Tuesday, 14 December 2021

INSURANS KERETA: DEFINISI & JENIS INSURANS

 DEFINISI INSURANS KERETA

Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang boleh dibeli oleh pemilik kereta. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kos yang berkaitan dengan kemalangan kereta. Selain itu, insuran ini turut memberikan perlindungan kewangan terhadap kerosakan fizikal aau kecederaan badan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Bukan itu sahaja, insuran ini juga akan dapat menawarkan perlindungan kewangan terhadap pencurian kenderaan serta kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh sebarang kejadian selain dari kemalangan jalan raya, seperti cuaca atau bencana alam.

JENIS INSURAN DI MALAYSIA

Seperti yang kita ketahui, di Malaysia secara amnya terdapat 3 jenis insurans kereta yang boleh dipilih. Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan daripada yang paling standard sehinggalah kepada yang menawarkan perlindungan penuh terhadap pelbagai jenis risiko.

1. Insurans Pihak Ketiga

Insurans pihak ketiga adalah  insurans paling asas yang boleh anda perolehi. Ia adalah insurans yang melindungi pihak ketiga dalam sebarang kemalangan. Sebagai contoh, pemandu atau penumpang dan juga kereta yang turut terlibat didalam kemalangan kereta bersama anda. Insurans pihak ketiga ini akan membantu anda untuk menanggung kos membaiki kerosakan pada kereta pihak ketiga, atau sebarang kos rawatan yang diperlukan oleh pihak tersebut.

2. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Jenis insurans ini tidak banyak perbezaannya dengan insurans pihak ketiga. Insurans ini memberikan perlindungan terhadap kereta anda sendiri. Antara perlindungan tambahan yang terdapat didalam insurans ini adalah melindungi segala kecederaan dan kematian, kerosakan dan kehilangan harta yang berlaku terhadap kereta anda.

3. Insurans Komprehensif

Perlindungan jenis komprehensif ini adalah insurans yang paling menyeluruh di antara dua insurans di atas. Insurans Komprehensif bukan sahaja menanggung liabiliti pihak ketiga, kecurian dan kebakaran kereta anda malah turut meliputi segala kerosakan terhadap kereta sekiranya berlaku kemalangan, kerosakan dan kehilangan harta benda di dalam kereta anda sendiri. Kematian dan kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh anda dan penumpang juga turut dilindungi.

MANFAAT INSURANS KERETA

Pada zaman yang penuh teknologi ini, telah menjadi suatu keperluan wajib untuk memiliki insuran kereta bagi setiap pemilik kereta. Selain itu, ia juga merupakan pelaburan yang sangat baik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Antara manfaat yang dapat anda perolehi daripada insuran kereta ini adalah:

1. Mengelak Daripada Berlaku Kerugian

Seperti yang kita ketahui, kemalangan berlaku sepanjang masa di mana-mana sahaja di setiap jalan raya. Ini adalah masalah besar kerana kebanyakan kemalangan menyebabkan kerugian yang besar. Berdasarkan laporan daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kira-kira sebanyak 231 kematian daripada 25,251 kes kemalangan yang berlaku iaitu dengan purata 8.25 kematian setiap hari. Dengan itu, anda berisiko untuk mengalami kemalangan setiap kali anda mengendalikan kenderaan. Tanpa insurans kereta, secara peribadinya anda akan bertanggungjawab atas kerugian tersebut.

2. Lebih Jimat Sekiranya Berlaku Kemalangan

Sekiranya berlaku kemalangan, anda hanya perlu membayar dengan jumlah yang kecil iaitu untuk perlindungan. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan besar, polisi insuran kereta anda akan menanggung kerosakan yang berlaku. Jika anda mahu menanggung sendiri kos kerosakan kereta akibat kemalangan, anda berkemungkinan akan menanggung kerugian beribu-ribu ringgit.

 3.Mengelakkan Penurunan Nilai Kepada Kereta

Terdapat beberapa jenis polisi di pasaran yang memberi manfaat kepada anda dengan membantu memanjangkan jangka hayat dan nilai kereta anda. Sebagai manusia biasa kita tidak tahu akan berlakunya kemalangan seperti pokok tumbang, ribut petir dan sebagainya yang akan menyebabkan kerosakan kepada kereta kita. Dalam pada itu, jika anda mempunyai insuran kereta yang komprehensif, ia akan melindungi kerugian yang anda alami dari risiko tersebut. Ianya dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, ia juga membantu anda mengembalikan kereta tersebut kepada kedudukan yang boleh dipasarkan sekiranya anda menjualnya suatu hari nanti.

4. Menenangkan Fikiran

Sesetengah orang mereka tidak dapat untuk membuat pembayaran untuk membaiki kenderaan mereka tanpa bantuan kewangan. Ianya berisiko untuk menjadikan keluarga anda menghadapi masalah kewangan sekiranya berlaku bencana. Insuran kereta akan membantu mereka yang memerlukan bagi mengelakkan anda daripada mengalami kerugian wang besar. Oleh itu, dengan adanya insuran kereta ini anda dapat melindungi keluarga dan dapat menenangkan fikiran tanpa perlu risau tentang masalah kewangan lagi. 

