Saturday, 28 February 2026

⚠️ AMARAN RASMI: venturaamalaysiamy.com BUKAN Website Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd.








Kami ingin membuat pengumuman dan amaran rasmi kepada orang ramai bahawa laman web berikut:

👉 https://www.venturaamalaysiamy.com/track_trace.php

❌ BUKAN laman web rasmi milik Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd.
❌ TIADA sebarang kaitan dengan syarikat kami.

Laman tersebut telah menggunakan nama syarikat, logo, alamat serta nombor telefon kami tanpa kebenaran dan tanpa hubungan rasmi dengan pihak kami.

Ini adalah tindakan yang sangat serius dan boleh mengelirukan orang ramai.


Risiko Kepada Orang Ramai

Kami bimbang penggunaan maklumat syarikat kami oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan:
  • Kekeliruan pelanggan
  • Penyalahgunaan identiti syarikat
  • Risiko keselamatan data
  • Potensi penipuan atau scam
Jika anda terjumpa laman tersebut melalui carian Google atau pautan tertentu, 
JANGAN masukkan sebarang maklumat peribadi.
JANGAN lakukan sebarang pembayaran.
JANGAN kongsi butiran sensitif.


Website Rasmi Ventura

Untuk makluman semua pelanggan, berikut adalah website rasmi kami sahaja:

🌐 https://www.venturamalaysia.com.my/
🌐 https://www.venturatrans.com.my/

Selain daripada domain di atas, mana-mana laman web lain yang menggunakan nama “Ventura” tetapi bukan domain rasmi kami adalah tidak berkaitan dengan syarikat kami.

Untuk mengelakkan kekeliruan:
  • Pastikan anda hanya melayari website rasmi Ventura sahaja
  • Pastikan domain adalah tepat dan disahkan
  • Hubungi nombor rasmi yang diumumkan di platform rasmi kami
Jika anda tidak pasti, hubungi kami terus melalui saluran komunikasi rasmi sebelum membuat sebarang tindakan.


Tindakan Sewajarnya Sedang Diambil

Pihak kami memandang serius perkara ini dan tindakan yang bersesuaian sedang diambil bagi melindungi nama, reputasi dan keselamatan pelanggan kami.

Keselamatan dan kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami.


Pesanan Penting

Jika anda melihat mana-mana laman web yang:
  • Menggunakan nama Ventura
  • Menggunakan logo Ventura
  • Menggunakan alamat atau nombor telefon Ventura
  • Tetapi domain bukan domain rasmi kami
Anggap ia sebagai mencurigakan sehingga disahkan.

Sila kongsikan amaran ini supaya lebih ramai tidak terkeliru atau menjadi mangsa.



Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my
Whatapps atau Call je terus no dibawah!

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




🎊 Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura! 

Saturday, 21 February 2026

Perbezaan Penghantaran Kereta: Roro Vs Kontena

Perbezaan RoRo dan Kontena Untuk Pos Kereta ke Sabah & Sarawak

Ramai orang ingat semua penghantaran laut sama. Hakikatnya, cara pengendalian memainkan peranan besar terhadap kos, risiko, dan tempoh penghantaran.
Di sini kita huraikan dengan lebih mendalam supaya anda benar-benar faham sebelum memilih.


1. RoRo (Roll-on Roll-off)

RoRo (Roll-on Roll-off) ialah kaedah penghantaran di mana kereta dipandu masuk sendiri ke dalam kapal melalui ramp khas dan diparkir dalam dek tertutup.



Bagaimana proses RoRo berfungsi?
  • Ramp khas untuk kenderaan naik sendiri
  • Dek bertingkat seperti parking kompleks
  • Sistem pengikat tayar (lashing system)
Kereta akan:
  • Dipandu masuk oleh operator berpengalaman
  • Diparkir dalam ruang khas
  • Diikat pada tayar untuk elak pergerakan
Fakta tambahan yang ramai tak tahu:
  • Enjin mesti dalam keadaan baik kerana kereta perlu dipandu masuk.
  • Bateri mesti berfungsi.
  • Biasanya tidak dibenarkan membawa barangan di dalam kenderaan.
  • Kapal RoRo biasanya hanya fokus pada kenderaan (bukan campur dengan barang lain).
Risiko yang mungkin berlaku:
  • Calar kecil jika tidak berhati-hati semasa parking (jarang, tapi boleh berlaku)
  • Bergantung sepenuhnya pada jadual kapal tertentu
Sesuai untuk:
  • Sedan
  • MPV
  • SUV standard
  • Kenderaan tanpa ubah suai ekstrem

2. Kontena

Kaedah kontena melibatkan kenderaan dimasukkan ke dalam bekas kontena tertutup sebelum dihantar menggunakan kapal kargo.



