Thursday, 20 April 2023

𝑶𝑶𝑻𝑫 𝑪𝑼𝑺𝑻𝑶𝑴𝑬𝑹 & 𝑴𝑬𝑵𝑨𝑵𝑮 𝑫𝑼𝑰𝑻 𝑹𝑨𝒀𝑨🌙💰


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua !!!!

Macam mana dengan sambutan Hari Raya tahun ni? Mesti meriah kan sebab ada Ventura Contest pada tahun ini untuk anda  !!!!

Ventura Malaysia ada buat contest yang bernama “OOTD & MENANG” untuk korang menang duit raya berjumlah RM500,RM300 dan RM200. Haaa, best kan?

Contest ini terbuka kepada semua  kepada semua pelanggan Ventura Trans and Services tidak mengira agama, bangsa dan kaum secara PERCUMA! Anda hanya perlu mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di bawah untuk memenangi hadiah ini. PEMENANG akan dipilih berdasarkan jumlah LIKE terbanyak pada gambar yang diposting.

Khas untuk semua pelanggan Ventura! Jom rebut peluang untuk memenangi duit raya #ootdventuRaya2023 bernilai 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬, 𝗥𝗠𝟯𝟬𝟬 & 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟬! 
 
Macam Mana Nak Sertai & Menang? Senang Je !!!! 

𝟰 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗲𝘀 𝗶𝗻𝗶:
  •  Follow/Like IG, FB & TikTok Ventura
  •  Pos foto raya anda yang kreatif & menarik bersama kenderaan dan sambung caption “𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗩𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 ……..” 
  •  Letak hashtag #ootdventuRaya2023 di caption posting anda
  •  Pastikan akaun sosial media anda dalam mode public

Penyertaan adalah terbuka kepada 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 Ventura Trans And Services tidak mengira agama, bangsa dan kaum. 𝟭 𝗸𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝟭 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻. Cepat guys masa terhad! 

Jadi, tunggu apa lagi?

Sambut Hari Raya bersama kami dengan menyertai program menarik ini! Jangan lupa untuk share berita ini bersama rakan – rakan lain !!

Dan yang paling penting, jangan lupa ikuti kami di sosial media untuk saksikan nama pemenang Lucky Draw Duit Raya Syawal setiap hari

Good luck and have fun !! 

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga !!


𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗩𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮:

Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia



𝑫𝑼𝑰𝑻 𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾𝑬𝑹𝑺 𝑽𝑬𝑵𝑻𝑼𝑹𝑨 🌙💰


Assalamualaikum & Salam Sejahtera !!!!

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri  pada tahun ini, Ventura Trans and Services telah mengadakan contest pada tahun ini untuk anda !!!! yang bernama “DUIT RAYA FOLLOWERS VENTURA” untuk korang menang duit raya berjumlah RM100. Haaa, best kan?

Contest ini terbuka kepada semua  kepada semua follower Ventura Trans and Services tidak mengira agama, bangsa dan kaum secara PERCUMA! dan anda hanya perlu mengikut syarat-syarat yang dinyatakan di bawah untuk memenangi hadiah ini. 3 gambar pelanggan berserta caption yang menarik dan kreatif akan memenangi duit raya dari Ventura.

Jadi, tunggu apa lagi?

Admin mencari 𝟭𝟬 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄𝗲𝗿𝘀 yang bertuah untuk memenangi duit raya #followerventuRaya2023 bernilai 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬🌙🤩 
Follow langkah dibawah 👇😉

Jom ber OOTD raya & menang !!!

Macam Mana Nak Sertai & Menang? Senang Je!😉

📌 𝟰 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗲𝘀 𝗶𝗻𝗶:

  • Follow/Like IG, FB & TikTok Ventura
  • Pos foto raya anda yang kreatif bersama kapsyen yang menarik + kapsyen "𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐎𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊, 𝐑𝐎𝐆𝐄𝐑 𝐉𝐄 𝐕𝐄𝐍𝐓𝐔𝐑𝐀"
  • Letak hashtag #followerventuRaya2023 di caption posting anda
  • Pastikan akaun sosial media anda dalam mode public.