5. Melindungi Anda Terhadap Tuntutan

Jika didalam kemalangan yang berlaku, anda yang dipersalahkan dan menyebabkan kerosakan yang besar pada harta benda orang lain, ini tidak bermakna anda harus kehilangan wang ringgit untuk menanggungnya. Dengan adanya isnruans kereta, anda mendapat pertolongan dengan tuntutan yang mereka lakukan terhadap anda dalam kemalangan tersebut. Ianya termasuklah pembelaan undang-undang jika anda memerlukannya.

SENARAI INSURAN KERETA TERBAIK

Terdapat banyak syarikat insuran dan takaful yang menjual insuran kereta dan motosikal di Malaysia dan tentunya tidak mudah untuk memilih yang terbaik. Tentang Roda akan menolong anda menyenaraikan beberapa syarikat insuran tersebut dibawah:

Allianz General


Allianz General merupakan syarikat insurans kereta terbesar di Malaysia. Insuran kereta yang mereka tawarkan adalah Motor Comprehensive Insurance. Tidak kira sama ada anda mempunyai kereta atau motosikal, Allianz menawarkan perlindungan yang boleh dipercayai dan ketenangan fikiran yang anda perlukan.

AXA Affin General Insurans


AXA Affin adalah salah satu dari syarikat insuran kereta terbaik di Negara kita. Produk insurans kereta yang ditawarkan ialah SmartDrive Enhanced Private Car. Produk ini membolehkan anda untuk membayar jenis premium yang mencerminkan profil risiko anda dan memilih pilihan dan manfaat tambahan untuk perlindungan yang dipertingkatkan di jalan raya sementara masih menikmati semua manfaat komprehensif AXA Motor Insurance.

Kurnia Insurans
Kurnia Insurans ialah sebuah syarikat insurans Malaysia dimana perniagaan utamanya ialah insurans am. Kurnia Insurans menawarkan dua jenis produk khusus untuk mereka iaitu auto365 Comprehensive Plus dan auto365 Comprehensive Premier. Auto365 Comprehensive Plus adalah polisi insurans kereta baru yang memberikan korang manfaat dan perkhidmatan tambah nilai. Manakala auto365 Comprehensive Premier menyediakan perlindungan premium dan sesuai untuk pemilik kereta baru yang mahukan pelbagai liputan.

Etiqa Malaysia


Etiqa adalah perniagaan insurans dan takaful yang dimiliki oleh kumpulan perbankan Malaysia, Maybank. Mereka menawarkan insurans dan takaful kereta persendirian yang komprehensif. Dengan insuran kereta, anda akan mendapat perlindungan untuk kehilangan, kecurian atau kerosakan pada kereta anda dan banyak lagi pilihan tambahan. Bagi takaful kereta pula, ia merupakan perlindungan patuh Syariah.

MSIG Malaysia

 

MSIG Malaysia menawarkan produk yang dikenali sebagai MSIG Motor Plus Insurance. Pakej yang mudah dan berpatutan yang menyediakan liputan meluas melebihi asasnya. Produk insurans ini adalah polisi motor yang komprehensif dengan perlindungan lanjutan yang telah dikombinasikan ke dalam satu polisi. 


Tokio Marine

Tokio Marine menawarkan insuran kereta yang mamberikan liputan terdiri daripada kerosakan kenderaan hingga kecederaan pihak ketiga. Insurans Motor Komprehensif mereka akan memberikan perlindungan ke atas liabiliti terhadap kecederaan atau kematian pihak lain, kerosakan harta pihak lain dan kerosakan akibat kebakaran atau kemalangan terhadap kenderaan anda atau kecurian terhadap kenderaan anda.

Zurich Insurance


Zurich Insurance berada di kedudukan yang unik di Malaysia di mana mereka menawarkan pelbagai penyelesaian Insurans dan Takaful iaitu meliputi produk konvensional Insurans Hayat dan Insurans Am serta produk patuh Syariah Takaful keluarga dan Takaful Am di bawah satu jenama. Produk insurans kereta Zurich diberi nama Z-Driver yang menawarkan perlindungan komprehensif kepada anda dan keluarga tersayang di jalan raya.

Takaful Ikhlas 


Takaful IKHLAS menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip Syariah. Ia menawarkan produk takaful keluarga dan takaful am yang komrehensif melalui Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah dan hampir 2 juta peserta takaful berdaftar lebih 7,000 ejen. Kedua-dua Takaful IKHLAS Family Berhad dan Takaful IKHLAS General Berhad adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. 



 Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua memahami maksud setiap jenis insurans, membuat perbandingan tentang setiap insuran dan membeli insurans yang sesuai dengan setiap fungsinya. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)

No comments:

Post a Comment

The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...