Friday, 10 June 2022

CARA-CARA JUMPER BATERI KERETA DENGAN BETUL

Pernah tak anda mengalami masalah kereta tidak mahu start? Admin pernah. Kereta tiba-tiba mati tepi jalan. Tahukah anda terdapat banyak factor yang boleh menyebabkan enjin kereta anda tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Antara salah satunya adalah disebabkan voltan bateri kereta anda sudah lemah ataupun senang kita panggil “KONG” & bateri kereta anda perlu diganti kerana sudah sampai jangka hayat. Namun begitu, dalam kes-kes begini anda mungkin memerlukan bantuan jumper bateri kereta untuk menghidupkan enjin kereta anda.

Anda disarankan untuk mempraktikkan langkah-langkah keselamatan dan aspek keselamatan yang betul semasa melakukan jumper bateri kereta. Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian yang serious jika tersilap langkah serta boleh membawa risiko bahaya lain. Kebanyakan model kereta di pasaran kini menggunakan komponen elektronik dalam sistem dalaman kereta. Oleh itu, kita perlu berhati-hati semasa menggunakan jumper untuk mengelakkan berlakunya litas pintas berlaku pada komponen TCU (Unit Kawalan Transmisi) iaitu komponen terpenting pada kereta.

 

Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Jumper Bateri Kereta

Secara amnya, bateri kereta dilengkapi dengan dua terminal iaitu terminal positif dan terminal negatif:

1.       Terminal positif – terminal positif biasanya lebih besar berbanding terminal negatif. Ia   ditandakan dengan ‘POS’ atau ‘+’, terminal ini akan disambungkan dengan klip positif kabel   jumper kereta yang berwarna merah;

2.       Terminal negatif – terminal negatif pada bateri biasanya ditandakan dengan ‘NEG’ atau ‘-‘,   terminal ini akan disambungkan dengan klip negatif kabel jumper kereta yang berwarna hitam.

 

Peralatan Yang Diperlukan Untuk Jumper Bateri Kereta

1.     Kabel jumper kereta – kabel jumper kereta biasanya panjang, tertebat dengan klip bergerigi pada kedua-dua bahagian hujung. Kabel ini juga turut dikenali sebagai ‘klip buaya’ kerana bentuknya yang kelihatan seperti kepala buaya. Klip buaya dibezakan melalui warna – hitam atau merah yang menunjukkan kutub positif (merah) atau negatif (hitam).

2.    Sumber kuasa – anda boleh menggunakan sama ada bateri mudah alih atau bantuan kereta lain sebagai sumber kuasa untuk menghidupkan enjin kereta. Bateri mudah alih digunakan untuk jumper bateri kereta tanpa memerlukan bantuan kereta lain. Bateri jenis ini biasanya dilengkapi dengan kabel jumper khas. Ia akan disambungkan secara terus daripada bateri mudah alih dengan bateri kereta yang tidak dapat dihidupkan.

 

Langkah-Langkah Jumper Kereta Yang Betul

        1. Matikan Enjin

Dalam situasi ini, anda memerlukan bantuan kereta lain (kereta bantuan) untuk jumper bateri kereta anda. Pertama, anda perlu pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua-dua kereta seperti lampu hadapan, radio dan sebagainya dimatikan.

2. Parking Dekat

Kemudian, parking kereta ‘bantuan’ berdekatan dengan kereta anda. Letakkan kenderaan sedekat yang mungkin supaya kabel jumper kereta boleh dicapai oleh terminal negatif dan positif kedua-dua kereta. Namun begitu, pastikan kedua-dua kereta ini tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ia mungkin boleh menyebabkan insiden berbahaya lain yang tidak diingini.

3. Cabut Kunci

Pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan dan kunci dicabut, kemudian buka bonet hadapan kedua-dua kenderaan.

4. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Positif

Sambungkan klip kabel jumper kereta dengan berhati-hati. Mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta ‘bantuan’. Terminal positif biasanya mempunyai penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+). Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang tidak dapat dihidupkan.

5. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Negatif

Kemudian, sambungkan klip kabel jumper kereta berwarna hitam (negatif) pada terminal negatif bateri kereta ‘bantuan’. Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain pada mana-mana bahagian besi kereta yang tidak dapat dihidupkan seperti batang besi bonet hadapan.

6. Hidupkan Enjin

Hidupkan enjin kereta ‘bantuan’.

7. Tunggu dalam beberapa minit

Tunggu dalam beberapa minit. Kemudian, cuba hidupkan enjin kereta yang tidak dapat dihidupkan. Jika ia masih belum boleh dihidupkan selepas beberapa cubaan, kereta anda mungkin menghadapi masalah lain selain daripada masalah bateri.

8. Biarkan Enjin

Jika enjin kereta anda hidup, biarkan kedua-dua enjin kereta beroperasi selama 5-10 minit.

