Tuesday, 18 April 2023

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KENDERAAN ELEKTRIK

Pengeluaran kenderaan elektrik (EV) sedang mengalami pertumbuhan pesat dan perlahan-lahan mula memasuki medium pengeluaran kereta arus perdana. Pembuatan segmen tersebut juga semakin hari semakin bertambah baik dari segi penciptaan teknologi dan penjimatan tenaga. Sebagai pilihan alternatif kepada kenderaan dengan bahan api fosil, EV bukan saja memiliki kelebihan, tetapi juga tidak terlepas daripada kekurangan. Berikut ialah beberapa fakta tentang pro dan kontra EV yang perlu kita ketahui.


KELEBIHAN

Mesra Alam Sekitar


Memandu EV bermakna anda sedang melewati perjalanan dengan emisi sifar atau tanpa asap. Dengan impak kepanasan global yang saban hari semakin meningkat, pemandu era baharu memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan persekitaran lebih baik buat generasi akan datang dengan mengurangkan kadar pencemaran daripada kenderaan. Malah, operasi EV yang senyap juga tidak menghasilkan pencemaran bunyi. 

Kurang Kadar Haus dan Lusuh (Wear and Tear)


EV dijana pek bateri dan tidak memerlukan kuasa yang dijana enjin mekanikal. Sebagai makluman, semua komponen yang terlibat dalam enjin pembakaran dalaman tidak diperlukan EV. Ini bermakna, EV menyingkirkan segala kos penyenggaraan untuk komponen sokongan dalam enjin pembakaran dalaman seperti palam pencucuh, penapis minyak, pam, injap atau valve dan alat ganti lain dalam jangka masa panjang. Hanya penyelenggaraan bateri diperlukan untuk EV.

Ideal untuk Pemanduan Urban

Berhenti dan bergerak ialah corak tipikal dan norma pemanduan di kawasan bandar. Kereta yang menggunakan enjin bahan api lebih efisien di lebuh raya, tetapi kereta elektrik cemerlang di bandar. Jika anda tinggal di kawasan bandar, memiliki kereta elektrik itu memang berbaloi dan munasabah.

Penjimatan Kos Bahan Api


Seperti diketahui ramai, kos operasi EV lebih murah jika dibandingkan enjin yang dijana bahan api fosil. Kos per kilometer untuk memandu sebuah EV adalah jauh lebih rendah, manakala bateri mudah dicas di rumah. Kebanyakan bangunan korporat dan pusat membeli belah juga menawarkan khidmat cas percuma.


KEKURANGAN

Limitasi Infrastruktur Stesen Pengecas


Antara kelemahan utama yang mendatangkan masalah kepada pemilik EV adalah keupayaan mengecas kereta di kawasan luar bandar atau pedalaman. Perjalanan jauh ialah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu EV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar.

Masalah sama turut menimpa pemandu yang menghuni kondominium dan pangsapuri berikutan tiada akses stesen pengecas di rumah. Kekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik EV dan boleh menyebabkan stres. Sama seperti membeli telefon bimbit mahal, tetapi perlu dicas di rumah kawan. Kawan pula duduk di kawasan perumahan lain.

Jarak Tidak Konsisten


Setiap EV mempunyai anggaran jarak pemanduan yang ditetapkan pengeluar dan Kerajaan. Namun, angka ini sukar dicapai dalam kondisi pemanduan sebenar. Jarak rasmi bagi anggaran tersebut dicapai melalui kepakaran dan kesabaran pemandu ujian pada persekitaran yang sempurna.

Ini sama sekali tidak menggambarkan apa yang dialami pemandu sebenar selepas memiliki EV itu. Contohnya, cuaca turut memainkan peranan utama bagi kondisi pemanduan EV. Pada suhu sejuk, jarak pemanduan dapat berkurangan 40 peratus. EV juga bukan kenderaan pilihan kepada mereka yang perlu berdepan musim sejuk bersalji, malah memerlukan pemanduan kurang agresif bagi mendapatkan jarak perjalanan maksimum.

Jumlah Jarak Yang Terhad


Walaupun Tesla Model S 100D disebut sebagai model terbaik dalam segmen EV dengan kemampuan bergerak sejauh 539km, angka tersebut masih tidak dapat menyaingi kemampuan enjin 4-silinder dengan bahan api. Enjin tipikal bahan api secara purata mampu bergerak sejauh 595km.

Selain Tesla, model EV lain secara purata cuma mampu bergerak sejauh 160km hingga 447km dalam kapasiti bateri dicas penuh. Ini menyebabkan jangkaan pemanduan EV sebagai kenderaan harian sedikit bermasalah dan menakutkan. Kebanyakan pemandu tidak memerlukan lebihan jarak kerana purata jarak perjalanan hanya sekitar 48km sehari.

Harga Pemilikan Tinggi

EV masih berharga premium berbanding kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Walaupun terdapat promosi rebat dan diskaun diberikan Kerajaan kepada pembeli, harga asas EV kekal tinggi dan  mungkin tidak mampu dibayar pembeli biasa yang masih mementingkan aspek praktikaliti, tujuan penggunaan dan bajet pembelian sebuah kereta.

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika anda ingin membeli kereta elektrik, Maka anda boleh membuat survey dahulu untuk mengetahui bahawa berbaloi atau tak berbaloi.Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV
 
Untuk pengetahuan anda, Ventura Towing & Car Carrier ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...