Thursday, 30 December 2021

KERETA YANG BAKAL DILANCARKAN DI MALAYSIA PADA TAHUN 2022

 Tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun yang getir dan mencabar buat rakyat Malaysia secara amnya dan merupakan tahun yang agak sukar bagi pasaran automotif. Ia dimulakan dengan kelembapan ekonomi pasca COVID-19, diikuti dengan PKP 2.0 dan diakhiri dengan fenomena ribut dan banjir yang menjejaskan sentimen bakal pembeli.

Buat masa ini pasaran automotif negara dikatakan semakin mengurang kesan daripada peristiwa luar jangka yang melanda Malaysia. Kita masih berharap yang tahun 2022 merupakan tahun yang lebih baik dan lebih bagus untuk rakyat Malaysia. Berikut ialah beberapa model baru yang bakal menjengah pada tahun hadapan:




1. PERODUA ALZA

Merupakan generasi kedua selepas generasi pertama dipasarkan selama 12 tahun tanpa gagal. Generasi kedua dengan kod D27A bakal menggunakan trenkuas enjin 1.5 dual VVT-i, transmisi Dual Mode CVT dan juga platform Daihatsu New Global Architecture. Platform ini juga bakal berkongsi dengan model Toyota Avanza dan juga Daihatsu Xenia.

Namun pengikut maklumat terbaru, perlancaran model ini yang sepatutnya dirancang pada Suku Pertama 2022 telah ditunda kepada suku kedua tahun 2022 sama ada bulan Mei atau Jun 2022. Salah satu sebabnya ialah masalah bekalan komponen daripada pembekal dan juga cip komputer. Besar kemungkinan kembarnya iaitu Toyota Avanza akan muncul dahulu sebelum Alza.

Kami telah melaporkan sedikit sebanyak tentang Perodua Alza serba baharu yang akan datang dengan nama kod D27A. Dengan mengumpulkan semua petunjuk dan maklumat yang tersedia, kami telah membuat kesimpulan bahawa MPV generasi kedua akan debut tahun depan. Tetapi belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Perodua sehingga kini.



2. HONDA BR-V

Sebuah lagi SUV kompak yang dibangunkan dengan cesi atau platform Honda City serta menggunakan enjin 1.5 DOCHC i-VTEC akan memberi saingan sengit kepada Perodua Aruz, Toyota Rush dan juga Mitsubishi Xpander. Melalui spesifikasi untuk pasaran Indonesia, kita boleh agak yang BR-V bakal memberikan "value for money" dan dipakejkan dengan pemanduan ibarat sedan.



3. PROTON X90

Mungkin anda perlukan sebuah SUV besar, eksklusif dan berkuasa tapi Proton X70 tak cukup besar untuk memuatkan sehingga 7 penumpang. Desas desus bertiup kencang mengatakan Proton X90 (nama ramalan) bakal membuat kemunculan pada tahun depan dengan kleibat Geely Houyue dilihat diuji di sekitar ibu negara dan beberapa jalan utama di ibu kota.

Bagi pasaran Filipina, ia dikenali dengan nama Geekly Okavango dipadankan dengan enjin 1500cc 3 silinder turbo dan juga sistem mild hybrid bagi menghasilkan sekitar 187 kuasa kuda, 300Nm tork yang disalurkan pada transmisi 7 kelajuan klac berkembar.



4. PERODUA ATIVA HYBRID

Beberapa gambar unit Daihatsu Rocky telah berjaya dirakam oleh orang awam mencetuskan satu tanda tanya berkenaan kemungkinan unit yang diuji merupakan varian hybrid oleh Daihatsu bagi model Rocky. Seperti yang kita tahu, awal tahun 2021 Daihatsu telah menayangkan sistem hybrid terbaru dibangunkan sepenuhnya oleh mereka dengan enjin bertindak sebagai pengecas bateri.



5. TOYOTA COROLL CROSS HYBRID

Walaupun rupa asasnya sama seperti Corolla Cross biasa, namun model hybrid sebenarnya lebih canggih dari segi teknologi hybrid dan juga enjin yang digunakan. Buat masa ini Toyota Malaysia hanya membuka tempahan sahaja bagi unit hybrid. Berdasarkan keadaan semasa, kami menjangkakan model ini akan mulai dijual bermula tahun depan.

Sebenarnya kami berharap lebih banyak trenkuasa yang lebih efisyen seperti hybrid dan EV mampu milik akan diperkenalkan bagi pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tapi harga kenderaan janglah terlalu mahal termasuk EV biar mampu milik dan sebagai alternatif pilihan kenderaan berkuasa hybrid yang lebih mesra alam mestilah ditambah. Murah, banyak pilihan dan mampu milik barulah orang berkenan nak bertukar ke teknologi baru kan.

 Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk membuat perbandingan dan membuat keputusan yang terbaik untuk membeli kereta yang bakal dikeluarkan nanti. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)

Wednesday, 29 December 2021

KENAPA MESTI PILIH SYARIKAT PENGHANTARAN KERETA VENTURA TRANS AND SERVICES (M) SDN BHD

 Seperti yang telah Tentang Roda kongikan sebelum ini iaitu tentang sebuah syarikat perkapalan yang menyediakan servis penghantaran kereta iaitu Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd. Kali ini Tentang Roda kongsikan beberapa sebab kenapa anda mesti memilih syarikat penghantaran kereta Ventura ini antaranya ialah:


1. LANJUTAN MASA
Mereka bukan sekadar syarikat pengangkutan yang bekerja 9-5 jam. Mereka berada di sini 365 hari setahun dan bekerja dengan lanjutan masa. Mereka sentiasa bersedia untuk menjawan soalan pengangkutan kenderaan anda atau perkara yang menjadikan mereka yang terbaik daripada semua syarikat pemindahan kereta.



2. INSURANS MARIN
Syarikat pengangkutan kereta menyertakan perlindungan insurans dalam sebut harga penghantaran anda. Pengangkut kenderaan pilihan mereka mesti memenuhi piawaian insurans sebelum layak menjadi sebahagian daripada rangkaian pembawa mereka.



3. STAFF YANG PROFESIONAL
Mereka adalah syarikat pengangkutan bertaraf tinggi. Jadi kereta anda akan pergi dari Point A ke Point B tanpa anda perlu mengeluarkan sedikit peluh. Dengan menghantar kereta anda terus ke pintu dengan membenarkan pakar untuk mengendalikan setiap langkah proses dan memastikan tiada halangan laju di sepanjang jalan.



4. PENDEKATAN PERIBADI
Mengapa memilik Syarikat Perkapalan Ventura? Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd bekerjasama dengan anda melalui setiap langkah pergerakan kereta atau motosikal anda. Alami penghantaran tanpa kerumitan apabila anda memilih mereka sebagai pengangkut kereta anda dan nikmati proses penghantaran yang mudah dan tidak membebankan.



5. PENASIHAT YANG BERDEDIKASI
Kepada pelanggan mengatakan Ventura adalah syarikat terbaik untuk menghantar kereta? Penasihat syarikat pengangkutan professional mereka bekerja dengan penuh semangat untuk memastikan anda bekerja dengan syarikat pengangkutan kenderaan terbaik. Mereka akan memantau penghantaran anda sepanjang masa dan bersedia untuk membantu anda pada bila-bila masa.


Selain itu, mereka juga menyediakan servis lain juga iaitu:

1. KARGO RORO

- Port Klang to Port Kota Kinabalu / Kuching

- Port Kota Kinabalu to Port Klang / Kuching

- Port Kuching to Port Klang



2. PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN

Mereka bekerjasama dengan ada melalui setiap langkah dan mereka juga menawarkan servis pengambilan dari lokasi pelanggan dan penghantaran kenderaan di destinasi.