📌 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁:

‘Screenshot’ bukti langkah 1 kemudian muatnaik di link Google Form dibawah. Tarikh tutup penyertaan pada 22 Mei 2023

▶️ https://forms.gle/moPG65bTRjGvMBzB6

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Malaysia tidak mengira agama, bangsa dan kaum. Cepat guys masa terhad!🔥

Jadi, tunggu apa lagi?

Sambut Hari Raya bersama kami dengan menyertai program menarik ini! Jangan lupa untuk share berita ini bersama rakan – rakan lain !!!

Dan yang paling penting, jangan lupa ikuti kami di sosial media untuk saksikan nama pemenang Lucky Draw Duit Raya Syawal setiap hari

Good luck and have fun! 🤗

Jangan lupa ikuti Ventura di media sosial juga !!!


𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗩𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮:

Facebook: @Ventura Trans & Service Malaysia

Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia

Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia

























Tuesday, 18 April 2023

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KENDERAAN ELEKTRIK

Pengeluaran kenderaan elektrik (EV) sedang mengalami pertumbuhan pesat dan perlahan-lahan mula memasuki medium pengeluaran kereta arus perdana. Pembuatan segmen tersebut juga semakin hari semakin bertambah baik dari segi penciptaan teknologi dan penjimatan tenaga. Sebagai pilihan alternatif kepada kenderaan dengan bahan api fosil, EV bukan saja memiliki kelebihan, tetapi juga tidak terlepas daripada kekurangan. Berikut ialah beberapa fakta tentang pro dan kontra EV yang perlu kita ketahui.


KELEBIHAN

Mesra Alam Sekitar


Memandu EV bermakna anda sedang melewati perjalanan dengan emisi sifar atau tanpa asap. Dengan impak kepanasan global yang saban hari semakin meningkat, pemandu era baharu memainkan peranan penting dalam membantu mewujudkan persekitaran lebih baik buat generasi akan datang dengan mengurangkan kadar pencemaran daripada kenderaan. Malah, operasi EV yang senyap juga tidak menghasilkan pencemaran bunyi. 

Kurang Kadar Haus dan Lusuh (Wear and Tear)


EV dijana pek bateri dan tidak memerlukan kuasa yang dijana enjin mekanikal. Sebagai makluman, semua komponen yang terlibat dalam enjin pembakaran dalaman tidak diperlukan EV. Ini bermakna, EV menyingkirkan segala kos penyenggaraan untuk komponen sokongan dalam enjin pembakaran dalaman seperti palam pencucuh, penapis minyak, pam, injap atau valve dan alat ganti lain dalam jangka masa panjang. Hanya penyelenggaraan bateri diperlukan untuk EV.

Ideal untuk Pemanduan Urban

Berhenti dan bergerak ialah corak tipikal dan norma pemanduan di kawasan bandar. Kereta yang menggunakan enjin bahan api lebih efisien di lebuh raya, tetapi kereta elektrik cemerlang di bandar. Jika anda tinggal di kawasan bandar, memiliki kereta elektrik itu memang berbaloi dan munasabah.

Penjimatan Kos Bahan Api


Seperti diketahui ramai, kos operasi EV lebih murah jika dibandingkan enjin yang dijana bahan api fosil. Kos per kilometer untuk memandu sebuah EV adalah jauh lebih rendah, manakala bateri mudah dicas di rumah. Kebanyakan bangunan korporat dan pusat membeli belah juga menawarkan khidmat cas percuma.


KEKURANGAN

Limitasi Infrastruktur Stesen Pengecas


Antara kelemahan utama yang mendatangkan masalah kepada pemilik EV adalah keupayaan mengecas kereta di kawasan luar bandar atau pedalaman. Perjalanan jauh ialah antara cabaran yang perlu ditempuhi pemandu EV. Mereka perlu merancang perjalanan dengan baik kerana kawasan terpencil berkemungkinan tidak mempunyai stesen pengecas berbanding kawasan bandar.

Masalah sama turut menimpa pemandu yang menghuni kondominium dan pangsapuri berikutan tiada akses stesen pengecas di rumah. Kekurangan kawasan mengecas bateri sedikit sebanyak merisaukan bakal pemilik EV dan boleh menyebabkan stres. Sama seperti membeli telefon bimbit mahal, tetapi perlu dicas di rumah kawan. Kawan pula duduk di kawasan perumahan lain.

