Sebelum memandu ke sesuatu destinasi adalah menjadi tanggungjawab pemandu untuk memeriksa kenderaan dan melakukan penyenggaraan awal jika perlu. Ia sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada kenderaan ketika memandu. Berikut disenaraikan senarai semak mudah untuk membantu anda lakukan pemeriksaan awal kenderaan secara berjadual:
Pemeriksaan Paras Bendalir
Pemeriksaan Paras bendalir komponen kereta adalah sangat penting untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan baik. Antara Paras bendalir yang perlu anda periksa ialah:
- Bahan penyejuk
- Pencuci cermin
- Transmisi
- Stereng kuasa
- Minyak enjin
- Brek
- Bateri
Penglihatan yang jelas semasa memandu mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pemandu kenderaan perlu memastikan cermin dan lampu dijaga dengan baik untuk memberi penglihatan yang baik. Disenaraikan beberapa perkara yang perlu dijaga pada kenderaan seperti berikut:
- Pengelap cermin yang kotor mengaburkan penglihatan pemandu.
- Lampu yang terbakar mengelirukan pemandu lain.
- Lampu isyarat yang rosak membantutkan komunikasi dengan pemandu lain.
- Bersihkan bilah pengelap cermin bagi mengelakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu di bawah bilah.
- Tukar bilah pengelap cermin apabila tiba masanya atau enam bulan sekali bagi memastikan kebolehpakaian alat ini masih berada dalam keadaan baik.
Tayar merupakan komponen utama pada sesebuah kenderaan. Ia perlu diperiksa secara berkala untuk memastikan berada dalam keadaan baik bagi pemanduan selesa. Pastikan pengguna kenderaan sentiasa memeriksa tekanan udara tayar secara berkala supaya ia berada dalam keadaan baik serta dapat meningkatkan jangka hayat penggunaannya. Tekanan udara tayar sempurna menjamin keselamatan di samping menjimatkan penggunaan bahan api. Putaran tayar (depan ke belakang dan sebaliknya) pada jarak berkala juga mampu memanjangkan jangka hayat bunga tayar.
Isi Radiator
Pastikan terdapat air yang mencukupi di dalam radiator. Ini penting supaya kereta tidak terlalu panas, terutamanya apabila kereta anda tidak bergerak dalam kesesakan lalu lintas. Pastikan anda hanya membuka bahagian ini semasa enjin sejuk atau sebelum anda menghidupkan kereta pada waktu pagi.
Pengelap (wipers) dan Paras air
Air bateri
Periksa paras air bateri kereta anda. Tapi, sekiranya anda menggunakan bateri sel kering yang tidak memerlukan penyelenggaraan, maka anda tidak perlu lakukan pemeriksaan. Untuk pengguna bateri jenis sel basah, anda perlu buka penutup kecil pada bateri dan pastikan terdapat air bateri yang mencukupi dalam setiap petak sel. Jika air di bawah paras minimum, anda boleh beli air bateri daripada stesen minyak atau kedai kereta untuk mengisi semula petak sel tersebut.
Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika ingin kereta anda masih tidak boleh dihidupkan berkemungkinan kereta anda menghadapi masalah lain. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.
Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV
Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.
wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura
wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura
wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura
No comments:
Post a Comment