3. PERKHIDMATAN KURIER PROFESIONAL

Nikmati penghantaran tanpa kerumitan apabila anda memilih mereka sebagai pengangkut kenderaan anda dan nikmati proses penghantaran yang mudah dan pantas.


Maklumat ini bermanfaat kepada mereka yang ingin membuat penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sila Like dan Share info ini kepada rakan-rakan anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari official website Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd dengan melayari lawan web mereka iaitu Ventura Malaysia.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Hotline Number yang tertera dibawah

Encik Faiz: 0103851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

Monday, 27 December 2021

KOS PENGHANTARAN KERETA KE SABAH & SARAWAK DAN SEMENANJUNG MALAYSIA

 



Tahukah anda kos penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak boleh dapat serendah RM999?

Kepada yang pernah bertugas di Semenanjung Malaysia dan memiliki kenderaan, kini ingin membawa balik kenderaan tersebut ke Sabah atau Sarawak atau Semenanjung Malaysia. Tentu ramai yang menghadapi masalah ini. Ramai juga yang membeli kenderaan di Semenanjung Malaysia dan menghantarnya ke Sabah atau Sarawak kerana harga kenderaan terpakai di Semenanjung jauh lebih rendah.

Persoalannya, berapakah anggaran kos hantar kenderaan ke Sabah atau Sarawak atau Semenanjung Malaysia?

Kali ini Tentang Roda ingin kongsikan sedikit info harga pos kereta ke Sabah atau Sarawak. Info ini juga mungkin berguna untuk tujuan yang sama iaitu pos kereta ke Semenanjung Malaysia dari Sabah atau Sarawak.

SENARAI HARGA POS KERETA KE SABAH SARAWAK

Bercerita tentang harga, sebenarnya sukar untuk kita mendapatkan kos yang tepat jika tidak membuat survey dan tidak mempunyai pengetahuan atau informasi yang cukup.

Ada yang menawarkan kos serendah RM999 untuk sebuah kereta ke Sabah. Ada juga yang tawarkan kos RM1800 walaupun jenis kenderaan dan destinasi yang sama.

Ini kerana harga pos kereta adalah berbeza mengikut jenis kenderaan, destinasi penghantaran dan agen perkapalan.

Pengguna yang bijak akan lebih cenderung untuk mencari informasi ini agar kenderaan tersayang sampai ke destinasi dengan selamat pada kos yang amat berpatutan.

Untuk kali ini kami kongsikan anggaran harga keseluruhan (all in) untuk urusan hantar kereta ke Sabah dan Sarawak. Kami telah membuat perbandingan harga dari dua buah syarikat RORO yang terkemuka di Malaysia iaitu Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd dan Restu Ibu Services. Kedua-dua syarikat ini merupakan syarikat paling berpengalaman di Port Klang dan mempunyai jumlah penghantaran sebanyak 500-600 unit kenderaan setiap bulan.


KOS PENGHANTARAN KERETA KE SABAH (PORT KOTA KINABALU)

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia.

a. Passenger Car

Contoh Kereta: All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia dan lain-lain.

Harga = RM1349

b. Light Commercial Car

Contoh Kereta:4x4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton dan lain-lain.

Harga = RM1349

c. Motorcycle

Semua Jenis Motorsikal

Harga = RM749

KOS PENGHANTARAN KERETA KE SARAWAK (PORT KUCHING)

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia.

a. Passenger Car

Contoh Kereta: All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia dan lain-lain.

Harga = RM1349

b. Light Commercial Car

Contoh Kereta:4x4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton dan lain-lain.

Harga = RM1349

c. Motorcycle

Semua Jenis Motorsikal

Harga = RM749

KOS PENGHANTARAN KERETA DARI PORT KOTA KINABALU KE  PORT KLANG

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia.

a. Passenger Car

Contoh Kereta: All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia dan lain-lain.

Harga = RM1450

b. Light Commercial Car

Contoh Kereta:4x4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton dan lain-lain.

Harga = RM1550

c. Motorcycle

Semua Jenis Motorsikal

Harga = RM850

KOS PENGHANTARAN KERETA KE SARAWAK (PORT KUCHING)

Anggaran harga di bawah ini adalah untuk penghantaran dari Pelabuhan Klang (Port Klang) di Semenanjung Malaysia.

a. Passenger Car

Contoh Kereta: All Saloon Car, Honda City, Honda Civic, Vios, Altis, Myvi, Kancil, Waja, Wira, Iriz, Kelisa, Viva, Axia dan lain-lain.

Harga = RM1450

b. Light Commercial Car

Contoh Kereta:4x4, SUV, MPV, Double Cab, Van, Kembara, Alphard, Velfire, Avanza, Hilux, Triton dan lain-lain.

Harga = RM1550

c. Motorcycle

Semua Jenis Motorsikal

Harga = RM850


Kategori perkhidmatan penghantaran kereta biasanya terbahagi kepada 4 jenis penghantaran dimana kategori yang anda pilih ini juga akan mempengaruhi harga.

  • Port to Port (penghantaran antara pelabuhan)
  • Door to Door (ambil dari rumah & hantar ke destinasi akhir)
  • Door to Port (dari rumah & hantar ke pelabuhan)
  • Port to Door (dari pelabuhan & hantar ke destinasi akhir)
Kebiasaannya kategori perkhidmatan yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah Port to Port kerana kosnya yang lebih rendah.

Nota: Hasil pemerhatian kos terendah ialah RM999 iaitu dari Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd.

  
Ini antara pemenang cabutan bertuah yang memenangi cabutan bertuah tersebut. Dengan adanya cabutan bertuah ini kos untuk anda hantar kereta lagi jimat dengan potongan harga yang banyak.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan potongan harga yang istimewa ini untuk servis penghantaran kereta di Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd.

Maklumat lanjut boleh hubungi :
Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd 0103851177
Restu Ibu Services 0165945949

Friday, 24 December 2021

PROSEDUR PENGHANTARAN KENDERAAN KE SABAH, SARAWAK DAN SEMENANJUNG MALAYSIA

 1.  Pilih Agen Perkapalan

Perkara pertama, anda perlu memilih agen perkapalan yang berpengalaman, mempunyai pejabat, staff yang professional dan berdaftar dengan SSM dalam perkhidmatan penghantaran kenderaan RORO. Kaji harga dan kekuatan sesebuah syarikat.

Dapatkan jadual kapal, tarikh kenderaan perlu diserah dan kos penghantaran dari agen perkapalan untuk kemudahan kira merancang.

Nota: Antara syarikat terawal dalam bidang penghantaran kenderaan dan mempunyai infrastruktur logistik dan kemudahan ialah ialah Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd dan Restu Ibu Services.



2. Dokumentasi dan Kewangan

Anda perlu sediakan beberapa dokumen kenderaan yang hendak anda hantar seperti salinan kad pengenalan pemilik, salinan kenderaan kad pemilikan kereta dan surat kebenaran dari bank jika kenderaan yang masih ada baki pinjaman bank. Pastikan dokumen-dokumen ini di’scan’ dengan jelas dan diemail / whatsapp kepada syarikat perkapalan.

Selain itu juga anda perlu sediakan wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan mereka. Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum kapal berlayar.


3. Servis Tambahan

Terdapat agen perkapalan yang sentiasa meningkatkan servis perkhidmatan mereka. Ada syarikat menawarkan polisi insurans marine demi melindungi kenderaan kesayangan pelanggan-pelanggannya.

Insurans marine adalah perlindungan tambahan kenderaan sepanjang pelayaran kapal sehingga kapal sampai ke pelabuhan destinasi. Tuntutan ganti rugi boleh dibuat jika berlaku perlanggaran kapal atau kapal tenggelam.

