, lebih besar diskaun yang anda akan terima. Ia sangat berbaloi!

Lazimnya di Malaysia, diskaun NCD biasanya bermula dari 25% hingga 55% berdasarkan premium yang perlu dibayar, dan anda mesti mempunyai rekod tanpa tuntutan untuk 12 bulan sebelumnya untuk memperoleh NCD tersebut.

Diskaun NCD akan dibahagikan kepada dua kategori. Kenderaan persendirian akan menerima diskaun yang lebih banyak iaitu maksimum sehingga 55% diskaun. Sementara itu, diskaun komersial dan motosikal dihadkan kepada 25% diskaun.

  • Tahun pertama - 0%
  • Tahun kedua - 25%
  • Tahun ketiga - 30%
  • Tahun keempat - 38.33%
  • Tahun kelima - 45%
  • Tahun keenam dan ke atas - 55% (maksimum)

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, Insurans kenderaan sangat penting kerana ia dapat memudahkan anda jika berlaku sebarang bencana terhadap kereta anda. Syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik dimana jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia



The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...