Proses penghantaran kontena
  • Kereta dipandu masuk ke dalam kontena (atau ditolak masuk jika perlu)
  • Tayar diikat menggunakan tali lashing khas
  • Kontena dikunci dan disegel
  • Kontena diangkat ke kapal menggunakan crane
Fakta tambahan yang penting:
  • Lebih sesuai untuk kereta bernilai tinggi
  • Boleh kongsi kontena (shared container) atau satu kontena penuh
  • Kurang terdedah kepada persekitaran luar
Risiko yang mungkin berlaku:
  • Jika lashing tidak kemas, boleh berlaku pergerakan dalam kontena
  • Kos lebih tinggi kerana ruang lebih eksklusif
Sesuai untuk:
  • Kereta mewah
  • Kereta klasik
  • Kereta modified rendah (yang tak boleh masuk RoRo)
  • Penghantaran khas
  • Sesuai untuk kereta tidak boleh hidup (bergantung situasi)

Perkara Penting Sebelum Pilih

Ramai pelanggan hanya fikir soal harga. Tetapi sebenarnya anda perlu pertimbangkan:

1️⃣ Nilai kenderaan
Kereta RM40k dan kereta RM400k mungkin perlukan pendekatan berbeza.

2️⃣ Keadaan kereta
Jika kereta tidak boleh hidup (non-runner), RoRo mungkin tidak sesuai.

3️⃣ Modifikasi
Lowered car, bodykit rendah, roof rack tinggi, semua ini beri kesan kepada pilihan kaedah.

4️⃣ Bajet & masa
RoRo biasanya lebih cepat dan murah.
Kontena lebih eksklusif tetapi mahal.

Mana Lebih Selamat: RoRo atau Kontena?

Jawapannya: Kedua-duanya selamat jika diurus dengan prosedur yang betul.

  • RoRo kurang handling kerana tidak guna crane
  • Kontena lebih tertutup dan terlindung dari persekitaran luar
Keselamatan sebenar bergantung kepada:
  • Proses pemeriksaan awal
  • Teknik lashing
  • Pengalaman pengendali
  • Perlindungan insurans marin

Kesimpulan
RoRo sesuai untuk majoriti kenderaan biasa dan lebih menjimatkan.
Kontena pula memberi perlindungan tambahan dan sesuai untuk unit bernilai tinggi atau kes khas.




Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my
Whatapps atau Call je terus no dibawah!

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




🎊 Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura! 


Saturday, 7 February 2026

DOKUMEN POS KERETA KE SABAH & SARAWAK

 📄 Dokumen Yang Perlu Disediakan Untuk Membuat Tempahan Pos Kereta Ke Sabah & Sarawak

Sebelum membuat tempahan pos kereta ke Sabah atau Sarawak, anda perlu menyediakan beberapa dokumen penting bagi memastikan proses berjalan lancar tanpa penangguhan.

Ramai pelanggan sangka proses penghantaran hanya perlu booking dan bayar deposit. Hakikatnya, dokumen lengkap adalah syarat utama sebelum kenderaan boleh dihantar ke pelabuhan.

Di bawah ialah senarai penuh dokumen yang perlu disediakan.

1️⃣ Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan

Dokumen asas yang wajib disediakan ialah:

  • Salinan IC (depan & belakang)
  • Nama mestilah sama seperti dalam geran kenderaan

Ini diperlukan untuk pengesahan pemilik sah sebelum penghantaran dilakukan.

2️⃣ Salinan Geran / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Untuk membuat tempahan penghantaran kenderaan, anda perlu sediakan:

  • Salinan geran lama (muka depan & belakang), atau
  • Salinan VOC (geran baharu – bahagian depan sahaja)

Geran ini penting untuk membuktikan hak milik kenderaan sebelum proses pos kereta dilakukan.