Pengguna perlu berhati-hati kerana ada juga syarikat yang memaklumkan insurans dibuat secara berkelompok dan akhirnya bila berlaku kemalangan anda akan berputih mata.

Insurans marine yang sah MESTI mempunyai polisi insurans lengkap nombor pendaftaran kenderaan dan didokumentasi (Duti Stem).

Nota: Hasil pemerhatian kami hanya sebuah syarikat RORO yang berdaftar sebagai wakil insurans bertauliah iaitu Ventura Agency anak Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd.


Bayaran untuk insurans marine adalah berdasarkan nilai pasaran atau nilai kenderaan.

 Sebagai Contoh:

1. Sebuah Myvi (2011) pada harga pasaran RM33,000

Bayaran insurans marine adalah:

= Nilai pasaran kenderaan X 0.35% + Duti Setem (RM10)

= RM33,000 X 0.35% + RM10

= RM125.00


2. Honda (2011) pada harga pasaran RM100,000

Bayaran insurans marine adalah:

= Nilai pasaran kenderaan X 0.35% + Duti Setem (RM10)

= RM100,000 X 0.35% + RM10

= RM310.00


Nota: Kos terendah untuk memiliki insurans marine ini ialah RM125 walaupun harga pasaran kenderaan kurang daripada RM33,000 sebarang tuntutan adalah terpakai berdasarkan harga pasaran kenderaan.

Barang / Caj / Barang peribadi yang dibawa oleh pelanggan seperti telefon bimbit, komputer riba, syiling, Smart Tag dan kenderaan lain yang dipasang tidak akan dilindungi oleh insurans ini. Insurer tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan aksesori seperti turbometer, pembesar suara tambahan, sub woofer dan lain-lain. Barang yang boleh dibawa hanyalah Aksesori Kenderaan Standard SAHAJA.


Muatan Dalam Kenderaan

Barang atau muatan dalam kenderaan adalah DILARANG sama sekali kepada semua pelanggan. Namun atas permintaan pelanggan pihak agen perkapalan memberi keizinan dengan syarat pelanggan TIDAK BOLEH membuat sebarang tuntutan atau ganti rugi JIKA berlaku kerosakan atau kehilangan barang atau muatan tersebut.

Tiada kos tambahan dikenakan sekiranya tuan/puan ingin membawa muatan barang di dalam kenderaan yang ingin dihantar. Syarikat Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd ada kongsikan beberapa tips kepada pelanggan-pelanggannya yang ingin membawa muatan di dalam kenderaan masing-masing.

Syarat-syarat meletakkan muatan barang dalam kenderaan adalah seperti berikut:

* Muatan barang tidak mengandungi bahan beracun atau toksik.

* Barang berharga seperti Kad Kredit, Kad Debit, Kad Touch n Go, Smart Tag, telefon pintar, laptop atau wang tidak dibenarkan sama sekali.

* Makanan mudah rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tidak dibenarkan.

* Haiwan hidup atau haiwan ternakan juga dilarang.

* Muatan barang mestilah TIDAK menyalahi undang-undang.

* Muatan barang mestilah TIDAK berbahaya (bahan api atau mercun) dan berisiko.

* Dokumen penting seperti sijil-sijil, kad pengenalan atau passport tidak dibenarkan.

* Muatan barang BOLEH memenuhi ruang tempat duduk belakang dan bonet belakang.

* Tidak dibenarkan untuk membawa muatan barang terlalu banyak sehingga melebihi paras cermin dan mengganggu pemanduan.

* Sekiranya kenderaan tuan/puan dipasang aksesori yang mahal seperti power am, pre amp, tweeter mestilah dibuka dan disimpan dahulu didalam kotak bagi mengelakkan daripada berlakunya kehilangan.

* Semua barangan elektrik seperti peti ais, mesin basuh, oven dan lain-lain tidak dibenarkan.

* Barangan peribadi mestilah diletakkan atau dimasukkan ke dalam kotak atau beg dengan berat barangan tidak melebihi dari 10kg bagi setiap kotak/bag.



Maklumat ini bermanfaat kepada mereka yang ingin membuat penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Sila Like dan Share info ini kepada rakan-rakan anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari official website Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd dengan melayari lawan web mereka iaitu Ventura Malaysia.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi Hotline Number yang tertera dibawah

Encik Faiz: 0103851177 atau boleh terus WhatsApp official nombornya.

Wednesday, 22 December 2021

SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI ROADTAX

  



Cukai jalan kereta atau lebih dikenali sebagai roadtax kereta adalah diwajibkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk diambil bagi setiap pemilik kenderaan bermotor, adalah menjadi rutin tahunan buat anda untuk perbaharui roadtax insurans.

Walaupun begitu, pasti ada persoalan-persoalan berkenaan roadtax yang menjadi tanda tanya untuk kebanyakan pemandu bukan? Lebih-lebih lagi bagi individu yang baru sahaja membeli kereta, motosikal dan tidak biasa dengan proses pembaharuan cukai.

Di sini, Tentang Roda sertakan soalan-soalan lazim mengenai roadtax di Malaysia yang mungkin dapat membantu anda.

Bolehkah perbaharui roadtax tanpa insurans?

Jawapannya, tidak boleh.

Anda harus memperbaharui insurans terlebih dahulu untuk mendapatkan roadtax kenderaan anda. Sekiranya anda pergi ke pejabata JPJ untuk perbaharui roadtax kereta, anda akan diminta untuk memperbaharui insurans terlebih dahulu.

Bolehkah perbaharui roadtax sekiranya mempunyai saman tertunggak?

Jawapannya, tidak boleh.

Semasa proses pembaharuan roadtax, perkhidmatan dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memeriksa sebarang saman tertunggak dan rekod senarai hitam di kedua-kedua sistem pangkalan data JPJ dan PDRM.

Untuk meneruskan proses pembaharuan roadtax anda perlu membuat pembayaran untuk saman senarai hitam JPJ dan PDRM dahulu.



Bolehkah perbaharui roadtax  walaupun telah tamat 3 tahun lepas?

Jawapannya, boleh dengan syarat pemeriksaan PUSPAKOM telah disiapkan.

Temujanji PUSPAKOM boleh dibuat melalui Laman Web PUSPAKOM ataupun aplikasi MyPUSPAKOM.


Bolehkah saya membatalkan roadtax?

Jawapannya, boleh bagi sebab-sebab tertentu.

Antara sebab-sebab yang boleh diterima untuk membatalkan roadtax adalah pertukaran pemilik atau pertukaran jenis insurans.

Apakah proses yang betul untuk pembatalan roadtax kereta?

1. Cabut roadtax kereta yang telah ditampal pada cermin kereta sebelum ini.

2. Buat Salinan Kad Pengenalan pemilik

3. Pergi ke bank untuk mengambil penyata bank yang telah disahkan cop oleh pihak bank.

4. Pastikan nama anda serta nombor akaun adalah sama untuk pengesahan pihak bank.

5. Bawa roadtax kereta serta dokumen di atas ke cawangan JPJ terdekat.

6. Duit bayaran balik akan diproses dalam masa 1 bulan (bergantung) dan akan ditransfer ke akaun anda.

7. Dapatkan resit daripada pihak JPJ.


Perbaharui Roadtax  di Ventura Agency

Ada yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk memperbaharui roadtax memandangkan ini kali pertama anda menguruskan hal berkaitan? Jangan risau. Anda bolehlah melayari Laman Web Ventura Agency atau Laman Facebook Ventura Agency untuk perbaharui roadtax anda dengan lebih cepat dan dengan proses yang mudah.