Jarak Tidak Konsisten


Setiap EV mempunyai anggaran jarak pemanduan yang ditetapkan pengeluar dan Kerajaan. Namun, angka ini sukar dicapai dalam kondisi pemanduan sebenar. Jarak rasmi bagi anggaran tersebut dicapai melalui kepakaran dan kesabaran pemandu ujian pada persekitaran yang sempurna.

Ini sama sekali tidak menggambarkan apa yang dialami pemandu sebenar selepas memiliki EV itu. Contohnya, cuaca turut memainkan peranan utama bagi kondisi pemanduan EV. Pada suhu sejuk, jarak pemanduan dapat berkurangan 40 peratus. EV juga bukan kenderaan pilihan kepada mereka yang perlu berdepan musim sejuk bersalji, malah memerlukan pemanduan kurang agresif bagi mendapatkan jarak perjalanan maksimum.

Jumlah Jarak Yang Terhad


Walaupun Tesla Model S 100D disebut sebagai model terbaik dalam segmen EV dengan kemampuan bergerak sejauh 539km, angka tersebut masih tidak dapat menyaingi kemampuan enjin 4-silinder dengan bahan api. Enjin tipikal bahan api secara purata mampu bergerak sejauh 595km.

Selain Tesla, model EV lain secara purata cuma mampu bergerak sejauh 160km hingga 447km dalam kapasiti bateri dicas penuh. Ini menyebabkan jangkaan pemanduan EV sebagai kenderaan harian sedikit bermasalah dan menakutkan. Kebanyakan pemandu tidak memerlukan lebihan jarak kerana purata jarak perjalanan hanya sekitar 48km sehari.

Harga Pemilikan Tinggi

EV masih berharga premium berbanding kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Walaupun terdapat promosi rebat dan diskaun diberikan Kerajaan kepada pembeli, harga asas EV kekal tinggi dan  mungkin tidak mampu dibayar pembeli biasa yang masih mementingkan aspek praktikaliti, tujuan penggunaan dan bajet pembelian sebuah kereta.

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika anda ingin membeli kereta elektrik, Maka anda boleh membuat survey dahulu untuk mengetahui bahawa berbaloi atau tak berbaloi.Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV
 
Untuk pengetahuan anda, Ventura Towing & Car Carrier ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

Friday, 7 April 2023

TIPS BERGUNA SEBELUM MEMBELI KERETA TERPAKAI

           

Tahukah anda! Membeli kereta terpakai memang merupakan cabaran bagi kita. Ia adalah berisiko namun dengan pengetahuan yang betul, kita boleh menjadikan banyak duit berbanding membeli kereta baru. 


Beli terus dengan pemilik asal

Apabila anda beli dengan pemilik asal kebaikannya adalah  segala rekod yang berkaitan dengan kenderaan tersebut dapat diperoleh dengan mudah dan yakin. Tambahan pula, biasa rekod perbatuan jarang diusik oleh pemilik asal.Antara kebaikan membeli kereta dengan pemilik asal ialah anda boleh menggunakan kemahiran berunding kerana kalau kena gaya anda boleh mendapat diskaun atas harga jualan kereta tersebut.


Semak mileage dengan service center

Sekiranya anda membeli dari penjual kenderaan terpakai, anda harus buat carian kenderaan di pusat servis jenama kenderaan. Anda juga boleh cuba untuk selidik pada kereta bila kereta tersebut melakukan servis di pusat servis bertauliah, bila kali terakhir servis dan pada kilometer ke berapa kerana takut anda ditipu oleh penjual tersebut.


Beli ikut kemampuan

Belilah kereta dengan nilai 15% dari gaji, dan tambah lagi 15% dari gaji untuk kos pembayaran ansuran bulanan. Ini tak termasuk lagi kos kos tersembunyi semasa pemilikan kenderaan.Hal ini supaya anda tidak terbeban untuk menanggung kos kereta tersebut dan ini juga akan membantu anda untuk menguruskan uang anda dengan baik. Contoh kalau bayaran melebihi 15%, nanti tersangkut cashflow dan semasa membuat pilihan kereta, pastikan ini merupakan benchmark pertama.


