Tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun yang getir dan mencabar buat rakyat Malaysia secara amnya dan merupakan tahun yang agak sukar bagi pasaran automotif. Ia dimulakan dengan kelembapan ekonomi pasca COVID-19, diikuti dengan PKP 2.0 dan diakhiri dengan fenomena ribut dan banjir yang menjejaskan sentimen bakal pembeli.
Buat masa ini pasaran automotif negara dikatakan semakin mengurang kesan daripada peristiwa luar jangka yang melanda Malaysia. Kita masih berharap yang tahun 2022 merupakan tahun yang lebih baik dan lebih bagus untuk rakyat Malaysia. Berikut ialah beberapa model baru yang bakal menjengah pada tahun hadapan:
1. PERODUA ALZA
Merupakan generasi kedua selepas generasi pertama dipasarkan selama 12 tahun tanpa gagal. Generasi kedua dengan kod D27A bakal menggunakan trenkuas enjin 1.5 dual VVT-i, transmisi Dual Mode CVT dan juga platform Daihatsu New Global Architecture. Platform ini juga bakal berkongsi dengan model Toyota Avanza dan juga Daihatsu Xenia.
Namun pengikut maklumat terbaru, perlancaran model ini yang sepatutnya dirancang pada Suku Pertama 2022 telah ditunda kepada suku kedua tahun 2022 sama ada bulan Mei atau Jun 2022. Salah satu sebabnya ialah masalah bekalan komponen daripada pembekal dan juga cip komputer. Besar kemungkinan kembarnya iaitu Toyota Avanza akan muncul dahulu sebelum Alza.
Kami telah melaporkan sedikit sebanyak tentang Perodua Alza serba baharu yang akan datang dengan nama kod D27A. Dengan mengumpulkan semua petunjuk dan maklumat yang tersedia, kami telah membuat kesimpulan bahawa MPV generasi kedua akan debut tahun depan. Tetapi belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Perodua sehingga kini.
Sebuah lagi SUV kompak yang dibangunkan dengan cesi atau platform Honda City serta menggunakan enjin 1.5 DOCHC i-VTEC akan memberi saingan sengit kepada Perodua Aruz, Toyota Rush dan juga Mitsubishi Xpander. Melalui spesifikasi untuk pasaran Indonesia, kita boleh agak yang BR-V bakal memberikan "value for money" dan dipakejkan dengan pemanduan ibarat sedan.
3. PROTON X90
Mungkin anda perlukan sebuah SUV besar, eksklusif dan berkuasa tapi Proton X70 tak cukup besar untuk memuatkan sehingga 7 penumpang. Desas desus bertiup kencang mengatakan Proton X90 (nama ramalan) bakal membuat kemunculan pada tahun depan dengan kleibat Geely Houyue dilihat diuji di sekitar ibu negara dan beberapa jalan utama di ibu kota.
Bagi pasaran Filipina, ia dikenali dengan nama Geekly Okavango dipadankan dengan enjin 1500cc 3 silinder turbo dan juga sistem mild hybrid bagi menghasilkan sekitar 187 kuasa kuda, 300Nm tork yang disalurkan pada transmisi 7 kelajuan klac berkembar.
Beberapa gambar unit Daihatsu Rocky telah berjaya dirakam oleh orang awam mencetuskan satu tanda tanya berkenaan kemungkinan unit yang diuji merupakan varian hybrid oleh Daihatsu bagi model Rocky. Seperti yang kita tahu, awal tahun 2021 Daihatsu telah menayangkan sistem hybrid terbaru dibangunkan sepenuhnya oleh mereka dengan enjin bertindak sebagai pengecas bateri.
5. TOYOTA COROLL CROSS HYBRID
Walaupun rupa asasnya sama seperti Corolla Cross biasa, namun model hybrid sebenarnya lebih canggih dari segi teknologi hybrid dan juga enjin yang digunakan. Buat masa ini Toyota Malaysia hanya membuka tempahan sahaja bagi unit hybrid. Berdasarkan keadaan semasa, kami menjangkakan model ini akan mulai dijual bermula tahun depan.
Sebenarnya kami berharap lebih banyak trenkuasa yang lebih efisyen seperti hybrid dan EV mampu milik akan diperkenalkan bagi pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tapi harga kenderaan janglah terlalu mahal termasuk EV biar mampu milik dan sebagai alternatif pilihan kenderaan berkuasa hybrid yang lebih mesra alam mestilah ditambah. Murah, banyak pilihan dan mampu milik barulah orang berkenan nak bertukar ke teknologi baru kan.
Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk membuat perbandingan dan membuat keputusan yang terbaik untuk membeli kereta yang bakal dikeluarkan nanti. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)
No comments:
Post a Comment