Monday, 20 December 2021

TIPS MEMBELI KERETA YANG RAMAI TIDAK TAHU

 

Banyak tanggungjawab dan jumlah wang yang diperlukan bagi seseorang untuk memiliki sebuah kereta. Sebagai tambahan kepada ansuran pinjaman kereta bulanan, anda juga perlu mempertimbangkan perbelanjaan lain yang diperolehi dengan memiliki kereta, termasuk insurans kereta, cukai jalan dan servis dan penyelenggaraan kereta.

Berdasarkan jumlah pengiraan kos pemilikan oleh Carsome, sebuah platform menjual kereta percuma, ia akan menetapkan sekurang-kurangnya RM69, 153 (lebih 5 tahun) untuk memiliki kereta. Pengiraan itu hanya untuk kereta yang lebih murah seperti Perouda Myvi.

Perkhidmatan dan servis kereta tidak dapat dielakkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan anda sendiri dan ianya cukup mahal. Dengan adanya Cukai Jualan dan perkhidmatan (SST) pada bulan September lepas, harga kereta, produk berkaitan kereta dan perkhidmatan kereta dijangka meningkat.

Perlu juga diingatkan bahawa belia Malaysia, berumur antara 25 dan 44 tahun membentuk kumpulan terbesar yang telah diisytiharkan muflis. Mereka membentuk hampir 60% daripada 94, 408 kes yang dilaporkan dari 2013 hingga Ogos 2017, menurut Jabatan Insolvensi dalam laporan The Star Online.

Ketidakupayaan untuk membayar pinjaman kereta adalah salah satu sebab utama yang membawa kepada muflis.

Oleh itu, sebelum anda memutuskan untuk mengambil pinjaman kereta itu, pastikan anda siap sedia san bijak! Semak tips hidup kami untuk menjimatkan lebih banyak wang untuk membiayai perkara yang diperlukan.

Sukar rasanya untuk menggambarkan perasaan apabila akhirnya dapat membeli kereta menggunakan duit sendiri. Namun begitu, jalan terlalu teruja dan terburu-buru. Kenal pasti 5 perkara yang perlu diketahui sebagai seorang pembeli baru kereta supaya anda kekal berpuas hati dengan pembelian itu pada masa akan datang.

1. Kos kereta kurang daripada pendapatan tahunan anda

      Apabila membeli kereta, formula bank “1/3 pendapatan anda” boleh menyebabkan anda muflis dengan cepat, terutamanya jika pendapatan anda kurang daripada RM3, 000 sebulan. Elakkan menggunakan formula itu, sebaliknya, beli kereta yang kurang daripada pendapatan tahunan anda.

      Contohnya, anda memperolehi RM3, 000 sebulan dan pendapatan tahunan ialah RM36, 000. Kereta baru yang kosnya sekitar RM23, 000 hingga RM35, 000 merupakan pilihan paling bijak. Beberapa kereta baharu yang mampu dimiliki ialah:

·        Perodua Axia 1.0L Standard G (AT) : RM33,657 (RM383/bulan)

·        Perodua Axia 1.0 SE MT: RM34, 574 (RM394/bulan)

·        Perodua Bezza 1.0 Standard G AT: RM35, 390 (RM403/ bulan.

Dengan membeli kereta murah yang kosnya kurang daripada pendapatan tahunan anda akan mempunyai lebih banyak wang untuk membayar barangan lain, seperti petrol, tol, tempat letak kereta, insurans, cukai jalan dan penyelenggaraan. 

2.Bayaran bulanan tidak melebihi 15% daripada pendapatan bulanan

      Formula lain yang boleh anda gunakan ialah membeli sebuah kereta di mana installment bulanan kurang daripada 15% daripada pendapatan bulanan anda.

      Contohnya: pendapatan bulanan x15% = jumlah maksimum bayaran ansuran bulana

      Berdasarkan formula tersebut, sekiranya pendapatan bulanan anda RM3, 000 bayaran ansuran bulanan anda tidak boleh melebihi RM450.

    3.Berhati-hati dengan penipuan

    Peniaga kereta atau jurujual yang jujur dapat membantu anda dalam jangka panjang. Seseorang yang  fokus hanya untuk membuat keuntungan boleh merosakkan anda dari segi kewangan. Apabila melawat pengedar kereta atau bilik pameran, jangan mempercayai sepenuhnya apa yang dikatakan peniaga atau jurujual, terutama jika perkara-perkara yang mereka janji terlalu bagus untuk menjadi kenyataan.

    Sentiasa berhati-hati dan lakukan kaji selidik untuk mengelakkan daripada ditipu. Pastikan:

·        Penjual tidak meminta anda untuk membayar deposit ke akaun peribadinya. Sekiranya diminta berbuat demikian, cari tempat lain.

·        Penjual tidak menawarkan diskaun atau rebat pada kadar yang terlampau murah. Kebiasaannya, kerajaan akan mengumumkan diskaun dan rebat kereta sekiranya ada jadi pastikan anda sentiasa memeriksa surat khabar dan laman sesawang kereta yang ada.

·        Kadar faedah terlalu rendah. Kadar faedah paling rendah untuk kereta nasional ialah 2.9% manakala 2.7% bagi kereta import.

·        Penjual memberi jaminan kelulusan. Pegawai bank anda pun tidak boleh memberi jaminan kelulusan. Kelulusan pinjaman bergantung kepada skor dan sejarah hidup anda. Anda boleh meningkatkan kelayakan kredit dan kelayakan pinjaman anda dengan skor yang baik. Semak petua berguna kami untuk meningkatkan skor kredit anda.

4.Dapatkan pinjaman kereta

      Sebaik sahaja anda telah menemui kereta terbaik yang anda mampu, sudah tiba masanya untuk mendapatkan pinjaman kereta. Terdapat sekurang-kurangnya 10 perkara asas yang perlu anda pertimbangkan apabila memohon pinjaman kereta di Malaysia, seperti jenis pembiayaan, jenis kadar faedah, tempoh pinjaman dan bayaran balik.

        5.Kekalkan nilai kereta anda

      Sebaik sahaja anda berjaya memiliki kereta, sudah tiba masanya untuk menjaga dengan baik untuk mengekalkan nilainya. Ini penting sekiranya anda  memutuskan untuk menjual kereta anda pada masa akan datang. Walaupun nilai kebanyakan kereta cenderung menyusut dari masa ke masa, ini membantu jika kereta anda diselenggara dengan isu-isu yang minimum apabila anda ingin menjualnya. Ikuti petua ini untuk memastikan nilai kereta anda:

  

·        Wax kereta anda sekurang-kurangnya 3 kali setahun

·        Lindungi permukaan vinil kereta anda

·        Baiki bunyi pelik yang datang dari aneh enjin dengan pantas

·        Tukar minyak dengan kerap

·        Pastikan bahagin dalam bersih dan berbau segar

·        Servis dan selanggara kenderaan anda dengan kerap

·        Elakkan mengubahsuai dan mengecat kereta secara melampau


 Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua untuk membeli kereta dengan lebih mudah dan berwaspada. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)

Thursday, 16 December 2021

CARA MEMBELI INSURAN KERETA

Jangan bimbang, mungkin ia kelihatan seperti banyak langkah tetapi membeli insurans kereta sebenarnya adalah proses yang cukup mudah dan mungkin anda boleh melengkapkan keseluruhan proses pada waktu petang, ikuti langkah-langkah berikut:


1. Tentukan bagaimana anda ingin membeli insuran kereta

Terdapat 2 cara untuk membeli insuran kereta, terus dari syarikat insuran atau melalui broker insuran bebas. Jadi buatlah pilihan yang paling sesuai untuk anda.

