Monday, 3 January 2022

KERETA PALING JIMAT DI MALAYSIA

 Tahap kecekapan penggunaan bahan api merupakan antara kriteria utama yang digunakan dalam pemilikan sesebuah kenderaan.

Jadi, dalam konteks pasaran Malaysia, apakah model-model kenderaan yang paling jimat penggunaan bahan apinya?

TOYOTA YARIS


Toyota Yaris mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2019. Pada tahun ini, pihak UMW baru sahaja melancarkan versi "Facelift".

Jentera ini dikuasakan oleh enjin 4 silinder sebaris berkod 2NR-FE bersesaran 1, 496cc (1.5L). Enjin ini digabungkan dengan kotak gear 7-kelajuan CVT. Hasilnya, jentera ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 105hp pada 6,000 rpm dan daya kilas sekuat 140Nm pada 4,200rpm.

Jentera ini dikategorikan sebagai jimat kerana penggunaan bahan apinya berada pada kadar 5.8l/100km. Kapasiti tangki bahan apinya adalah sebesar 42 Liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 724km. Jauh bukan?

Jentera ini masih mampu milik dimana harga tawaran bermula pada RM70, 940 tidak termasuk insurans.


NISSAN ALMERA 1.0T


Jentera ini masih segar dipasaran. Ia dilancarkan ke pasaran negara kita bermula tahun 2020. Jentera sedan B-Segment dari Nissan ini dikuasakan oleh enjin 3 silinder sebaris berkod HR10DET bersesaran 999cc(1.0L).

Enjin ini kemudiannya dipasang bersama kotak gear CVT XTRONIC dengan D-Step Logic System. Kuasa yang dihamburkan adalah sebanyak 99hp pada 5,000rpm dan daya kilas sekuat 152Nm pada 2,400-4,000rpm.

Kadar penggunaan bahan api jentera ini direkodkan pada 5.4l/100km. Kapasiti tangki bahan api jentera ini adalah sebesar 35liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 650km. Cukup jauh!

Jentera ini boleh anda miliki bermula dengan harga RM79, 906 tidak termasuk insurans.


PERODUA BEZZA 1.0 G AT

Jentera ini merupakan jentera kegemaran rakyat Malaysia. Jentera sedan A-Segment ini dikuasakan oleh enjin 3 silinder sebaris berkod 1KR-VE yang mempunyai sesaran sebesar 998cc (1.0L). Enjin ini bekerja bersama kotak gear automatik 4-kelajuan. Kuasa yang dihamburkan adalah sebanyak 67hp pada 6,000rpm dan daya ikhlas sekuat 91Nm pada 4,400rpm.

Walaupun kurang berkuasa, namun jentera ini menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan dimana kadar penggunaan bahan apinya adalah 4.7l/100km. Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 36liter. Hal ini bermakna satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 765km.

Jentera ini boleh anda miliki dengan harga serendah RM35, 391 tidak termasuk insurans. Sangat mampu milik.

PERODUA AXIA 1.0 G AT
Jentera ini merupakan jentera paling popular dan paling sinonim dengan topik utama kita iaitu paling jimat. Jentera Hatchback A-Segment ini mempunyai enjin dan sistem tranmisi yang sama seperti Perodua Bezza 1.0 G AT.

Apa yang membuat jentera ini lebih jimat adalah dimensinya yang kecil dan hanya seberat 850kg sahaja berbanding Perodua Bezza iaitu 880kg. Kadar penggunaan bahan api jentera ini adalah sebesar 33liter. Oleh yang demikian, satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 717km. Sangat jauh bagi sebuah jentera kecil seperti ini.

Jentera ini boleh anda miliki dengan harga bermula RM32, 485 tidak termasuk insurans. Sangat mampu milik. Memang sesuai untuk rakyat marhaen.

HONDA CITY RS HYBRID
Jentera ini termasuk dalam segmen bonus. Honda City RS dilancarkan di pasaran Malaysia bermula tahun ini. Ia menerima enjin 4 silinder sebaris berkod LEB-H5 bersesaran 1,497cc (1.5L).

Enjin ini mempunyai sistem i-VTEC bersama Sport Hybrid "i-MMD". Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi e-CVT daripada Honda. Gabungan ini menghasilkan kuasa sebanyak 108hp pada 6, 200rpm dan daya kilas sekuat 253Nm pada 0-3, 000rpm. Kuat daya kilas dia, sampai awal pula tu.

Yang menarik perhatian tentang jentera ini adalah kadar penggunaan bahan apinya iaitu sebanyak 3.6l/100km. Kapasiti tangki bahan api jentera ini adalah sebesar 40L. Oleh yang demikian, satu tangki penuh bahan api mampu menggerakkan jentera ini sejauh 1,111km! sangat jauh! sangat jimat!

Cuma yang menjadi halangan adalah persepsi masyarakat terhadap jentera hibrid di samping harganya yang melebihi RM100,000. Jentera ini dijual dengan harga RM105, 950.45 tidak termasuk insurans.

RENAULT CAPTUR

Jentera ini merupakan jentera Crossover B-Segment daripada Renault. Jentera ini dikuasakan oleh enjin 1.2 TCe bersama sistem transmisi klac berkembar 6-Kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 118hp pada 5, 000rpm dan daya kilas sekuat 205Nm pada 2, 000rpm.

 Disamping kuasa yang mengagumkan, jentera ini juga menawarkan penjimatan bahan api yang optimum dimana kadar penggunaan bahan apinya adalah 5.9l/100km. Kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 45liter.

Hal ini bermakna satu tangki penuh bahan api boleh menggerakkan jentera ini sejauh 763km. Satu angka yang cukup hebat.

Jentera ini masih dikategorikan mampu milik dengan harga RM93, 400 tidak termasuk insurans.


Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk membuat perbandingan dan membuat keputusan yang terbaik untuk membeli kereta yang diidamkan. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)

No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...