Hari ini saya nak share-kan dengan korang perkara penting yang kita perlu tahu sebelum nak servis kereta supaya kita TIDAK TERTIPU dan DITIPU LAGI.
1. Minyak Hitam
Minyak hitam yang non-sintetik perlu ditukar setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Untuk minyak hitam sintetik mungkin perlu ditukar setiap 7,500 km atau 10,000 km.
2.
Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar
setiap 5,000 km dan minyak sintetik perlu tukar 7,500 km hingga 10,000 km.
Dengan erti kata lain, tukar filter minyak (oil filter) sekali bila tukar
minyak enjin.
3.
Spark
Plug
Jika ikut schedule maintenance book, boleh pakai sampai 20,000 km.
But it’s okay to use it up till 30k – 40k. Tapi di suggest-kan tukar jika dah
guna lebih dari 40k kerana electrode mungkin dah nipis.
Spark plug biasa ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik
di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena
selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak
uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian
ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major.
Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya
berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve
sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
4. Battery Kereta
Bateri kereta biasanya tahan selama 18
bulan hingga 2 tahun, terpulang kepada cara penggunaan. Untuk kereta yang
menggunakan bateri basah, kita selalu kena topup air suling supaya boleh
bertahan hingga 2 tahun. Tapi kalau nak mudah guna bateri kering. Kan tetapi,
kereta kena selalu dihidupkan supaya bateri dapat di charge semula dan tidak
mudah KONG.
5. Timing Belt
Banyak orang tak tahu, jangka hayat untuk menukar timing belt mengikut jenis kereta yang kita gunakan. Tetapi saya cadangkan untuk menukar timing belt setiap 100,000 km bergantung kepada jenis timing belt yang digunakan.
6.
Clutch
Plate
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman,
hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu
pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila
100,000 km baru tukar clutch!
7.
Fuel
Filter
Tukar fuel filter sekitar 40,000 km.
8.
Air
Filter
Boleh ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada
K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9.
ATF
(Automatic Transmission Fluid)
Minyak ATF sangat penting bagi yang
pakai kereta AUTO dan perlu di tukar setiap 20,000 km. Akan tetapi, ia boleh
extend sehingga 30,000 km kepda mereka yang nak jimat. Minyak ini penting untuk
ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada AUTO gearbox jika tidak
tukar.
Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu
Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission
Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada
pihak yang servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF,
hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil
Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu
pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Minyak ni boleh ditukar 60,000 km
sekali.
11. Brake
Fluid & Power Steering Fluid
Flush keluar dan ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator
Coolant
Boleh ditukar setiap 60,000 km sekali! Fungsi coolant dapat
panaskan enjin dengan lebih cepat dan tidak mudah mendidih. Anda juga boleh
menggunakan air paip sebagai radiator coolant jika nak jimat. Akan tetapi anda
kena selalu check sebab takut air dalam radiator tu kering.
13. Air-Cond
Belt / Alternator Belt
Belt-belt perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Akan tetapi
jika di bahagian ribs sudah ada kesan
crack-crack halus, disarankan untuk
tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar
belt-belt ni.
14. Water
Pump
Disarankan menukar water pump apabila menukar timing belt untuk
kali yang kedua. Contoh jika anda menukar timing belt setiap 80,000 km, maka
apabila anda menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km dan eloklah
tukar sekali dgn water pump. Hal ini kerana, timing belt perlu dibuka terlebih dahulu
untuk menukar water pump dan jika dibuat sekali ia dapat jimatkan extra labor charge.
15. Brake
Pad
Brake pad disarankan tukar bila dah haus atau rasa brake kurang
mengigit. Biasanya ditukar tiga hingga empat tahun sekali seperti minyak brake.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian kami.
Dan kami harapkan semoga info perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
No comments:
Post a Comment