2. Tentukan berapa banyak perlindungan insuran kereta yang anda perlukan

Ini adalah salah satu bahagian yang lebih sukar dalam proses membeli insuran. Apabila memilih jenis dan jumlah liputan, pertimbangkan faktor seperti berapa kerap anda memandu dan di mana, sama ada kereta anda mungkin dicuri atau dipecah masuk dan jika anda tinggal di suatu tempat di mana cuaca yang melampau berkemungkinan merosakkan kenderaan anda.

3. Isikan permohonan sebut harga insuran kereta

Borang permohonan sebut harga kebanyakannya akan memerlukan butiran seperti berikut:

  • Nama penuh pemilik kereta
  • Nombor kad pengenalan pemilik kereta
  • Nombor telefon
  • E-mel
  • Alamat tempat tinggal
  • Nombor pendaftaran kereta
  • Jenis kereta
  • Model kereta

4. Dapatkan sebut harga anda
Tidak kira bagaimana anda memohon insuran, anda mungkin akan mendapat sebut harga dengan cepat. Sesetengah syarikat insuran akan menawarkan anda pelbagai versi sebut harga. Ingat bahawa ia biasanya adalah idea yang baik untuk mempunyai had liputan yang tinggi untuk jenis perlindungan yang diperlukan, tetapi semakin tinggi had anda, lebih banyak yang akan anda bayar.

5. Bandingkan sebut harga insuran kereta anda
Anda mungkin terdorong untuk memilih syarikat insuran kereta yang menawarkan harga terbaik, tetapi pastikan anda melakukan penyelidikan mengenai syarikat yang berbeza. Syarikat A mungkin telah menawarkan anda harga yang lebih tinggi daripada Syarikat B, tetapi jika ia mempunyai penilaian kepuasan tuntutan yang jauh lebih tinggi kos tambahan itu berkemungkinan lebih berbaloi.

6. Pilih syarikat insurans kereta dan dapatkan perlindungan
Sebaik sahaja anda membandingkan sebut harga, anda boleh juga baca pada bakal penginsuran anda dan memilih syarikat insuran kereta yang anda rasa baik mengenainya, sudah tiba masanya untuk memilih polisi yang ingin anda kuat kuasakan.

HARGA INSURAN KERETA

1. Nilai Pasaran Kereta
Nilai pasaran kereta akan sentiasa menurut tahun ke tahun, jadi penting untuk anda untuk membuat anggaran terhadap nilai pasaran kereta anda sebelum membeli insuran.

2. Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dan Tahun Perkilangan Kereta
Diskaun tanpa tuntutan memberi nikmat diskaun kepada pemilik kereta jika mereka tidak menuntut apa-apa ganti rugi daripada syarikat insurans mereka pada setiap tahun.

3. Jenis Insuran Kereta
Seperti yang anda tahu, terdapat 3 jenis insurans kereta di pasaran iaitu komprehensif, pihak ketiga, kebakaran dan kecurian dan pihak ketiga sendiri. Untuk mengira premium insurans kereta pihak ketiga, anda perlu bermula dengan mengira perlindungan insurans yang komprehensif.

4. Lokasi
Harga premium insuran kereta bagi kereta di Semenanjung adalah lebih tinggi berbanding dengan harga insuran yang sama di Sabah dan Sarawak. Ini kerana risikoo adalah tinggi dan juga kerana nilai pasaran kereta yang lebih tinggi bagi kereta-kereta di Semenanjung Malaysia.

5. Kapasiti Padu Kereta
Pada asasnya, ini adalah kuasa enjin kereta anda dan ia adalah penting kerana ia menentukan premium asas insuran kereta yang perlu anda bayar. Lebih tinggi, kapasiti padu kereta, maka lebih tinggi premium anda.

CARA KIRA INSURAN KERETA

Apakah anda tahu bagaimana pengiraan insuran dibuat, kereta jumlah premium yang perlu dibayar? Formulanya adalah seperti berikut:

Jumlah Premium Komprehensif = Premium Kasar + Perlindungan Tambahan (Jika ada) + 6% SST + Duti Setem (RM10.00)

Jika anda hanya memilih perlindungan insurans pihak ketiga, kebakaran dan kecurian anda perlu mengetahui 75% daripada premium kasar insurans komprehensif anda. Kemudiann, anda boleh mendapatkan premium yang perlu dibayar selepas menolak NCD (jika berkenaan) dan tambahkan jumalah SST serta duti setem.

1. Cara Claim Insurans Kemalangan Kereta
Apa yang perlu dibuat jika mahu claim insurans kereta apabila berlaku kemalangan? Pertama sekali, anda perlu kenal pasti jenis claim yang anda lakukan. Terdapat 2 cara untuk menuntut ganti rugi jika anda terlibat kemalangan.

2. Claim Daripada Syarikat Insurans Anda Sendiri
Apabila anda membuat tuntutan daripada syarikat insuran, anda akan berada di bawah Tuntutan Kerosakan Sendiri (Own Damage) atau Kerosakan Sendiri Knock (Own Damage Knock) untuk tuntuan Knock.
  1. Buat laporan polis dalam masa 24jam dari waktu kejadian.
  2. Kemudian, maklumkan kepada pihak insurans tentang hal kejadian. Selepas itu, hantar kereta anda ke bengkel panel pihak insurans.
  3. Anda akan mengisi borang tuntutan dan kembalikan borong tersebut kepada pihak insurans.
  4. Penyelaras insurans kemudiannya akan dilantik untuk mengakses kerosakan dan kos untuk memperbaiki kereta dan kemudian bengkel panel akan memperbaikinya.

3. Claim Daripada Syarikat Insurans Pihak Lain
Anda juga boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans pihak lain sekiranya berlaku kemalangan, yang dikenali sebagai tuntutan pihak ketiga. Biasanya, ini terpakai jika kemalangan itu adalah kesalahan orang lain. Langkah-langkah untuk membuat tuntutan adalah seperti di bawah;

  1. Buat laporan polis dalam tempoh 24jam selepas kemalangan itu untuk membolehkan anda membuat tuntutan daripada syarikat insurans pihak lain.
  2. Hantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insuran pihak lain.
  3. Dapatkan Penyelaras Berlesen Bebas untuk membantu menilai jumlah kos kerosakan, dan kehilangan penggunaan juga dikenali sebagai Pampasan Untuk Masa Pembaikan Yang Ditafsir (CART). Ini adalah untuk mendapatkan pampasan kerana tidak mempunyai kereta sepanjang tempoh kenderaan anda sedang dibaiki.
  4. Anda perlu membayar kerosakan berikut terlebih dahulu. Kemudian hantar dokumen-dokumen ini kepada syarikat insurans pihak lain:
  • Salinan asal laporan polis yang telah dibuat
  • Hasil siasatan pihak polis
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen memandu
  • Laporan penyelaras termasuk kos pembaikan untuk kereta anda
  • Foto kerosakan kereta (Jika ada)

Takaful Insurans Kereta
Apa itu takaful kereta?
Insurans Takaful adalah berdasarkan undang-undang syariah atau agama Islam, yang menerangkan bagaimana individu bertanggungjawab untuk bekerjasama dan melindungi satu sama lain.

Syarikat insurans takaful diperkenalkan sebagai alternatif kepada mereka yang berada dalam industri insurans komersial, yang dipercayai bertentangan dengan sekatan Islam ke atas riba (faedah), al-maisir (perjudian), dan prinsip al-gharar (ketidakpastian) - semuanya diharamkan dalam syariah.

Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional

Pakar undang-undang Islam menyimpulkan bahawa insurans konvensional tidak boleh diterima dalam Islam kerana tidak mematuhi undang-undang syariah atas sebab-sebab berikut:

  • Insurans konvensional merangkumi unsur al-gharar atau ketidakpastian.
  • Insurans konvensional adalah berdasarkan konsep dan amalan mengenakan faedah.
  • Sebaliknya, insurans Islam adalah berdasarkan tabarru, di mana sebahagian daripada sumbangan yang dibuat oleh peserta dianggap sebagai derma. Inilah sebabnya mengapa pemegang polisi dalam takaful biasanya dirujuk sebagai peserta.
  • Insurans konvensional dianggap sebagai satu bentuk perjudian.

