Wednesday, 27 July 2022

5 Top Syarikat Yang Menguruskan Penghantaran Kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Top Syarikat Penghantaran Kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Mesti ada yang tak tahu kewujudan servis penghantaran kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Jom harini Admin share beberapa syarikat yang terkenal dalam servis penghantaran kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Untuk pengetahuan semua, selalunya kalau ke Semenanjung, kapal akan berlabuh di Port Klang manakala kalau ke Sabah, kapal akan berlabuh di Port Kota Kinabalu. Kalau ke Sarawak pula, kapal akan berlabuh di Port Kuching.  

Okay sekarang Admin nak cerita sikit tentang servis-servis yang ditawarkan oleh syarikat  penghantaran kenderaan ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 

Antaranya ialah:

1. Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd

Alamat: No. 3006, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, 41100, Klang, Selangor
Nombor telefon: 010-385 1177

Melalui hampir dua dekad, Ventura telah berusaha untuk menjadi salah satu syarikat pengangkutan auto terbesar dan terbaik di Malaysia. Mereka menyediakan servis seperti berikut: 
  • Penghantaran kenderaan ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan menggunakan kapal RoRo.
  • Pengambilan dan penghantaran kenderaan dengan menggunakan Single Car Carrier dan Rigid. 
  • Penghantaran barang ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung dengan menggunakan kapal cargo. 
  • Insurans marin secara sah dan bukan berkelompok. 



 2. Restu Ibu 

Website: https://hantarkeretaku.com/main/ 
Alamat: Lot 3006, Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Raja Uda, 42000, Port Klang, Selangor
Nombor telefon: 016-5945949
Emel: res2ibuservice@gmail.com  

Syarikat Restu Ibu Services mempunyai pengalaman lebih 14 tahun dalam pengurusan penghantaran kenderaan antara Semenanjung Malaysia (Port Klang) dan East Malaysia termasuklah perlabuhan utama seperti Port Kuching dan Port Kota Kinabalu. Pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, motokar , MPV, 4WD, SUV, kereta perdagangan ringan dan berat seperti jengkaut dan lain-lain boleh dihantar dengan syarikat Restu Ibu Services. 




3. Risztwo Trading 

Website: https://rizstwo.com/top/ms/ 
Alamat: 3044-2nd Floor, Persiaran Raja Muda Musa 42, 42000 Port Klang, Selangor.
Nombor telefon:  012-3312565
Emel: rizstwo20@gmail.com 

Rizstwo Trading and Services berdaftar dengan SSM (SA0119630-X) adalah sebuahsyarikat yang menawarkan khidmat penghantaran pelbagai kenderaan antara Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Terdapat empat kaedah penghantaran yang mereka tawarkan kepada pelanggan-pelanggan mereka iaitu:

a) Port to Port

b) Door to Port

c) Port to Door

d) Door to Door



4. Nizaf Movers 

Website: https://nizafmover.com/  
Alamat: No. 3, Jalan Mega 3B, Taman Industri Mega, Bandar Teknologi Kajang, 43500 Semenyih, Selangor. 
Nombor telefon: 03-87238755 / 019-2047355
Emel: Enquiry@nizafmover.com 

Nizaf Mover & Logistics telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam servis pejabat dan pindah rumah. Antara servis yang mereka tawarkan ialah:

i- Perpindahan pejabat

ii- Perpindahan rumah tempatan 

iii- Penghantaran domestik

iv- Penghantaran kenderaan 


5. Ayumart 

Website: https://www.ayumart.my/ 
Alamat: No 17A, JALAN Mulia 17 / KS8, Taman Setia Permai, 41200 Johan Setia, Klang, Selangor
Nombor telefon:  03-58800646 / 012-5414348
Emel: onlineunifi81@gmail.com 

Syarikat Ayumart telah berpengalaman lebih dari 11 tahun dalam bidang Penghantaran Pos Hantar Kenderaan Ke Sabah & Sarawak dan beroperasi di beberapa buah negeri seperti:

i- Klang (HQ)

ii- Ipoh

iii- Kuching

iv- Bintulu

v- Kota Kinabalu


Antara servis yang disediakan oleh Syarikat Ayumart ialah:

i- Pos Kenderaan 

ii- Pick-up & Penghantaran Kenderaan

iii- Penghantaran Kenderaan Air Cargo Mas

iv- Perkhidmatan Pindah Rumah


 



No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...