9. Cabut Kabel Jumper Kereta

Untuk mencabut kabel jumper kereta, anda perlu membuka sambungan kabel mengikut urutan berlawanan. Cabut kabel hitam pada kereta yang tidak dapat dihidupkan, diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘bantuan’. Kemudian, cabut kabel merah pada kereta yang tidak dapat dihidupkan dan diikuti dengan kabel merah pada kereta ‘bantuan’.

10. Pandu Uji

Selepas kabel jumper kereta ditanggalkan, pandu kereta dalam keadaan trafik yang normal selama lebih kurang 30 minit untuk mengecaj kembali kuasa bateri.

 















                              (Sumber: Twitter JPJ Malaysia)


Ini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Seperti yang admin nyatakan di atas, jika ingin kereta anda masih tidak boleh dihidupkan berkemungkinan kereta anda menghadapi masalah lain. Jika kereta anda breakdown tiba-tiba atau ada berlaku kemalangan dan memerlukan service towing untuk menghantar kereta ke bengkel. Anda boleh menggunakan service dari Ventura Towing & Car Carrier yang beroperasi di sekitar Selangor dan KL.

Lawati official facebook & hubungi no tertera dibawah.

Ventura Towing & Car Carrier

No tel: +6010-966 6400 - Nisa Towing/JBV


Selain itu, Ventura Towing & Car Carrier juga ada menawarkan perkhidmatan carrier kereta untuk ke perlabuhan (Port Klang) menggunakan treler. Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.


Wednesday, 1 June 2022

PERKARA PENTING YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM SERVIS KERETA.

Hari ini saya nak share-kan dengan korang perkara penting yang kita perlu tahu sebelum nak servis kereta supaya kita TIDAK TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1.     Minyak Hitam





Minyak hitam yang non-sintetik perlu ditukar setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Untuk minyak hitam sintetik mungkin perlu ditukar setiap 7,500 km atau 10,000 km.

2.     Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar setiap 5,000 km dan minyak sintetik perlu tukar 7,500 km hingga 10,000 km. Dengan erti kata lain, tukar filter minyak (oil filter) sekali bila tukar minyak enjin.

3.     Spark Plug

Jika ikut schedule maintenance book, boleh pakai sampai 20,000 km. But it’s okay to use it up till 30k – 40k. Tapi di suggest-kan tukar jika dah guna lebih dari 40k kerana electrode mungkin dah nipis.

Spark plug biasa ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.

Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.

4.     Battery Kereta

Bateri kereta biasanya tahan selama 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang kepada cara penggunaan. Untuk kereta yang menggunakan bateri basah, kita selalu kena topup air suling supaya boleh bertahan hingga 2 tahun. Tapi kalau nak mudah guna bateri kering. Kan tetapi, kereta kena selalu dihidupkan supaya bateri dapat di charge semula dan tidak mudah KONG.

5.     Timing Belt




Banyak orang tak tahu, jangka hayat untuk menukar timing belt mengikut jenis kereta yang kita gunakan. Tetapi saya cadangkan untuk menukar timing belt setiap 100,000 km bergantung kepada jenis timing belt yang digunakan.

6.     Clutch Plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7.     Fuel Filter

Tukar fuel filter sekitar 40,000 km.

8.     Air Filter

Boleh ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9.     ATF (Automatic Transmission Fluid)








Minyak ATF sangat penting bagi yang pakai kereta AUTO dan perlu di tukar setiap 20,000 km. Akan tetapi, ia boleh extend sehingga 30,000 km kepda mereka yang nak jimat. Minyak ini penting untuk ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada AUTO gearbox jika tidak tukar.

Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil

Untuk mereka yang pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Minyak ni boleh ditukar 60,000 km sekali.

11. Brake Fluid & Power Steering Fluid

Flush keluar dan ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant

Boleh ditukar setiap 60,000 km sekali! Fungsi coolant dapat panaskan enjin dengan lebih cepat dan tidak mudah mendidih. Anda juga boleh menggunakan air paip sebagai radiator coolant jika nak jimat. Akan tetapi anda kena selalu check sebab takut air dalam radiator tu kering.

13. Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Akan tetapi jika di bahagian ribs sudah ada kesan crack-crack halus, disarankan untuk tukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak tukar belt-belt ni.

14. Water Pump

Disarankan menukar water pump apabila menukar timing belt untuk kali yang kedua. Contoh jika anda menukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila anda menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km dan eloklah tukar sekali dgn water pump. Hal ini kerana, timing belt perlu dibuka terlebih dahulu untuk menukar water pump dan jika dibuat sekali ia dapat jimatkan extra labor charge.

15. Brake Pad

Brake pad disarankan tukar bila dah haus atau rasa brake kurang mengigit. Biasanya ditukar tiga hingga empat tahun sekali seperti minyak brake.

 

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian kami. Dan kami harapkan semoga info perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

 

 


The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...