Senarai Syarikat Takaful
  • Takaful Ikhlas: Menawarkan produk IKHLAS Takaful Kereta Persendirian Komprehensif Plus yang memberikan perlindungan menyeluruh.
  • Etiqa Takaful: Menawarkan Takaful Kenderaan Persendirian Komprehensif, antara manfaat utama yang diberikan ialah nilai dipersetujui, tiada akses dan bantuan kecemasan 24jam di jalan raya.
  • Syarikat Takaful Malaysia: Menawarkan produk yang dipanggil Takaful myClik Motor. Terbaru sekali Takaful Malaysia memberikan tawaran 6 bulan pembayaran secara ansuran dengan sifar (0%) faedah kepada pelan melebihi daripada RM500.

Sekarang anda dah kenali dengan lebih lanjut perihal insuran kereta, jadi anda pasti lebih teliti selepas ini dalam memilih perlindungan terbaik untuk kereta anda. Layari Ventura Agency untuk membandingkan dan membeli perlindungan kereta anda dengan mudah!



Dapatkan insurans kereta anda sekarang melalui Ventura Agency untuk memperoleh harga dan servis yang terbaik tanpa perlu menunggu untuk waktu yang lama.

Tuesday, 14 December 2021

INSURANS KERETA: DEFINISI & JENIS INSURANS

 DEFINISI INSURANS KERETA

Insurans kereta adalah sejenis perlindungan yang boleh dibeli oleh pemilik kereta. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan kos yang berkaitan dengan kemalangan kereta. Selain itu, insuran ini turut memberikan perlindungan kewangan terhadap kerosakan fizikal aau kecederaan badan yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Bukan itu sahaja, insuran ini juga akan dapat menawarkan perlindungan kewangan terhadap pencurian kenderaan serta kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh sebarang kejadian selain dari kemalangan jalan raya, seperti cuaca atau bencana alam.

JENIS INSURAN DI MALAYSIA

Seperti yang kita ketahui, di Malaysia secara amnya terdapat 3 jenis insurans kereta yang boleh dipilih. Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan daripada yang paling standard sehinggalah kepada yang menawarkan perlindungan penuh terhadap pelbagai jenis risiko.

1. Insurans Pihak Ketiga

Insurans pihak ketiga adalah  insurans paling asas yang boleh anda perolehi. Ia adalah insurans yang melindungi pihak ketiga dalam sebarang kemalangan. Sebagai contoh, pemandu atau penumpang dan juga kereta yang turut terlibat didalam kemalangan kereta bersama anda. Insurans pihak ketiga ini akan membantu anda untuk menanggung kos membaiki kerosakan pada kereta pihak ketiga, atau sebarang kos rawatan yang diperlukan oleh pihak tersebut.

2. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian

Jenis insurans ini tidak banyak perbezaannya dengan insurans pihak ketiga. Insurans ini memberikan perlindungan terhadap kereta anda sendiri. Antara perlindungan tambahan yang terdapat didalam insurans ini adalah melindungi segala kecederaan dan kematian, kerosakan dan kehilangan harta yang berlaku terhadap kereta anda.

3. Insurans Komprehensif

Perlindungan jenis komprehensif ini adalah insurans yang paling menyeluruh di antara dua insurans di atas. Insurans Komprehensif bukan sahaja menanggung liabiliti pihak ketiga, kecurian dan kebakaran kereta anda malah turut meliputi segala kerosakan terhadap kereta sekiranya berlaku kemalangan, kerosakan dan kehilangan harta benda di dalam kereta anda sendiri. Kematian dan kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh anda dan penumpang juga turut dilindungi.

MANFAAT INSURANS KERETA

Pada zaman yang penuh teknologi ini, telah menjadi suatu keperluan wajib untuk memiliki insuran kereta bagi setiap pemilik kereta. Selain itu, ia juga merupakan pelaburan yang sangat baik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Antara manfaat yang dapat anda perolehi daripada insuran kereta ini adalah:

1. Mengelak Daripada Berlaku Kerugian

Seperti yang kita ketahui, kemalangan berlaku sepanjang masa di mana-mana sahaja di setiap jalan raya. Ini adalah masalah besar kerana kebanyakan kemalangan menyebabkan kerugian yang besar. Berdasarkan laporan daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kira-kira sebanyak 231 kematian daripada 25,251 kes kemalangan yang berlaku iaitu dengan purata 8.25 kematian setiap hari. Dengan itu, anda berisiko untuk mengalami kemalangan setiap kali anda mengendalikan kenderaan. Tanpa insurans kereta, secara peribadinya anda akan bertanggungjawab atas kerugian tersebut.

2. Lebih Jimat Sekiranya Berlaku Kemalangan

Sekiranya berlaku kemalangan, anda hanya perlu membayar dengan jumlah yang kecil iaitu untuk perlindungan. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan besar, polisi insuran kereta anda akan menanggung kerosakan yang berlaku. Jika anda mahu menanggung sendiri kos kerosakan kereta akibat kemalangan, anda berkemungkinan akan menanggung kerugian beribu-ribu ringgit.

 3.Mengelakkan Penurunan Nilai Kepada Kereta

Terdapat beberapa jenis polisi di pasaran yang memberi manfaat kepada anda dengan membantu memanjangkan jangka hayat dan nilai kereta anda. Sebagai manusia biasa kita tidak tahu akan berlakunya kemalangan seperti pokok tumbang, ribut petir dan sebagainya yang akan menyebabkan kerosakan kepada kereta kita. Dalam pada itu, jika anda mempunyai insuran kereta yang komprehensif, ia akan melindungi kerugian yang anda alami dari risiko tersebut. Ianya dapat menjimatkan sejumlah wang yang besar dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, ia juga membantu anda mengembalikan kereta tersebut kepada kedudukan yang boleh dipasarkan sekiranya anda menjualnya suatu hari nanti.

4. Menenangkan Fikiran

Sesetengah orang mereka tidak dapat untuk membuat pembayaran untuk membaiki kenderaan mereka tanpa bantuan kewangan. Ianya berisiko untuk menjadikan keluarga anda menghadapi masalah kewangan sekiranya berlaku bencana. Insuran kereta akan membantu mereka yang memerlukan bagi mengelakkan anda daripada mengalami kerugian wang besar. Oleh itu, dengan adanya insuran kereta ini anda dapat melindungi keluarga dan dapat menenangkan fikiran tanpa perlu risau tentang masalah kewangan lagi. 

5. Melindungi Anda Terhadap Tuntutan

Jika didalam kemalangan yang berlaku, anda yang dipersalahkan dan menyebabkan kerosakan yang besar pada harta benda orang lain, ini tidak bermakna anda harus kehilangan wang ringgit untuk menanggungnya. Dengan adanya isnruans kereta, anda mendapat pertolongan dengan tuntutan yang mereka lakukan terhadap anda dalam kemalangan tersebut. Ianya termasuklah pembelaan undang-undang jika anda memerlukannya.

SENARAI INSURAN KERETA TERBAIK

Terdapat banyak syarikat insuran dan takaful yang menjual insuran kereta dan motosikal di Malaysia dan tentunya tidak mudah untuk memilih yang terbaik. Tentang Roda akan menolong anda menyenaraikan beberapa syarikat insuran tersebut dibawah:

Allianz General


Allianz General merupakan syarikat insurans kereta terbesar di Malaysia. Insuran kereta yang mereka tawarkan adalah Motor Comprehensive Insurance. Tidak kira sama ada anda mempunyai kereta atau motosikal, Allianz menawarkan perlindungan yang boleh dipercayai dan ketenangan fikiran yang anda perlukan.

