1. Dapatkan maklumat dan tarikh penghantaran dari kakitangan / agen Ventura. Anda boleh melayari lawan sesawang ventura https://www.venturamalaysia.com.my atau hubungi hotline / WhatApps Ventura pada nombor 010-3851177 yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut.
2. Untuk membuat tempahan slot penghantaran, anda perlulah membuat penyerahan dokumen yang lengkap kepada PIC (Person In-Charge) Ventura melalui email atau WhatApps. Dokumen tersebut adalah seperti Geran Kenderaan, Surat Kebenaran Bank/ Polisi Insuran dan Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan.
3. Tempah yang telah selesai akan dimaklumkan melalui panggilan telefon dan anda perlu membuat pengesahan maklumat tersebut.
4. Untuk penghantaran kenderaan pelanggan ke stor Ventura perlu dilaksanakan 4 hari sebelum tarikh pelayaranyang telah ditetapkan dan pemeriksaan keseluruhan kenderaan pelanggan akan dilaksanankan apabila kenderaan tiba di stor dan ia akan disimpan di dalam stor Ventura sementara menunggu untuk kapal berlayar.
5. Berkenaan dengan pembayaran, anda boleh membuat pembayaran secara deposit terlebih dahulu atau bayar secara lump sum selepas kereta anda sampai ke destinasi. Pembayaran akan terus masuk ke akaun syarikat Ventura Trans and Services.
6. Kapal yang digunakan untuk membawa kenderaan adalah Kapal RORO dari Perlabuhan A ke Perlabuhan B.
7. Pemeriksaan KASTAM akan dikenakan apabila kenderaan sampai di Perlabuhan B. Setelah selesai urusan KASTAM dan dokumentasi, pengambilan kenderaan boleh dilaksanakan selepas anda menerima panggilan dari PIC (Person In-Charge) di perlabuhan tersebut.
No comments:
Post a Comment