Tuesday, 20 December 2022

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG KOD TAYAR KENDERAAN

Tahukah anda tayar merupakankompenenyang paling penting dalam sesebuah kenderaan yang bergerak, tidak kiralah ia bersaiz bersar atau kecil. Dipasaran ade pelbagai jenis dan jenama tayar dan pada setiap tayar juga mempunyai kod dan fungsinya yang berbeza. Untuk mereka yang tidak tahu apa fungsi kod-kod tersebut, mari kita ulang kaji fungsi-fungsi tentang fungsi-fungsi kod tersebut.

Contoh kod tayar kenderaan: P195/55/R1687V 



1. Huruf di hadapan, sebagai contoh: P, menerangkan jenis kenderaan yang boleh digunakan oleh tayar tersebut. 

i.    P: Kereta penumpang (Passenger Car)

ii.   LT: Trak ringan (Light Truck)

iii.  ST: Treler khas (Special Trailer)

iv.   T:  Sementara (Temporary) (kegunaannya hanya untuk tayar gantian "jimat-ruang" sementara sahaja). Sila tukar tayar anda dengan kadar segera.

2.  Nombor di hadapan sekali – contoh: 195 adalah mewakili lebar tayar anda.

3.  Nombor seterusnya pula –contoh: 55 adalah peratus ketinggian tayar daripada jumlah lebar tayar tersebut.

4.  Huruf R pula bermaksud Radial. (Jenis pembinaan tayar)

5.  Nombor seterusnya seterusnya – contoh: 16 adalah saiz rim untuk tayar tersebut dalam inci

6.  Nombor berikutnya – contoh: 87 adalah had maksimum bebanan

7.  Huruf terakhir – contoh: V adalah had maksimum kelajuan 240 km / jam (Jadi jangan main tekan pedal ikut suka ya!).

Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:





Treadwear (bunga tayar): contoh Treadwear 320 traction AA temperature A.  

Ia membawa maksud bahawa kadar kehausan bunga tayar tersebut adalah 320. Semakin tinggi nilai (nombor tertera) semakin tebal dan lambat haus bunga tayar tersebut. Perlu diingatkan bahawa ini hanya panduan sahaja kerana kehausan bunga tayar turut melibatkan cara pemanduan anda sendiri, penjagaan tayar tersebut seperti kadar angin tayar, penjajaran dan penyelasaran (balancing dan alignment), keadaan jalan raya dan cuaca.


Traction A pula terbahagi kepada AA yang membawa maksud paling bagus diikuti dengan A, B dan C. Label Traction ialah ukuran keupayaan tayar untuk berhenti di atas permukaan yang lurus dan basah di bawah keadaan terkawal.


Temperature A iaitu ketahanan suhu seperti berikut:

i.   A: kawasan panas

ii.  B: kawasan bercuaca normal/biasa

iii. C: kawasan sejuk




Selain itu, tayar juga mempunyai tarikh pengeluaran dan tarikh luput. Di setiap tayar ada 4 angka tercatit di bahagian sisi tayar sebagai contoh - 0518. Nombor tersebut menunjukkan tayar tersebut telah dikeluarkan pada minggu ke-5 tahun 2018.  Untuk tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi getahnya telah menjadi keras kerana ia sudah tamat tempohJadi sebelum menukar tayar baharu cuba anda pastikan tahun pengeluarannya, sebaik-baiknya adalah tahun yang terkini. 

Jika anda membeli tayar keluaran tahun 2016 (contoh), anda boleh cuba meminta potongan harga sebanyak 20 sehingga 60 peratus daripada harga asal; lebih lama (tua) tayar yang telah dikeluarkan, lebih banyak anda disarankan meminta diskaun atau potongan harga kerana itu hak anda sebagai pengguna. 

Jadi pengguna yang bijak dan rajin-rajin lah membuat kaji selidik dan perbandingan harga kerana setiap kedai tayar menawarkan harga dan jenama yang berlainan dan terpulang kepada kebijaksanaan anda membuat penilaian! Jangan diguna tayar celup pula ya!

Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.

Ventura Towing & Car Carrier

No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV

Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...