AXA Affin General Insurans


AXA Affin adalah salah satu dari syarikat insuran kereta terbaik di Negara kita. Produk insurans kereta yang ditawarkan ialah SmartDrive Enhanced Private Car. Produk ini membolehkan anda untuk membayar jenis premium yang mencerminkan profil risiko anda dan memilih pilihan dan manfaat tambahan untuk perlindungan yang dipertingkatkan di jalan raya sementara masih menikmati semua manfaat komprehensif AXA Motor Insurance.

Kurnia Insurans
Kurnia Insurans ialah sebuah syarikat insurans Malaysia dimana perniagaan utamanya ialah insurans am. Kurnia Insurans menawarkan dua jenis produk khusus untuk mereka iaitu auto365 Comprehensive Plus dan auto365 Comprehensive Premier. Auto365 Comprehensive Plus adalah polisi insurans kereta baru yang memberikan korang manfaat dan perkhidmatan tambah nilai. Manakala auto365 Comprehensive Premier menyediakan perlindungan premium dan sesuai untuk pemilik kereta baru yang mahukan pelbagai liputan.

Etiqa Malaysia


Etiqa adalah perniagaan insurans dan takaful yang dimiliki oleh kumpulan perbankan Malaysia, Maybank. Mereka menawarkan insurans dan takaful kereta persendirian yang komprehensif. Dengan insuran kereta, anda akan mendapat perlindungan untuk kehilangan, kecurian atau kerosakan pada kereta anda dan banyak lagi pilihan tambahan. Bagi takaful kereta pula, ia merupakan perlindungan patuh Syariah.

MSIG Malaysia

 

MSIG Malaysia menawarkan produk yang dikenali sebagai MSIG Motor Plus Insurance. Pakej yang mudah dan berpatutan yang menyediakan liputan meluas melebihi asasnya. Produk insurans ini adalah polisi motor yang komprehensif dengan perlindungan lanjutan yang telah dikombinasikan ke dalam satu polisi. 


Tokio Marine

Tokio Marine menawarkan insuran kereta yang mamberikan liputan terdiri daripada kerosakan kenderaan hingga kecederaan pihak ketiga. Insurans Motor Komprehensif mereka akan memberikan perlindungan ke atas liabiliti terhadap kecederaan atau kematian pihak lain, kerosakan harta pihak lain dan kerosakan akibat kebakaran atau kemalangan terhadap kenderaan anda atau kecurian terhadap kenderaan anda.

Zurich Insurance


Zurich Insurance berada di kedudukan yang unik di Malaysia di mana mereka menawarkan pelbagai penyelesaian Insurans dan Takaful iaitu meliputi produk konvensional Insurans Hayat dan Insurans Am serta produk patuh Syariah Takaful keluarga dan Takaful Am di bawah satu jenama. Produk insurans kereta Zurich diberi nama Z-Driver yang menawarkan perlindungan komprehensif kepada anda dan keluarga tersayang di jalan raya.

Takaful Ikhlas 


Takaful IKHLAS menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip Syariah. Ia menawarkan produk takaful keluarga dan takaful am yang komrehensif melalui Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad. Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah dan hampir 2 juta peserta takaful berdaftar lebih 7,000 ejen. Kedua-dua Takaful IKHLAS Family Berhad dan Takaful IKHLAS General Berhad adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. 



 Dengan sedikit info yang Tentang Roda kongsikan ini diharap dapat membantu anda semua memahami maksud setiap jenis insurans, membuat perbandingan tentang setiap insuran dan membeli insurans yang sesuai dengan setiap fungsinya. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda! :)

Tuesday, 7 December 2021

KLASIFIKASI KATEGORI & SEGMEN KERETA DI MALAYSIA

Seperti yang kita ketahui, kereta terbahagi kepada beberapa kategori dan segmen. Adakah anda mengetahui bagaimana ianya dikelaskan dan apakah jenis kenderaan tersebut? Kali ini TR ingin berkongsi ilmu pengetahuan tentang ilmu automotif dengan menyatakan maksud serta contoh model terhadap setiap kategori dan segmen kereta yang digunakan di Malaysia.

Pengkelasan Kenderaan

Secara umunya, kategori kereta atau kenderaan ini terbahagi kepada 3 iaitu mengikut saiz, kegunaan dan reka bentuk kenderaan tersebut.

1.      SAIZ

·        Ianya dinilai mengikut saiz kenderaan tersebut sama ada ianya bersaiz mini, kecil, sederhana, besar dan penuh.

2.      KEGUNAAN

·        Kesesuaian pengguna dinilai mengikut pengkelasan iaitu untuk kegunaan yang lebih berekonomi untuk sebuah keluarga, status serta kemewahan dan fungsinya seperti Van, Wagon, Pickup dan Kereta mesra alam.

                                               

3.     REKA BENTUK/JENIS

·        Ianya terbahagi mengikut jenis rekaan kenderaan tersebut dan diantaranya ialah Mini, Sedan, Hatchback, Kompak, Saloon, MPV, SUV dan Sport.

Klasifikasi kategori berbeza mengikut pasaran, manakala segmen yang biasa digunakan adalah mengikut klasifikasi “Euro Market Segment” yang mengkategorikan kenderaan kepada Segmen A, B, C, E, F, J, M dan S.

KATEGORI & SEGMEN

Kereta Segmen A (Mini) – Kereta Ekonomi

Kereta segmen A merupakan kategori kereta paling kecil. Biasanya ia berkuasa di bawah 1,300cc. Di Malaysia, kereta dalam segmen A ini adalah yang paling laris jualannya berikutan factor harga, praktikal dan jimat minyak. Ianya sesuai untuk jarak perjalanan yang dekat dan sesak terutama di dalam bandar.

Kereta Segmen A terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

·       Kereta UltrakompakRenault Twingo, Smart Fortwo

·       Kereta Kompak HatchbackPerodua Viva & Axia, Kia Picanto, Hyundai i10, Suzuki Alto

·       Kereta Kompan Sedan Perodua Bezza & Proton Saga

Kereta Segmen B (Saiz Kecil) – Kereta Ekonomi

Kereta dalam Segmen B ini juga amat besar pasarannya di Malaysia. Ianya pilihan bagi sebuah keluarga yang kecil dan sederhana. Harganya pula di bawah RM100, 000 menjadikan ia mampu dimiliki oleh ramai orang. Enjinnya adalah di antara 1,300cc ~ 1,600cc.

Terdapat 2 kategori kereta dalam Segmen B iaitu:

·       Kereta Hatchback (Small Size/City Car)

Contohnya: Perodua Myvi, Proton Myvi, Proton Iriz, Ford Fiesta, Kia Rio, Peugeot 208, BMW 1 Series, Volkswagen Polo, Honda Jazz

·       Kereta Sedan (Small Size)

Contohnya: Toyota Vios, Proton Persona 2016, Nissan Almera, Honda City, Volkswagen Vento, Mazda2 Sedan

Kereta Segmen C (Saiz Sederhana) – Kereta Keluarga

Kereta dalam Segmen C adalah pilihan yang paling sesuai bagi sebuah keluarga yang kecil dan sederhana. Namun di Malaysia, berikutan harganya melebihi RM100, 000  menyebabkan ia menjadi pilihan eksekutif dan mereka yang mempunya ekonomi yang agak kukuh. Enjin yang biasa digunakan adalah di antara 1,600cc ~ 2,000cc.