*** Jika kenderaan anda sudah habis / selesai pembayaran pinjaman bank, pastikan geran kenderaan anda mempunyai Cop BATAL dari pihak JPJ untuk meneruskan tempahan penghantaran kenderaan dengan kami.

3️⃣ Salinan Polisi Insurans / Cover Note

Jika kenderaan telah habis pinjaman bank, anda perlu sertakan:

  • Salinan polisi insurans aktif

Sekiranya tiada polisi insurans, anda boleh sertakan:

  • Resit pembelian tunai, atau
  • Surat maklumat terperinci kenderaan daripada JPJ

Dokumen ini diperlukan untuk pengesahan status kenderaan sebelum penghantaran.

4️⃣ Surat Kebenaran Bank (Jika Masih Dalam Pinjaman)

Ini antara dokumen yang paling kerap menyebabkan tempahan tertangguh.

Jika kereta masih dalam pinjaman, anda WAJIB mendapatkan:

  • Surat kebenaran rasmi daripada bank / pihak kredit

Tanpa surat ini, kenderaan tidak boleh diproses untuk penghantaran.

 
 

Tip penting:

Mohon surat ini lebih awal kerana sesetengah bank mengambil masa 3–7 hari bekerja untuk keluarkan dokumen.

 📄 Dokumen Lain Yang Mungkin Diperlukan (Bergantung Situasi)

Tidak semua pelanggan perlukan dokumen ini, tetapi dalam keadaan tertentu ia wajib disediakan.

5️⃣ Jika Kenderaan Dibeli Secara Tunai (Cash)

Jika anda membeli kenderaan tanpa pinjaman dan:

  • Polisi insurans tiada / hilang

Anda boleh sertakan:

  • Resit pembelian tunai
  • Bukti transaksi pembayaran

Ini sebagai pengesahan pemilikan.

6️⃣ Jika Pinjaman Sudah Selesai Tetapi Tiada Polisi Insurans

Jika loan sudah habis tetapi anda tiada salinan insurans, anda perlu:

  • Mendapatkan Surat Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans daripada JPJ

Dokumen ini boleh diperoleh di pejabat JPJ berdekatan.

7️⃣ Jika Dalam Proses Pertukaran Hak Milik

Jika kenderaan sedang dalam proses pindah milik:

  • Surat rujukan / bukti proses pertukaran hak milik daripada JPJ diperlukan

Tanpa dokumen ini, penghantaran mungkin tidak dapat diproses kerana status pemilikan belum dikemaskini.

8️⃣ Jika Tempahan Dibuat Oleh Wakil

Jika bukan pemilik sebenar yang membuat tempahan:

  • Surat wakil
  • Salinan IC wakil
  • Salinan IC pemilik

Ini untuk mengelakkan sebarang isu pertikaian selepas penghantaran.

Kenapa Dokumen Lengkap Penting Untuk Pos Kereta?

Ramai pelanggan ingin tahu kenapa perlu banyak dokumen.

Sebabnya mudah:

  • Untuk elakkan isu kastam
  • Untuk elakkan pertikaian hak milik
  • Untuk memastikan perlindungan insurans sah
  • Untuk memastikan penghantaran berjalan lancar tanpa tahanan

Tanpa dokumen lengkap, proses boleh tertangguh atau dibatalkan.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my
Whatapps atau Call je terus no dibawah!

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




🎊 Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura! 

Saturday, 31 January 2026

RM1 Peraduan Pos Kereta ke Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia


Ventura Trans & Services Sdn Bhd memperkenalkan Peraduan Pos Kereta RM1 khas untuk pelanggan yang menghantar kenderaan ke Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia (SM).

Promosi ini berlangsung dari 1 Januari hingga 10 Mac 2026 dan terbuka kepada pelanggan yang menggunakan servis penghantaran kenderaan Ventura dalam tempoh kempen.




🎯 Apa Itu Peraduan RM1 Ini?

