1 PASTIKAN TAYAR BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK
Tayar adalah salah satu komponen kereta yang penting untuk memastikan perjalanan anda selamat. Prestasi pemanduan, pengendalian, pecutan dan brek dipengaruhi oleh tekanan angin tayar yang mencukupi. Oleh sebab itu, tayar yang kekurangan angin memberi impak besar terhadap keselamatan seseorang.
Amalan memeriksa tayar kenderaan setiap seminggu sekali dan sebelum memandu adalah amat penting. Perhatikan tekanan angin, tanda kehausan dan kondisi tayar jika terdapat kesan kerosakan contohnya lusuh, pecah, rekah dan retak. Elakkan daripada membiarkan ketebalan bunga tayar kurang daripada 3mm. Tekanan angin untuk tayar boleh dibaca melalui buku manual pada pelekat di bingkai pintu.
2. PASTIKAN ENJIN SENTIASA SEJUK
Penyejuk Radiator atau lebih dikenali sebagai radiator coolant perlulah diperiksa dan diganti baharu bagi meningkatkan prestasi dan jangka hayat kereta. Harga bagi sebotol penyejuk radiator ini adalah sekitar RM8 sehingga RM15 dan kebanyakannya berwarna hijau. Penyejuk radiator ini perlulah ditukar setiap 60,000km sekali. Penggunaan penyejuk radiator akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan tidak mudah mendidih berbanding menggunakan air. Sebaiknya, anda perlulah mengosongkan tangki radiator semasa proses penukaran penyejuk radiator atau radiator flush.
3. PASTIKAN LAMPU KERETA BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kebanyakan pemandu memeriksa kesihatan lampu kereta mereka sedangkan sistem pencahayaan yang berfungsi dengan baik amat penting untuk keselamatan perjalanan dan pemanduan mereka terutama ketika memandu pada waktu malam. Perhatikan keadaan lampu sama ada meminta rakan atau penumpang yang berada disebelah pemandu untuk melihat keadaan lampu dari luar atau anda juga boleh untuk melihat dan memeriksanya sendiri.
Terdapat 7 jenis lampu yang terlibat dalam
pemeriksaan yang perlu dibuat:
ü
Lampu Siang Hari (Daytime Running Light)
ü
Lampu Kabus (Fog
Lamp)
ü
Lampu Suluh-Rendah (Low-Beam)
ü
Lampu Suluh-Tinggi (High-Beam)
ü
Lampu Brake (Brek
Light)
ü
Lampu Isyarat Pusing (Turning Signal Lamp)
ü
Lampu Berhenti (Stop Lamp/Tail)
ü Lampu Bahaya (Hazard Light)
4. PASTIKAN ANDA SENTIASA MEMERIKSA BATERI KERETA
Bagi mengelak sebarang masalah
atau kegagalan kuasa, anda haruslah memeriksa bateri kereta setiap sebulan
sekali. Selain itu, anda hendaklah membersihkan terminal dengan menggunakan
berus dawai dan pencuci khas untuk mengelak daripada berlakunya kakisan. Untuk
mengurangkan kos, anda boleh juga menggunakan soda bikarbonat atau minuman
Coca-Cola tetapi anda hendaklah memastikan iainya dibilas sebersihnya. Elakkan
daripada menggunakan bahan kimia kuat.
Pastikan penutup lubang ketat ketika hendak mengisi air bateri supaya bahan cuci tidak memasukinya. Selepas penutup lubang kering sepenuhnya, bolehlah teruskan untuk semburkan bahan anti-karat pada terminal untuk mengelakkan daripada pembentukan kakisan. Kerapkan untuk memandu dalam jarak yang dekat dan sekali-sekali bergerak jauh kerana iainya adalah cara terbaik untuk memastikan bateri dicas dengan baik.
5. PASTIKAN PENAPIS KERETA DISERVIS DAN DITUKAR
Seperti yang kita ketahui terdapat 2 jenis penapis iaitu Penapis Enjin yang diletakkan dalam enjin dan Penapis Kabin yang juga dipanggil aircond yang diletakkan dalam kabin kereta. Pastikan kedua-dua penapis ini diservis dan ditukar apabila tiba masa untuk iainya perlu ditukar. Kotoran dan bendasing yang lama terkumpul pada penapis enjin boleh menyebabkan pembakaran enjin kurang optimum. Jika berlaku pada penapis kabin pula, penyaman udara pula menjadi kurang sejuk kerana kekurangan angin dan menyebabkan kabin berbau.
6. PASTIKAN SERVIS PENYAMAN UDARA DISERVIS
Penyaman udara haruslah diservis dan
dijadikan sebagai rutin dengan menyenggarakannya setiap setahun sekali. Kos servis
adalah berbeza mengikut jenis kenderaan dan bengkel, tetapi biasanya kos adalah
sama sahaja dengan kos servis major.
7. PASTIKAN BREK DISERVIS
Anda perlu memeriksa brake disc serta lapisan brake disc setiap 15000 kilometer (km). Selain itu, anda juga perlu memeriksanya dengan lebih kerap sekiranya ia mengeluarkan bunyi memekik atau ketika tarik ke satu sisi.
Jika lapisan pad kelihatan menipis sehingga menghampiri pada blocking plate, pad perlulah diganti. Kadar kehausan ketebalan pelapik brake pad haruslah tidak kurang daripada 2 milimiter (mm). Sekiranya ketebalan pelapik brake kurang dari 2mm, hujung klip akan bergesel menyentuh brake disc dan ianya akan mengeluarkan bunyi yang menandakan paras minimum penggunaan brake pad harus segera ditukar.
8. MENGGUNAKAN MINYAK ENJIN PETRONAS SYNTIUM
Minyak enjin kereta adalah benda paling penting dalam kaedah penjagaan kereta. Sebaiknya, tukarlah minyak enjin mengikut gred minyak enjin yang disarankan pengeluar kereta anda. Lagi bagus jika anda memilih minyak enjin PETRONAS SYNTIUM
Dibawah ini adalah antara kelebihan
menggunakan PETRONAS SYNTIUM:
ü
Mudah Dicari
ü
Melindungi Enjin
ü
Stabilkan Suhu Enjin
ü
Jimat Bahan Api
ü
Kekal Prestasi
ü
Pelbagai Gred
No comments:
Post a Comment