Terdapat 2 kategori kereta dalam Segmen C iaitu:

·       Kereta Hatchback (Medium Size)

Contohnya: Suprima S, Ford Focus, Mazda3, Hyundai i30

·       Kereta Sedan (Medium Size)

Contohnya: Toyota Corolla Altis, Honda Civic, Mercedes Benz C-Class, BMW 3-Series, Nissan Sylphy, Hyndai Elantra, Proton Preve

Kereta Segmen D (Saiz Besar) – Kereta Keluarga

Kategori kereta dalam Segmen D ini adalah pilihan yang paling selesa bagi sebuah keluarga sederhana besar. Namun harga sering menjadi penghalang kerana di Malaysia ianya sudah dikategorikan sebagai kereta mewah tahap permulaan. Pilihan enjin pula adalah di antara 2,000 ~ 3,000cc.

·       Kereta Saloon (Large Size)

Contohnya: Toyota Camry, Nissan Teana, Honda Accord, Volkswagen Passat, Mercedes Benz E-Class, BMW 5-Series, Peugeot 508, Hyundai Sonata, Proton Perdana 2016, Volvo S90

Kereta Segmen E (Full Size) – Kereta Eksekutif

Kereta Segmen E adalah kategori paling besar dalam segmen kereta. Kebanyakannya sukar untuk kita jumpa di jalanraya Malaysia kerana model kereta dalam Segmen E ini kebanyakannya untuk pasaran negera Amerika. Enjin yang digunakan untuk kereta Segmen E juga agak besar iaitu 3,000cc dan ke atas.

Kereta Segmen E ini juga dikenali sebagai Executive Car Saloons

·        Kereta Saloon (Full Size)

Contohnya: Chevrolet Impala, Ford Taurus, Mazda Xedos 9, Hyundai Grandeur, Holden Commodore, Generasi pertama dan kedua Skoda Superb, Toyota Avalon.

Kereta Segmen F (Full Size) – Kereta Mewah

Kategori kereta ini sama dengan kereta Segmen F tetapi yang membezakannya adalah status mewah dengan tanda harga yang amat tinggi. Ianya melambangkan status dan kekayaan serta kejayaan kepada pemiliknya.

Ramai juga di antara rakyat Malaysia yang memiliki kereta Segmen F ini terutama jenama Mercedes Benz, BMW dan Audi.

·        Kereta Luxury Saloon (Full Size)

Contohnya: BMW 7 Series, Mercedes Benz S-Class, Porsche Panamera, Audi A8, Lexus GS, Maybach, Roll Royce Phantom.

Kenderaan Segmen J – Crossover SUV

Kereta Utiliti Sukan atau Sport Utilities Vehicle (SUV) di kategorikan sebagai kenderaan dalam Segmen J. Ia merupakan pilihan kenderaan yang popular pada masa kini kerana gaya hidup yang aktif dan interaktif amat bersesuaian dengan karektor SUV ini. Pilihan terdapat dalam pacuan 4 roda (4WD) dan juga 2 roda (2WD).

Kategori kenderaan dalam Segmen J juga semakin bertambah mengikut permintaan semasa di antaranya ialah:

·        SUV Mini

Contohnya: Daihatsu Terios, Ford Ecosport, Jeep Wrangler, Peugeot 2008, Suzuki Jimmy, Perodua Kembara/Nautica.

·        SUV Kompak

Contohnya: Mazda CX-3, Honda HR-V, Toyota HR-C, Nissan Juke, Mercedes Benz GLA, Audi Q3, BMW X1, Kia Sportage

·        SUV Mid-Size

Contohnya: Honda CR-V Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Audi Q5, BMW X3, Hyundai Tucson, Volvo XC60, Lexus RX

·        SUV Full Size

Contohnya: Audi Q7, Ford Edge, Hyundai Santa Fe, Jeep Cherokee, Volkswagen Touareg, Volvo XC90, Toyota Land Cruise

       

Kenderaan Segmen M – Minivans/MPV

Kenderaan dalam segmen M ini sering menjadi pilihan bagi sebuah keluarga sederhana dan besar kerana lebih ruang, tempat duduk dan amat selesa. Kenderaan pelbagai guna atau Multi Propose Vehicle (MPV) mula menjadi pilihan apabila Toyota melancarkan model Avanza yang pertama pada tahun 2002. Sejak itu, pelbagai model MPV mulai bersaing hebat di pasaran Negara ini.

Terdapat 4 kategori yang dikenal pasti bagi kenderaan dalam Segmen M ini:

·        MPV Kompak

Contohnya: Perodua Alza, Proton Ertiga, Toyota Avanza, Toyota Sienta Honda Freed, Nissan Grand Livina

·        MPV Mid Size

Contohnya: Proton Exora, Toyota Innova, Peugeot 5008, Nissan Serena, Volkswagen Tauran, Honda Stream

·        MPV Full Size

Contohnya: Kia Carnival, Citroën C4 Grand Picasso, Renault Espace, Toyota Alphard, Mercedes Benz Vito, Hyundai Starex

·        Van

Contohnya: Toyota Hiace, Nissan NV200, Ford Transit

                          

Kereta Segmen S - Sports Cars

Kereta sports adalah kereta yang menjadi pilihan buat mereka yang suka kepada kenderaan yang berkuasa dan berprestasi tinggi. Tidak semua orang ingin memilikinya kerana penggunaannya yang terhad. Kereta dalam Segmen S ini juga agak mahal bergantung kepada jenama.

Antara kategori kereta Segmen S yang sering kita lihat di jalanraya Malaysia adalah:

·        Roadster / Convertible

Contohnya: BMW Z4, Lotus Elise, Mazda MX-5, Porsche Boxster, Mercedes-Benz SLK, Toyota 86

·        Supercar / Grand tourer

Contohnya: Aston Martin DB9, Bentley Continental GT, Ferrari FF, Jaguar XK, Bugatti Veyron, LaFerrari, Lamborghini Aventador, Pagani Zonda, Porsche 918 Spyder, Maserati GranTurismo

                                 
Berikut pula adalah kenderaan yang juga sebenarnya termasuk dalam Segmen tetapi oleh kerana keunikannya, ia biasa diklasifikasikan dalam kategorinya yang tersendiri.

·        Pickup Truck 4WD & 2WD

Contohnya: Ford Ranger, Chevrolet Colorado, Mitsubishi Triton/L200, Nissan Navara, Toyota Hilux

·        Estate cars / Station wagons

Contohnya: Volvo V40, Mazda 6 Grand Touring, Hyundai i40 Tourer, Toyota Caldina, Nissan AD Resord

·        Kereta Mesra Alam (Hibrid, Plug-in, Hidrogen & Elektrik)

Contohnya: Toyota Prius, Toyota Camry Hybrid, Nissan Serena Hibrid, Volvo XC90 Plug-in, Nissan Leaf, Mitsubishi iMEV, BMW i3, Toyota Mirai

Kepentingan Segmen Kereta

Jika diperhatikan, sebenarnya segmen kereta ini diwujudkan agar dapat mengkelaskan kenderaan mengikut saiz dan target pengguna dengan mudah. Ianya amat penting buat pengeluar agar tidak ada pertindihan model kereta dalam kategori atau segmen yang sama kerana ia adalah satu kerugian besar berikutan terpaksa berkongsi dan bersaing sesama sendiri.

Maka pengguna juga mudah untuk membuat rujukan dan memilih segmen kereta manakah yang paling sesuai untuk kegunaan dan keperluan.

Semoga informasi ini memberi sedikit maklumat dan pengetahuan buat mereka yang memerlukan.














The Contents

Cecair Penting yang Diperlukan Kereta Anda untuk Berfungsi dengan Baik

Apakah anda tahu bahawa menjaga tahap cecair dalam kereta adalah satu perkara yang sangat penting untuk memastikan ia terus berjalan dengan ...