Periksa body kenderaan

Sebelum anda membeli kereta sila pastikan anda periksa body kenderaan seperti ketuk body kenderaan untuk bunyi yang sekata. Bagi kemalangan yang melibatkan panel body serta tidak serius, pemilik asal biasanya akan membaik pulih panel asal dengan kaedah ketuk, melapiskan permukaan panel dengan simen khas dan akhir sekali, diakhiri dengan cat. Permukaan yang dilapisi dengan simen akan memberikan bunyi yang tidak sama dengan panel asal. Jika pembaikan dibuat di pusat servis, bahagian berkenaan akan diganti baru.


Awas kereta Total lost

Hati-hati guys kalau penjua kereta ingin menjual kereta yang terlalu murah untuk anda hal ini kerana terdapat beberapa kes dimana kereta yang telah terlibat dengan kemalangan yang serius dan kos pembaikan melebihi 50% dari harga kenderaan.Sebagai contoh sebuah Perodua Myvi dengan nilai yang dilindungi oleh insurance bernilai 40 ribu telah terlibat dengan kemalangan dan kos pembaikan ialah 22 ribu, melebihi separuh kos sum insured.Biasanya pihak insurance akan mengisytiharkan kereta tadi total lost dan membayar ganti rugi kepada pemilik asal. Myvi tadi biasa akan dibeli oleh pemilik bengkel, dibaik pulih dan dijual kembali ke pasaran. Kalau saya memang tidak akan beli Myvi tadi walaupun murah.


Pilih kenderaan yang rekod senang dijaga

Penting untuk anda untuk mengenal jenama-jenama kereta yang mahal kerana ada beberapa pertanyaan melalui FB meminta pendapat kami mengenai jenama Continental (Peugeot, BMW, Meredes, Ford), tapi maaf saya tiada pengalaman membeli kereta jenama ini. Jenama ini memerlukan minat yang mendalam, sedikit pengetahuan teknikal dan semestinya poket yang tebal untuk membela kereta continental. Seorang peminat BMW dan juga seorang usahawan pernah berpesan pada saya, “kalau masih lagi makan gaji, usah dicuba BMW” kerana pada hari kami berbual, beliau baru sahaja membeli penyerap hentak jenama Koni untuk BMW beliau yang berharga RM2,500 sepasang. Hal ini supaya dapat membantu anda untuk membeli kereta yang anda mampu milik.


Tahap keselamatan

Penting untuk anda membeli kereta yang mempunyai tahap keselamatan yang baik agar keselamatan anda terjamin. Bagi yang menaik taraf kenderaan dari kompak ke kereta Sedan atau MPV, selain ruang bagasi luas, faktor keselamatan harus diutamakan. Cara paling mudah untuk memilih kenderaan dengan ciri keselamatan tinggi ialah kereta yang memiliki pengiktirafan 5 bintang dan mencapai markah penuh 16 point dari Asean NCAP .Bagi mencapai markah penuh biasanya kenderaan ini dilengkapi dengan Electronic stability control, beg udara, brek anti kunci ABS, ISOFIX untuk kerusi bayi dan menjalani ujian di Makmal Asean Ncap (New Car Assesment Programme).


Spot Welding

Kepingan besi chassis dan body part biasanya dicantumkan melalui proses spot welding. Kepingan body part ini akan disusun di atas jig dan dicantum melalui proses spot welding. Spot welding ni mencairkan besi dan apabila sejuk, bahagian spot akan bercantum dalam bentuk bulatan seperti gambar. Spot welding ni biasanya akan di buat di assembly line. Kalau kereta mengalami kemalangan, bengkel luar akan menggunakan sambungan dengan kaedah MIG welding. Semasa mengintai-intai kereta terpakai, lihat bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender. Kalau tiada tanda spot welding, kemungkinan kereta telah mengalami kemalangan.

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika anda ingin membeli kereta boleh jadikan tips-tips yang admin nyatakan di atas agar sama-sama kita dapat mengelak untuk membeli kereta yang bermasalah dan dapat mengelakkan anda dari salah membeli kereta. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan servis dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.


