Tuesday, 7 December 2021

KLASIFIKASI KATEGORI & SEGMEN KERETA DI MALAYSIA

Seperti yang kita ketahui, kereta terbahagi kepada beberapa kategori dan segmen. Adakah anda mengetahui bagaimana ianya dikelaskan dan apakah jenis kenderaan tersebut? Kali ini TR ingin berkongsi ilmu pengetahuan tentang ilmu automotif dengan menyatakan maksud serta contoh model terhadap setiap kategori dan segmen kereta yang digunakan di Malaysia.

Pengkelasan Kenderaan

Secara umunya, kategori kereta atau kenderaan ini terbahagi kepada 3 iaitu mengikut saiz, kegunaan dan reka bentuk kenderaan tersebut.

1.      SAIZ

·        Ianya dinilai mengikut saiz kenderaan tersebut sama ada ianya bersaiz mini, kecil, sederhana, besar dan penuh.

2.      KEGUNAAN

·        Kesesuaian pengguna dinilai mengikut pengkelasan iaitu untuk kegunaan yang lebih berekonomi untuk sebuah keluarga, status serta kemewahan dan fungsinya seperti Van, Wagon, Pickup dan Kereta mesra alam.

                                               

3.     REKA BENTUK/JENIS

·        Ianya terbahagi mengikut jenis rekaan kenderaan tersebut dan diantaranya ialah Mini, Sedan, Hatchback, Kompak, Saloon, MPV, SUV dan Sport.

Klasifikasi kategori berbeza mengikut pasaran, manakala segmen yang biasa digunakan adalah mengikut klasifikasi “Euro Market Segment” yang mengkategorikan kenderaan kepada Segmen A, B, C, E, F, J, M dan S.

KATEGORI & SEGMEN

Kereta Segmen A (Mini) – Kereta Ekonomi

Kereta segmen A merupakan kategori kereta paling kecil. Biasanya ia berkuasa di bawah 1,300cc. Di Malaysia, kereta dalam segmen A ini adalah yang paling laris jualannya berikutan factor harga, praktikal dan jimat minyak. Ianya sesuai untuk jarak perjalanan yang dekat dan sesak terutama di dalam bandar.

Kereta Segmen A terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

·       Kereta UltrakompakRenault Twingo, Smart Fortwo

·       Kereta Kompak HatchbackPerodua Viva & Axia, Kia Picanto, Hyundai i10, Suzuki Alto

·       Kereta Kompan Sedan Perodua Bezza & Proton Saga

Kereta Segmen B (Saiz Kecil) – Kereta Ekonomi

Kereta dalam Segmen B ini juga amat besar pasarannya di Malaysia. Ianya pilihan bagi sebuah keluarga yang kecil dan sederhana. Harganya pula di bawah RM100, 000 menjadikan ia mampu dimiliki oleh ramai orang. Enjinnya adalah di antara 1,300cc ~ 1,600cc.

Terdapat 2 kategori kereta dalam Segmen B iaitu:

·       Kereta Hatchback (Small Size/City Car)

Contohnya: Perodua Myvi, Proton Myvi, Proton Iriz, Ford Fiesta, Kia Rio, Peugeot 208, BMW 1 Series, Volkswagen Polo, Honda Jazz

·       Kereta Sedan (Small Size)

Contohnya: Toyota Vios, Proton Persona 2016, Nissan Almera, Honda City, Volkswagen Vento, Mazda2 Sedan

Kereta Segmen C (Saiz Sederhana) – Kereta Keluarga

Kereta dalam Segmen C adalah pilihan yang paling sesuai bagi sebuah keluarga yang kecil dan sederhana. Namun di Malaysia, berikutan harganya melebihi RM100, 000  menyebabkan ia menjadi pilihan eksekutif dan mereka yang mempunya ekonomi yang agak kukuh. Enjin yang biasa digunakan adalah di antara 1,600cc ~ 2,000cc.

Terdapat 2 kategori kereta dalam Segmen C iaitu:

·       Kereta Hatchback (Medium Size)

Contohnya: Suprima S, Ford Focus, Mazda3, Hyundai i30

·       Kereta Sedan (Medium Size)

Contohnya: Toyota Corolla Altis, Honda Civic, Mercedes Benz C-Class, BMW 3-Series, Nissan Sylphy, Hyndai Elantra, Proton Preve

Kereta Segmen D (Saiz Besar) – Kereta Keluarga

Kategori kereta dalam Segmen D ini adalah pilihan yang paling selesa bagi sebuah keluarga sederhana besar. Namun harga sering menjadi penghalang kerana di Malaysia ianya sudah dikategorikan sebagai kereta mewah tahap permulaan. Pilihan enjin pula adalah di antara 2,000 ~ 3,000cc.

·       Kereta Saloon (Large Size)

Contohnya: Toyota Camry, Nissan Teana, Honda Accord, Volkswagen Passat, Mercedes Benz E-Class, BMW 5-Series, Peugeot 508, Hyundai Sonata, Proton Perdana 2016, Volvo S90

Kereta Segmen E (Full Size) – Kereta Eksekutif

Kereta Segmen E adalah kategori paling besar dalam segmen kereta. Kebanyakannya sukar untuk kita jumpa di jalanraya Malaysia kerana model kereta dalam Segmen E ini kebanyakannya untuk pasaran negera Amerika. Enjin yang digunakan untuk kereta Segmen E juga agak besar iaitu 3,000cc dan ke atas.

Kereta Segmen E ini juga dikenali sebagai Executive Car Saloons

·        Kereta Saloon (Full Size)

Contohnya: Chevrolet Impala, Ford Taurus, Mazda Xedos 9, Hyundai Grandeur, Holden Commodore, Generasi pertama dan kedua Skoda Superb, Toyota Avalon.

