Tahukah anda! Membeli kereta terpakai memang merupakan cabaran bagi kita. Ia adalah berisiko namun dengan pengetahuan yang betul, kita boleh menjadikan banyak duit berbanding membeli kereta baru.
Beli terus dengan pemilik asal
Apabila anda beli dengan pemilik asal kebaikannya adalah segala rekod yang berkaitan dengan kenderaan tersebut dapat diperoleh dengan mudah dan yakin. Tambahan pula, biasa rekod perbatuan jarang diusik oleh pemilik asal.Antara kebaikan membeli kereta dengan pemilik asal ialah anda boleh menggunakan kemahiran berunding kerana kalau kena gaya anda boleh mendapat diskaun atas harga jualan kereta tersebut.
Semak mileage dengan service center
Sekiranya anda membeli dari penjual kenderaan terpakai, anda harus buat carian kenderaan di pusat servis jenama kenderaan. Anda juga boleh cuba untuk selidik pada kereta bila kereta tersebut melakukan servis di pusat servis bertauliah, bila kali terakhir servis dan pada kilometer ke berapa kerana takut anda ditipu oleh penjual tersebut.
Belilah kereta dengan nilai 15% dari gaji, dan tambah lagi 15% dari gaji untuk kos pembayaran ansuran bulanan. Ini tak termasuk lagi kos kos tersembunyi semasa pemilikan kenderaan.Hal ini supaya anda tidak terbeban untuk menanggung kos kereta tersebut dan ini juga akan membantu anda untuk menguruskan uang anda dengan baik. Contoh kalau bayaran melebihi 15%, nanti tersangkut cashflow dan semasa membuat pilihan kereta, pastikan ini merupakan benchmark pertama.
Periksa body kenderaan
Sebelum anda membeli kereta sila pastikan anda periksa body kenderaan seperti ketuk body kenderaan untuk bunyi yang sekata. Bagi kemalangan yang melibatkan panel body serta tidak serius, pemilik asal biasanya akan membaik pulih panel asal dengan kaedah ketuk, melapiskan permukaan panel dengan simen khas dan akhir sekali, diakhiri dengan cat. Permukaan yang dilapisi dengan simen akan memberikan bunyi yang tidak sama dengan panel asal. Jika pembaikan dibuat di pusat servis, bahagian berkenaan akan diganti baru.
Awas kereta Total lost
Hati-hati guys kalau penjua kereta ingin menjual kereta yang terlalu murah untuk anda hal ini kerana terdapat beberapa kes dimana kereta yang telah terlibat dengan kemalangan yang serius dan kos pembaikan melebihi 50% dari harga kenderaan.Sebagai contoh sebuah Perodua Myvi dengan nilai yang dilindungi oleh insurance bernilai 40 ribu telah terlibat dengan kemalangan dan kos pembaikan ialah 22 ribu, melebihi separuh kos sum insured.Biasanya pihak insurance akan mengisytiharkan kereta tadi total lost dan membayar ganti rugi kepada pemilik asal. Myvi tadi biasa akan dibeli oleh pemilik bengkel, dibaik pulih dan dijual kembali ke pasaran. Kalau saya memang tidak akan beli Myvi tadi walaupun murah.
Pilih kenderaan yang rekod senang dijaga
Penting untuk anda untuk mengenal jenama-jenama kereta yang mahal kerana ada beberapa pertanyaan melalui FB meminta pendapat kami mengenai jenama Continental (Peugeot, BMW, Meredes, Ford), tapi maaf saya tiada pengalaman membeli kereta jenama ini. Jenama ini memerlukan minat yang mendalam, sedikit pengetahuan teknikal dan semestinya poket yang tebal untuk membela kereta continental. Seorang peminat BMW dan juga seorang usahawan pernah berpesan pada saya, “kalau masih lagi makan gaji, usah dicuba BMW” kerana pada hari kami berbual, beliau baru sahaja membeli penyerap hentak jenama Koni untuk BMW beliau yang berharga RM2,500 sepasang. Hal ini supaya dapat membantu anda untuk membeli kereta yang anda mampu milik.
Tahap keselamatan
Penting untuk anda membeli kereta yang mempunyai tahap keselamatan yang baik agar keselamatan anda terjamin. Bagi yang menaik taraf kenderaan dari kompak ke kereta Sedan atau MPV, selain ruang bagasi luas, faktor keselamatan harus diutamakan. Cara paling mudah untuk memilih kenderaan dengan ciri keselamatan tinggi ialah kereta yang memiliki pengiktirafan 5 bintang dan mencapai markah penuh 16 point dari Asean NCAP .Bagi mencapai markah penuh biasanya kenderaan ini dilengkapi dengan Electronic stability control, beg udara, brek anti kunci ABS, ISOFIX untuk kerusi bayi dan menjalani ujian di Makmal Asean Ncap (New Car Assesment Programme).
Spot Welding
Kepingan besi chassis dan body part biasanya dicantumkan melalui proses spot welding. Kepingan body part ini akan disusun di atas jig dan dicantum melalui proses spot welding. Spot welding ni mencairkan besi dan apabila sejuk, bahagian spot akan bercantum dalam bentuk bulatan seperti gambar. Spot welding ni biasanya akan di buat di assembly line. Kalau kereta mengalami kemalangan, bengkel luar akan menggunakan sambungan dengan kaedah MIG welding. Semasa mengintai-intai kereta terpakai, lihat bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender. Kalau tiada tanda spot welding, kemungkinan kereta telah mengalami kemalangan.
Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika anda ingin membeli kereta boleh jadikan tips-tips yang admin nyatakan di atas agar sama-sama kita dapat mengelak untuk membeli kereta yang bermasalah dan dapat mengelakkan anda dari salah membeli kereta. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.
Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV
Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.
https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura
https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura
https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura
No comments:
Post a Comment