No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Jika anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura



Saturday, 1 April 2023

PERIKSA 6 PERKARA PENTING INI DI KERETA ANDA SEBELUM MULAKAN PERJALANAN

Sebelum memandu ke sesuatu destinasi adalah menjadi tanggungjawab pemandu untuk memeriksa kenderaan dan melakukan penyenggaraan awal jika perlu. Ia sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada kenderaan ketika memandu. Berikut disenaraikan senarai semak mudah untuk membantu anda lakukan pemeriksaan awal kenderaan secara berjadual:

Pemeriksaan Paras Bendalir

Pemeriksaan Paras bendalir komponen kereta adalah sangat penting untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan baik. Antara Paras bendalir yang perlu anda periksa ialah:

  • Bahan penyejuk
  • Pencuci cermin
  • Transmisi
  • Stereng kuasa
  • Minyak enjin
  • Brek
  • Bateri


Aspek Penglihatan

Penglihatan yang jelas semasa memandu mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pemandu kenderaan perlu memastikan cermin dan lampu dijaga dengan baik untuk memberi penglihatan yang baik. Disenaraikan beberapa perkara yang perlu dijaga pada kenderaan seperti berikut:

  • Pengelap cermin yang kotor mengaburkan penglihatan pemandu.
  • Lampu yang terbakar mengelirukan pemandu lain.
  • Lampu isyarat yang rosak membantutkan komunikasi dengan pemandu lain.
  • Bersihkan bilah pengelap cermin bagi mengelakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu di bawah bilah.
  • Tukar bilah pengelap cermin apabila tiba masanya atau enam bulan sekali bagi memastikan kebolehpakaian alat ini masih berada dalam keadaan baik.

Tayar

Tayar merupakan komponen utama pada sesebuah kenderaan. Ia perlu diperiksa secara berkala untuk memastikan berada dalam keadaan baik bagi pemanduan selesa. Pastikan pengguna kenderaan sentiasa memeriksa tekanan udara tayar secara berkala supaya ia berada dalam keadaan baik serta dapat meningkatkan jangka hayat penggunaannya. Tekanan udara tayar sempurna menjamin keselamatan di samping menjimatkan penggunaan bahan api. Putaran tayar (depan ke belakang dan sebaliknya) pada jarak berkala juga mampu memanjangkan jangka hayat bunga tayar.

Isi Radiator

Pastikan terdapat air yang mencukupi di dalam radiator. Ini penting supaya kereta tidak terlalu panas, terutamanya apabila kereta anda tidak bergerak dalam kesesakan lalu lintas. Pastikan anda hanya membuka bahagian ini semasa enjin sejuk atau sebelum anda menghidupkan kereta pada waktu pagi.


Jika anda tidak tahu cara untuk lakukan mana-mana perkara yang dinyatakan di atas, pastikan anda hantar kereta anda kepada mekanik untuk mereka periksa dan lakukan tindakan lanjut. Semua ini perlu dilakukan supaya anda dan keluarga dapat tiba ke destinasi dengan selamat.

Pengelap (wipers) dan Paras air


Periksa wipers anda uruk memastikan ia tidak berminyak dan boleh mengelap air tanpa meninggalkan kesan.Jika ia kotor sila bersihkan menggunakan kain yang basah supaya dapat membantu mengilap cermin deoan dengan baik.Hal ini akan membantu pemandu mendapat visual yang baik semasa memandu.Jika wipers gagal mengilap cermin dengan bersih maka anda perlu untuk membei wipers yang baru.Seterusnya pastikan anda memeriksa paras air untuk wipers.Pastikan air yang ada mencukupi.

Air bateri

Periksa paras air bateri kereta anda. Tapi, sekiranya anda menggunakan bateri sel kering yang tidak memerlukan penyelenggaraan, maka anda tidak perlu lakukan pemeriksaan. Untuk pengguna bateri jenis sel basah, anda perlu buka penutup kecil pada bateri dan pastikan terdapat air bateri yang mencukupi dalam setiap petak sel. Jika air di bawah paras minimum, anda boleh beli air bateri daripada stesen minyak atau kedai kereta untuk mengisi semula petak sel tersebut.

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika ingin kereta anda masih tidak boleh dihidupkan berkemungkinan kereta anda menghadapi masalah lain. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.

Ventura Towing & Car Carrier

No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia   ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura



The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...