Saturday, 4 February 2023

BARANGAN YANG DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN DIBAWA DIDALAM KENDERAAN SEMASA POS KERETA

Hi semua, untuk posting kali ni admin ada nak kongsi sikit pengalaman admin hantar kereta abang admin ke Sarawak pada bulan 12 tahun lepas. Korang tahu tak? Susah gila nak cari syarikat hantar kereta ke Sarawak yang murah dan boleh dipercayai serta selamat untuk hantar kereta ke sana. Since, abang admin kene posting dekat sana la kan, abang admin suruh admin cari syarikat hantar kereta yang boleh bawak barang-barang dia sekali dalam kereta tu.

Kebanyakkan syarikat yang admin tanya walaupon kos penghantaran kereta mereka ada murah sedikit la kan dari syarikat Ventura akan tetapi diorang tak benarkan pelanggan untuk bawak barang dalam kereta sekali waktu nak pos kereta tu. Kalau nak bawak juga, pelanggan akan dikenakan charge yang lain untuk barang-barang tu. Jika lagi banyak barang yang nak dibawa, lagi banyak charge yang akan dikenakan. Pening admin dibuatnya! Dan lagi satu, admin ingatkan syarikat Ventura Trans and Service juga menggunakan polisi yang sama macam syarikat lain iaitu tak boleh isi barang dalam kereta. Sampai la admin perasan yang sebenarnya syarikat Ventura Trans and Services Malaysia membenarkan pelanggan diorang membawa barang-barang masuk dalam kereta tanpa dikenakan sebarang charge pon kepada pelanggan akan tetapi dengan syarat risiko kerosakan dan kehilangan adalah sepenuhnya diatas tanggungjawab pelanggan itu sendiri. Dan Alhamdullilah… waktu abang admin ambik kereta dia haritu di Port Kuching dengan menggunakan servis hantar kereta Ventura, tak ada barang-barang abang admin yang hilang dan rosak. Kesemua barang-barang sampai dalam keadaan baik.

 

" π˜½π™Šπ™Ž, π˜½π˜Όπ™π˜Όπ™‰π™‚ π˜Όπ™‹π˜Ό π™”π˜Όπ™‰π™‚ π˜½π™Šπ™‡π™€π™ƒ π˜Ώπ™„π˜½π˜Όπ™’π˜Ό π˜Ώπ™„π˜Ώπ˜Όπ™‡π˜Όπ™ˆ π™†π™€π™‰π˜Ώπ™€π™π˜Όπ˜Όπ™‰? "

Korang mesti tertanya-tanya juga pasal perkara ni kan? Jom admin kongsi 😊

Jadi kali ini, admin bagi tahu senarai barangan apa yang dibenarkan untuk dibawa dan barangan apa yang tidak dibenarkan dibawa didalam kenderaan/kereta.

Antara barangan yang dibenarkan dibawa adalah seperti berikut:

  1. Buku
  2. Pakaian Harian
  3. Kelengkapan Rumah
  4. Peralatan Dapur
  5. Dan lain-lain dengan persetujuan pelanggan dan budi bicara bersama Person-In-Charge (PIC) semasa membuat tempahan. 

Peringatan! : Sebarang risiko kerosakan dan kehilangan barangan adalah sepenuhnya diatas tanggungjawab pelanggan itu sendiri!


Untuk jenis barangan yang tidak dibenarkan dibawa dalam kenderaan adalah seperti berikut:

  1. Barang kemas /emas
  2. Makanan Basah
  3. Bahan Mudah Meletup
  4. Dokumen-Dokumen Penting
  5. Aksesori Kenderaan
  6. Pakaian/Peralatan Beruniform
  7. Peralatan Sukan
  8. Barangan Peribadi seperti Wang Ringgit
  9. Peralatan Muzik
  10. Cecair Melebihi Had
  11. Benda-Benda Berharga



Sampai di sini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, lawati website Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Ventura Trans & Services Malaysia website :  https://www.venturamalaysia.com.my

 

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombor Ventura Trans & Services Malaysia

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

 

No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...