Melalui kempen ini, pelanggan berpeluang menikmati penghantaran kenderaan pada harga RM1 (tertakluk terma & syarat).
Kempen ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan Ventura kepada pelanggan yang terus mempercayai servis kami bagi laluan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

📝 Cara Penyertaan (3 Langkah Mudah)

Untuk menyertai peraduan ini, ikuti langkah berikut:

1️⃣ Hantar Kenderaan Dengan Ventura
Buat tempahan dan gunakan servis pos kereta Ventura ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia.

2️⃣ Komen & Tag Rakan
Komen nombor plat kenderaan anda dan tag 3 rakan di ruangan komen iklan rasmi.

3️⃣ Share Iklan
Kongsikan (share) iklan peraduan ini di Facebook anda.

🎥 Selepas Menang

Pemenang akan diminta untuk menghasilkan video berdurasi 60 saat mengenai pengalaman penghantaran kenderaan bersama Ventura sebagai sebahagian daripada proses penebusan hadiah.

📌Maklumat Penting

  • RM1 hanya untuk caj penghantaran port-to-port sahaja
  • Caj tambahan seperti pickup, delivery dan insurans marin tidak termasuk
  • Tertakluk kepada Terma & Syarat

🚢 Kenapa Pilih Ventura?

  • Gudang berbumbung & berpagar
  • Kawasan berpagar dengan kawalan keselamatan
  • Perkhidmatan door-to-door tersedia
  • Tracking kenderaan
  • Insurans marin diwajibkan untuk perlindungan maksimum

Kami komited memastikan setiap unit kenderaan dihantar dengan selamat dan profesional.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my
Whatapps atau Call je terus no dibawah!

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




🎊 Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura! 

Saturday, 17 January 2026

KEPENTINGAN INSURANS MARINE

Kenapa Insurans Marine Penting untuk Penghantaran Kereta Laut?

Apabila anda menghantar kenderaan melalui laut, sama ada ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia, terdapat risiko yang tidak boleh dielakkan seperti cuaca buruk, kemalangan kapal atau kebakaran. Di sinilah insurans marine memainkan peranan penting.




🚢 Apa itu Insurans Marine?

Insurans marine ialah perlindungan insurans untuk kenderaan anda semasa dalam perjalanan laut, bermula dari pelabuhan muatan hingga ke pelabuhan destinasi.


🔐 Kenapa Insurans Marine Penting?

Tanpa insurans marine, sebarang kerosakan atau kehilangan semasa penghantaran laut tidak boleh dituntut. Insurans ini melindungi anda daripada risiko seperti:

  • Kebakaran di atas kapal
  • Kapal terbalik atau tenggelam
  • Perlanggaran di laut
  • Kerosakan akibat cuaca & ombak


💡 Cara Kiraan Insurans Marine


💡 Komitmen Ventura Malaysia

Di Ventura Malaysia, insurans marine bukan sekadar pilihan, ia adalah langkah perlindungan untuk memastikan pelanggan lebih yakin dan tenang ketika menghantar kenderaan mereka.

Kos insurans adalah kecil berbanding nilai kenderaan, tetapi manfaatnya sangat besar sekiranya berlaku perkara tidak dijangka.


✅ Kesimpulan

Insurans marine bukan kos tambahan yang membebankan, sebaliknya perlindungan penting untuk mengelakkan kerugian besar. Dengan insurans yang betul, kenderaan anda lebih terjamin sepanjang perjalanan laut.


Anda berminat untuk menghantar kereta atau motor ke Sabah & Sarawak? Anda boleh melawati laman sesawang Ventura Trans & Services Malaysia  ataupun anda boleh hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:
🌐  Ventura Trans & Services Malaysia :   https://www.venturamalaysia.com.my
Whatapps atau Call je terus no dibawah!

☎️ : 𝐄𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐳 – 𝟎𝟏𝟎 𝟑𝟖𝟓 𝟏𝟏𝟕𝟕


Media Sosial
Facebook: @Ventura Trans & Services Malaysia 
Instagram:@Ventura Trans & Services Malaysia
Tiktok: @Ventura Trans & Services Malaysia




🎊 Jom Pos Kereta & Menang Besar Bersama Ventura! 


The Contents

⚠️ AMARAN RASMI: venturaamalaysiamy.com BUKAN Website Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd.

Kami ingin membuat pengumuman dan amaran rasmi kepada orang ramai bahawa laman web berikut: 👉 https://www.venturaamalaysiamy.com/track_trac...