Tahukah anda tayar merupakankompenenyang paling penting dalam sesebuah kenderaan yang bergerak, tidak kiralah ia bersaiz bersar atau kecil. Dipasaran ade pelbagai jenis dan jenama tayar dan pada setiap tayar juga mempunyai kod dan fungsinya yang berbeza. Untuk mereka yang tidak tahu apa fungsi kod-kod tersebut, mari kita ulang kaji fungsi-fungsi tentang fungsi-fungsi kod tersebut.
Contoh kod tayar kenderaan: P195/55/R1687V
1. Huruf di hadapan, sebagai contoh: P,
menerangkan jenis kenderaan yang boleh digunakan oleh tayar tersebut.
i. P: Kereta penumpang (Passenger Car)
ii. LT: Trak ringan (Light Truck)
iii. ST: Treler khas (Special Trailer)
iv. T:
Sementara (Temporary) (kegunaannya hanya untuk tayar gantian
"jimat-ruang" sementara sahaja). Sila tukar tayar anda dengan kadar
segera.
2.
Nombor di hadapan sekali – contoh: 195 adalah mewakili lebar tayar anda.
3.
Nombor seterusnya pula –contoh: 55 adalah peratus ketinggian tayar
daripada jumlah lebar tayar tersebut.
4.
Huruf R pula bermaksud Radial. (Jenis pembinaan tayar)
5.
Nombor seterusnya seterusnya – contoh: 16 adalah saiz rim untuk tayar
tersebut dalam inci
6.
Nombor berikutnya – contoh: 87 adalah had maksimum bebanan
7.
Huruf terakhir – contoh: V adalah had maksimum kelajuan 240 km / jam (Jadi
jangan main tekan pedal ikut suka ya!).
Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:
Treadwear (bunga tayar): contoh Treadwear 320 traction AA temperature
A.
Ia membawa maksud bahawa kadar kehausan bunga tayar tersebut
adalah 320. Semakin tinggi nilai (nombor tertera) semakin tebal dan lambat haus
bunga tayar tersebut. Perlu diingatkan bahawa ini hanya panduan sahaja kerana
kehausan bunga tayar turut melibatkan cara pemanduan anda sendiri, penjagaan
tayar tersebut seperti kadar angin tayar, penjajaran dan penyelasaran (balancing
dan alignment), keadaan jalan raya dan cuaca.
Traction
A pula terbahagi kepada AA yang membawa maksud paling
bagus diikuti dengan A, B dan C. Label Traction ialah ukuran keupayaan tayar
untuk berhenti di atas permukaan yang lurus dan basah di bawah keadaan
terkawal.
Temperature
A iaitu ketahanan suhu seperti berikut:
i. A: kawasan
panas
ii. B: kawasan
bercuaca normal/biasa
iii. C: kawasan sejuk
Selain itu, tayar juga mempunyai tarikh pengeluaran dan tarikh
luput. Di setiap tayar ada 4 angka tercatit di bahagian sisi tayar sebagai
contoh - 0518. Nombor tersebut menunjukkan tayar tersebut telah dikeluarkan
pada minggu ke-5 tahun 2018. Untuk tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari
tarikh ianya dikeluarkan. Tayar baharu
yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya telah
menjadi keras kerana ia sudah tamat tempoh. Jadi sebelum
menukar tayar baharu cuba anda pastikan tahun pengeluarannya, sebaik-baiknya
adalah tahun yang terkini.
Jika anda membeli tayar keluaran tahun 2016 (contoh), anda boleh
cuba meminta potongan harga sebanyak 20 sehingga 60 peratus daripada harga
asal; lebih lama (tua) tayar yang telah dikeluarkan, lebih banyak anda
disarankan meminta diskaun atau potongan harga kerana itu hak anda sebagai
pengguna.
Jadi pengguna yang bijak dan rajin-rajin lah membuat kaji selidik
dan perbandingan harga kerana setiap kedai tayar menawarkan harga dan jenama
yang berlainan dan terpulang kepada kebijaksanaan anda membuat penilaian!
Jangan diguna tayar celup pula ya!
Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Jika kereta anda
breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing
untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura
Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.
Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.
Ventura Towing & Car Carrier
No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV
Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan
perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan
treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah &
Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services
Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang
pertanyaan:
Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official
nombornya.
No comments:
Post a Comment