Kereta Segmen F (Full Size) – Kereta Mewah

Kategori kereta ini sama dengan kereta Segmen F tetapi yang membezakannya adalah status mewah dengan tanda harga yang amat tinggi. Ianya melambangkan status dan kekayaan serta kejayaan kepada pemiliknya.

Ramai juga di antara rakyat Malaysia yang memiliki kereta Segmen F ini terutama jenama Mercedes Benz, BMW dan Audi.

·        Kereta Luxury Saloon (Full Size)

Contohnya: BMW 7 Series, Mercedes Benz S-Class, Porsche Panamera, Audi A8, Lexus GS, Maybach, Roll Royce Phantom.

Kenderaan Segmen J – Crossover SUV

Kereta Utiliti Sukan atau Sport Utilities Vehicle (SUV) di kategorikan sebagai kenderaan dalam Segmen J. Ia merupakan pilihan kenderaan yang popular pada masa kini kerana gaya hidup yang aktif dan interaktif amat bersesuaian dengan karektor SUV ini. Pilihan terdapat dalam pacuan 4 roda (4WD) dan juga 2 roda (2WD).

Kategori kenderaan dalam Segmen J juga semakin bertambah mengikut permintaan semasa di antaranya ialah:

·        SUV Mini

Contohnya: Daihatsu Terios, Ford Ecosport, Jeep Wrangler, Peugeot 2008, Suzuki Jimmy, Perodua Kembara/Nautica.

·        SUV Kompak

Contohnya: Mazda CX-3, Honda HR-V, Toyota HR-C, Nissan Juke, Mercedes Benz GLA, Audi Q3, BMW X1, Kia Sportage

·        SUV Mid-Size

Contohnya: Honda CR-V Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Audi Q5, BMW X3, Hyundai Tucson, Volvo XC60, Lexus RX

·        SUV Full Size

Contohnya: Audi Q7, Ford Edge, Hyundai Santa Fe, Jeep Cherokee, Volkswagen Touareg, Volvo XC90, Toyota Land Cruise

       

Kenderaan Segmen M – Minivans/MPV

Kenderaan dalam segmen M ini sering menjadi pilihan bagi sebuah keluarga sederhana dan besar kerana lebih ruang, tempat duduk dan amat selesa. Kenderaan pelbagai guna atau Multi Propose Vehicle (MPV) mula menjadi pilihan apabila Toyota melancarkan model Avanza yang pertama pada tahun 2002. Sejak itu, pelbagai model MPV mulai bersaing hebat di pasaran Negara ini.

Terdapat 4 kategori yang dikenal pasti bagi kenderaan dalam Segmen M ini:

·        MPV Kompak

Contohnya: Perodua Alza, Proton Ertiga, Toyota Avanza, Toyota Sienta Honda Freed, Nissan Grand Livina

·        MPV Mid Size

Contohnya: Proton Exora, Toyota Innova, Peugeot 5008, Nissan Serena, Volkswagen Tauran, Honda Stream

·        MPV Full Size

Contohnya: Kia Carnival, Citroën C4 Grand Picasso, Renault Espace, Toyota Alphard, Mercedes Benz Vito, Hyundai Starex

·        Van

Contohnya: Toyota Hiace, Nissan NV200, Ford Transit

                          

Kereta Segmen S - Sports Cars

Kereta sports adalah kereta yang menjadi pilihan buat mereka yang suka kepada kenderaan yang berkuasa dan berprestasi tinggi. Tidak semua orang ingin memilikinya kerana penggunaannya yang terhad. Kereta dalam Segmen S ini juga agak mahal bergantung kepada jenama.

Antara kategori kereta Segmen S yang sering kita lihat di jalanraya Malaysia adalah:

·        Roadster / Convertible

Contohnya: BMW Z4, Lotus Elise, Mazda MX-5, Porsche Boxster, Mercedes-Benz SLK, Toyota 86

·        Supercar / Grand tourer

Contohnya: Aston Martin DB9, Bentley Continental GT, Ferrari FF, Jaguar XK, Bugatti Veyron, LaFerrari, Lamborghini Aventador, Pagani Zonda, Porsche 918 Spyder, Maserati GranTurismo

                                 
Berikut pula adalah kenderaan yang juga sebenarnya termasuk dalam Segmen tetapi oleh kerana keunikannya, ia biasa diklasifikasikan dalam kategorinya yang tersendiri.

·        Pickup Truck 4WD & 2WD

Contohnya: Ford Ranger, Chevrolet Colorado, Mitsubishi Triton/L200, Nissan Navara, Toyota Hilux

·        Estate cars / Station wagons

Contohnya: Volvo V40, Mazda 6 Grand Touring, Hyundai i40 Tourer, Toyota Caldina, Nissan AD Resord

·        Kereta Mesra Alam (Hibrid, Plug-in, Hidrogen & Elektrik)

Contohnya: Toyota Prius, Toyota Camry Hybrid, Nissan Serena Hibrid, Volvo XC90 Plug-in, Nissan Leaf, Mitsubishi iMEV, BMW i3, Toyota Mirai

Kepentingan Segmen Kereta

Jika diperhatikan, sebenarnya segmen kereta ini diwujudkan agar dapat mengkelaskan kenderaan mengikut saiz dan target pengguna dengan mudah. Ianya amat penting buat pengeluar agar tidak ada pertindihan model kereta dalam kategori atau segmen yang sama kerana ia adalah satu kerugian besar berikutan terpaksa berkongsi dan bersaing sesama sendiri.

Maka pengguna juga mudah untuk membuat rujukan dan memilih segmen kereta manakah yang paling sesuai untuk kegunaan dan keperluan.

Semoga informasi ini memberi sedikit maklumat dan pengetahuan buat mereka yang memerlukan.














No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...